Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MR. DIY LANCAR 'STEAMIE', BUKTIKAN PRODUK MURAH TAHAN LEBIH LAMA!


BAGAIMANA
 rasanya jika anda boleh melangkah masuk ke dalam sebuah periuk nasi? Anda boleh bayangkan tak kehangatannya?


Yang pasti kehangatan yang dirasai bukan kerana anda benar-benar ‘dimasak’ tetapi MR. D.I.Y merealisasikan bayangan itu dengan menjemput rakyat Malaysia melakukan perkara tersebut melalui kedai pop-up periuk nasi gergasi yang pertama seumpamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Periuk nasi setinggi 16 kaki yang dipanggil 'Steamie' ini bukan sekadar tarikan, malah melambangkan kebolehpercayaan dan keselesaan harian produk jenama tersebut yang direka sempena pelancaran kempen terbaharu, ”Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama."


Inisiatif kreatif ini direka untuk menarik perhatian rakyat Malaysia, sekaligus menyampaikan mesej jenama bahawa produk berharga mampu milik mereka kini hadir dengan kualiti yang disahkan dan lebih tahan lasak


Dengan reka bentuk interaktif yang lengkap dengan efek "wap" dan muzik meriah, Periuk Nasi Gergasi ini berfungsi sebagai mercu tanda kebolehpercayaan, sama seperti produk-produk asas harian yang dijual di MR D.I.Y.



MR D.I.Y. turut menguatkan janji kualitinya dengan menegaskan bahawa produk mereka telah diperakui oleh badan kualiti nasional dan antarabangsa, termasuk SIRIM bagi piawaian keselamatan, SPAN untuk kelengkapan air, COC EN71 bagi keselamatan mainan, dan MCMC untuk peralatan multimedia.


Pensijilan ini menegaskan komitmen MR D.I.Y. untuk menyediakan produk yang lebih selamat, lebih tahan lama, dan mematuhi piawaian tertinggi.


Bermula 1 hingga 12 Oktober 2025, pengunjung di Bukit Bintang boleh menikmati pengalaman pop-up yang menyeronokkan, membeli barangan eksklusif, dan menikmati diskaun ke atas produk MR D.I.Y., termasuk periuk nasi, cerek elektrik, seterika, soket sambungan, fon kepala, kipas mudah alih USB, mentol lampu, pembesar suara bluetooth, dan fon telinga.



Menurut Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., langkah ini adalah cara untuk menyampaikan nilai yang melangkaui janji "Always Low Prices." 


“Produk-produk ini mencerminkan siapa kami – sebuah jenama yang kreatif, mudah diakses, dan sentiasa mengutamakan pelanggan,” kata Alex Goh.


Menurutnya, selama lebih dua dekad, MR. D.I.Y. telah membekalkan kualiti pada harga mampu milik, dan kini membuktikan bahawa produk mereka direka untuk tahan lebih lama. 


“Kami menunjukkan bahawa 'murah' boleh berkualiti, dan berkualiti tidak semestinya mahal,” tambahnya.


Majlis pelancaran kempen dimeriahkan dengan persembahan tarian yang menampilkan 20 maskot PANDAi. 



Acara ini turut memperkenalkan barangan edisi terhad – siri patung kecil plushie BUDDiY (Steamie - periuk nasi, Sizzy - seterika, dan A-Ha! - mentol lampu). 


Beg silang PANDAi yang berharga RM25.90 seunit, juga ditawarkan secara eksklusif di pop-up tersebut. 


Selain itu, pengunjung yang berbelanja RM25 dan ke atas untuk produk MR D.I.Y. di situ juga akan menerima patung kecil plushie BUDDiY secara percuma.


Selain dari pop-up Bukit Bintang, inisiatif "Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama" ini juga dilanjutkan ke lebih 1,500 cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara, menawarkan promosi istimewa bagi produk yang memenuhi piawaian kualiti yang diperakui. 


Pengunjung di Bukit Bintang juga boleh menikmati pelbagai aktiviti tambahan seperti aksi wap periuk nasi, sesi bertemu maskot PANDAi, Cabaran Bisik, dan peluang memenangi hadiah menarik pada hujung minggu (4, 5, 11 & 12 Oktober) pada jam 12 tengah hari, 3 petang, dan 6 petang.


Sama ada anda ingin berswafoto bersama periuk nasi gergasi - Steamie, mengumpul beg silang PANDAi edisi terhad, atau menerokai bagaimana produk MR D.I.Y. mampu bertahan dalam jangka masa panjang, pop-up ini menjanjikan gabungan hiburan dan fungsi yang sangat unik.



#AlwaysLowPrices #PeriukNasiGergasi. #KiniProdukMR D.I.Y.TahanLebih Lama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan