Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JUANG' PECAH SEJARAH DUNIA PERFILEMAN MALAYSIA


Perjuangan masih perlu diteruskan. COVID-19 masih bermaharaja lela. Bila kah ia akan berakhir hanya ALLAH maha mengetahui, kita hanya harus mengikut SOP yang ditetapkan Kerajaan jika mahu memutuskan virus berbahaya ini.

Pun begitu, di sebalik wabak yang boleh dianggap sebagai 'perang dunia ke-3' waima virus ini menyerang satu dunia, jangan ketepikan bahawa setiap musibah yang diturunkan Allah ada hikmah di sebaliknya.


Golongan seniman tidak terkecuali terkesan namun mereka tetap 'hidup' dengan idea baharu sesuai dengan norma baharu yang kini perlu dipraktikkan semua.


Siapa sangka pandemik COVID-19 berjaya pula menyatukan tiga produser, enam pengarah, 100 pelakon serta 200 team produksi dalam sebuah karya yang tepat dijudulkan sebagai 'JUANG',  yang diambil dari perkataan PERJUANGAN.


Mempersembahkan buat julung kalinya dalam sejarah penerbitan dunia filem Malaysia, tiga syarikat gergasi Asia Tropical Films (Matt Lai), The Film Engine (Jack Lim) dan Suhan Movies (Datuk Rosyam Nor) bergabung dengan

satu misi dengan merekrut enam pengarah terdiri daripada mereka yang bukan calang calang orngnya tetapi telah menabur bakti serta menghasilkan beragam projek filem yang diiktiraf di dalam juga luar negara.



Mereka yang dimaksudkan  adalah Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Kabir Bhatia, Osman Ali, Matt Lai dan Eirma Fatima.


‘BerJUANG’ bersama tiga barisan pelakon utama yang tidak kurang hebatnya, Zul Ariffin, Zizan Razak dan Jack Lim sendiri, filem ini akan menampilkan lima kisah berlainan latar namun mengambil semangat dan cerita bagaimana setiap satu daripada rakyat Malaysia terutama perjuangan mereka di barisan hadapan (frontliners) bangkit dermi memperjuangkan kehidupan di sebalik musibah yang melanda negara.


Memutuskan Rantaian Covid 19 dalam masa yang pendek walau pun tidak sepenuhnya lagi  adalah kejayaan seluruh Rakyat Malaysia.


FOTO Kredit IG @zul_ariffin.

"Bagaimana ianya terjadi? JUANG bakal memberi jawapan kepada kejayaan ini. Gabungan enam pengarah hebat akan memberi gambaran sebenar perJUANGan Barisan Hadapan," kata Datuk Rosyam Nor pada majlis pelancaran 'JUANG' di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri semua karyawan terlibat.


Idea JUANG tercetus ketika semua rakyat Malaysia menghabiskan masa

bersama keluarga kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’.


"Namun di saat kita berdiam di rumah, ada barisan pejuang yang mempercaturkan nyawa dan hidup mereka yang tidak didendang dalam memberi khidmat kepada negara. Kami, rakyat Malaysia cukup terharu dan sangat berterima kasih dengan pengorbanan yang dilakukan para pejuang berkenaan.

Jadi pihak kami mengambil inisiatif untuk mengucapkan rasa terima kasih terhadap komitmen semua pejuang dengan menghasilkan projek julung kali ini yang diberi judul JUANG," sambung Matt Lim.


"Inilah masanya untuk kami semua bergabung dan setiap daripada kami tidak ingin terlepas untuk memberi sumbangan yang bermakna buat tanah air tercinta, Malaysia," tambah Matt Lim lagi.


Bagi penerbit dan pelakon Jack Lim pula, beliau menyifatkan  projek mega itu dilaksanakan sebagai sebuah apresiasi kepada semua barisan hadapan yang telah bertungkus lumus melakukan tugas mereka bagi menjaga negara dengan begitu

baik sepanjang pandemik yang masih belum surut ini.


Menurutnya, biarpun pandemik bukanlah sebuah kejadian yang manis untuk dikenang namun ia ingin menonjolkan sisi positif demi melihat sebuah kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.


"Mereka berhak mendapat penghormatan dan pengiktirafan dari seluruh rakyat Malaysia dan mendokumentasikan semua momen ini dalam sebuah filem adalah sebuah kebanggaan buat kami," tambah Jack Lim.


Jack juga mengatakan hal yang penting untuk industri hiburan juga adalah agar semua pihak kembali bergerak agar setiap sudut dapat memberikan sumbangan dalam sektor ini.


Dengan kehebatan pelakon terkenal seperti Zul Arifin, Zizan Razak bersamanya, Jack Lim (kanan)  percaya 'JUANG' mampu menarik perhatian penonton ke pawagam apabila filem itu dijadualkan tayangannya tahun hadapan pada Mac 2021.


Apa pun bagi peminat yang ingin mendapatkan info terkini JUANG boleh melayari semua laman sosial, Instagram, Twiter dan FB @JUANGthemovie.


SesungguhnyaJUANG, sebuah filem untuk semua rakyat malaysia malah mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman tempatan.


Selamat berJUANG para pelaku seni!



Baca artikel berkaitan di SINI.

#juangthemovie #rosyamnor #ermafatimah #zulariffin #COVID-19 #ZizanRazak

1 ulasan:

Unknown berkata...

zizan mesti bawak watak pak lawak yang terkinja-kinja..hahaha