QUAKER LANCAR KEMPEN JOM QUAKER FIT, AJAK RAKYAT MAKAN SIHAT!
LUPAKAN diet ketat yang menyeksa!
Quaker, jenama oat No. 1 dunia, kini kembali dengan solusi yang lebih bijak dan menyeronokkan melalui Kempen Jom Quaker Fit.
Bertempat di Sunway Velocity Mall, pelancaran rasmi kempen ini bukan sekadar acara biasa, tetapi merupakan seruan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam pemakanan, demi kesihatan yang berpanjangan.
Dengan slogan “Makan Lebih Baik, Bukan Kurang,” Quaker menggesa kita untuk beralih daripada obsesi mengira kalori kepada menikmati khasiat makanan, bermula dengan oat sebagai kunci utama.
Acara penuh inspirasi ini hadir pada waktu yang tepat, di mana statistik kesihatan negara menunjukkan peningkatan ketara dalam masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

DARI Kiri: Aditya, Dr Kit, Georgen dan Linora Low selaku moderator dan jurulatih kesihatan.
Menurut kajian terkini, 54.4% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, dan masalah ini sering dikaitkan dengan pengambilan serat yang rendah serta karbohidrat terproses yang tinggi.
Pakar Perunding Dietetik, Georgen Thye, menegaskan bahawa pemakanan yang sihat adalah mengenai membina tabiat, bukan sekadar menurunkan berat badan.
“Sudah tiba masanya kita menilai makanan hanya dari jumlah kalorinya, dan mula memberi tumpuuan kepada khasiat, keseimbangan, dan tabiat pemakan. Mulakan dengan langkah bijak menambahkan oat ke dalam hidangan harian,” ujar Georgen Thye pada majlis pelancaran yang berlangsung.
Turut bersamanya adalah Pengurus Besar Kluster PepsiCo Malaysia & Filipina, Aditya Ahuja, Ketua Saintis R&D Pemakanan PepsiCo, Dr. Kit Phanvijhitsiri dan Debra Deyvitah selaku Pengurus Pemasaran (Portfolio Pemakanan) Pepsico.
Keajaiban oat terletak pada kandungan beta-glukan, sejenis serat larut semula jadi yang telah disokong oleh lebih 80 kajian klinikal di seluruh dunia.
Beta-glukan ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan rasa kenyang, membantu mengelakkan pengambilan makanan berlebihan dan mengawal paras gula dalam darah.
Dengan kata lain, semangkuk oat bukan sekadar sarapan, tetapi pelaburan untuk kesihatan penghadaman, tenaga berpanjangan, dan kesihatan jantung.
Dr. Kit Phanvijhitsiri, menerangkan bahawa Jom Quaker Fit dibentuk agar sesuai dengan kehidupan sebenar dan berasaskan sains, memberikan cara yang praktikal dan menyeronokkan untuk meningkatkan pengambilan serat.
‘Sama ada dinikmati semasa sarapan atau ditambah ke dalam hidangan enak, oat menawarkan cara yang praktikal dan menyeronokkan untuk meningkatkan pengambilan serat dan menyokong diet yang lebih seimbang.” kata Dr. Kit.
Sebagai sebahagian daripada kempen yang lebih meluas, Quaker turut menganjurkan Cabaran 30 Hari di 70 outlet runcit yang mengambil bahagian, dan rancangan untuk memperluaskan jangkauan melalui kerjasama dengan institusi kesihatan dan universiti pada akhir tahun ini.
Cabaran ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri perubahan positif yang dibawa oleh oat dalam rutin harian mereka.
Di Sunway Velocity Mall, para pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik, termasuk demonstrasi memasak yang kreatif, di mana Georgen Thye menunjukkan betapa serbagunanya oat dalam resipi tempatan—daripada manis hingga savuri.
Acara ini membuktikan bahawa makanan berkhasiat tidak perlu membosankan atau terlalu mengekang selera.
Sementara itu, Aditya Ahuja, menyifatkan kempen ini sebagai satu inisiatif praktikal dan inklusif.
“Kami berbangga dapat menerajui gerakan yang praktikal, inklusif, dan berasaskan sains untuk menyokong perjalanan kesihatan rakyat Malaysia,” tambahnya.
Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada gerakan ini, acara di Sunway Velocity Mall terbuka kepada orang ramai sehingga 17 Ogos, di mana anda boleh mendapatkan pemeriksaan komposisi badan percuma dan tip pakar pemakanan.
Mari sertai Jom Quaker Fit dan mulakan langkah pertama menuju kehidupan yang lebih sihat dan ceria!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Jom Quaker Fit, sila ikuti Quaker di Facebook dan Instagram atau layari www.quaker.com.my
#JomQuakerFit #MakanLebihBaikBukanKurang #SunwayVelocityMall #Oat #fyp





Tiada ulasan:
Catat Ulasan