Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SDURIAN WORLD CATAT REKOD MALAYSIA PALING RAMAI HADIR MAKAN DURIAN DI HOTEL!


SDurian World
mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan seramai 1,188 orang peserta dalam acara “Pesta Durian Terbesar dengan Peserta Teramai”, berlangsung meriah di One World Hotel, Petaling Jaya


Kejayaan ini sekali gus melayakkan syarikat tersebut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.


Acara yang penuh warna-warni ini bukan sahaja menarik minat rakyat tempatan, malah turut mendapat sambutan luar biasa daripada peserta antarabangsa. 


Wakil dari lebih 10 buah negara termasuk China, Hong Kong, Amerika Syarikat, dan Australia hadir khusus untuk merasai sendiri keenakan raja buah tempatan – durian Musang King – yang menjadi tarikan utama pesta berkenaan.


Ketua Pegawai Eksekutif SDurian World, David Hew berkata, sambutan yang diterima membuktikan bahawa durian tempatan berpotensi besar untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. 


Beliau turut melahirkan rasa bangga atas kejayaan acara itu yang disifatkannya sebagai luar biasa, apatah lagi apabila penggemar durian dari luar negara turut bersama-sama memeriahkan suasana. 


“Sambutan hari ini benar-benar luar biasa. Bukan sahaja rakyat Malaysia hadir, malah penggemar durian dari luar negara turut memeriahkan pesta ini. Kerjasama yang sangat baik daripada pihak hotel juga menjadikan acara ini lebih lancar dan bermakna,” jelas beliau pada majlis tersebut.


DARI kiri: Faiz, David Hew dan Faisal.

Turut hadir Ketua Pegawai Pembangunan SDurian World, Faiz Baharudin dan Ketua Pegawai Komersial SDurian World, Faisal Ghani.


SDurian World bukan sekadar menganjurkan acara berasaskan durian, tetapi turut membuka peluang pelaburan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk melibatkan diri dalam industri pertanian berimpak tinggi, khususnya dalam penanaman durian Musang King. 


Syarikat ini memiliki ladang seluas 2,000 ekar di Lojing Highlands, Gua Musang, dengan jumlah penanaman semasa mencecah 10,000 pokok durian. Ia turut menyasarkan pertambahan sehingga 100,000 pokok menjelang tahun hadapan.


Lebih menarik, SDurian World beroperasi tanpa sebarang hutang atau cagaran kepada pihak ketiga, menjadikan kedudukannya sebagai antara pelaburan pertanian paling kukuh dan mampan di negara ini. 


Sejak tiga tahun lalu, durian keluaran syarikat tersebut turut berjaya menembusi pasaran eksport ke China, membuktikan keupayaan mereka dalam memasarkan hasil tempatan ke peringkat antarabangsa.



David Hew turut menyatakan harapannya untuk melihat SDurian mencatat satu lagi kejayaan pada masa hadapan dengan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar durian Musang King daripada ladang terbesar di dunia.


“Saya berharap suatu hari nanti SDurian dapat mencatat satu lagi sejarah – mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar durian Musang King dari ladang terbesar dunia,” akhiri David Hew.


Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai SDurian World serta peluang pelaburan yang ditawarkan boleh melayari laman web www.sdurianworld.com atau mengikuti saluran media sosial syarikat itu.


#SDurianWorld #PestaDurianTerbesar #MalaysiaBookOfRecords #MusangKing 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan