Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PENTAS RADJAWALI LIVE IN MALAYSIA' SATUKAN DUA GERGASI INDONESIA!


SELAMA
ini hanya menjadi igauan peminat, kini gabungan dua kuasa besar dari Indonesia –
Radja dan Wali Band – disahkan bakal menjadi kenyataan dalam sebuah pentas yang sama! 

Dalam apa yang disifatkan sebagai pertembungan yang paling dinantikan, konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia” dijadualkan meletus pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.


Impak gabungan ini ternyata sungguh 'berbisa', apabila tiket kategori termurah, berharga RM177, dilaporkan telah habis dijual licin hanya dalam tempoh satu minggu selepas dilancarkan! 


Angka ini sekaligus mengesahkan kehangatan konsert tersebut, dengan jualan tiket keseluruhan sudah mencapai angka 60 peratus.


Pengarah Projek merangkap Pengarah Konsert, Muhamad Firdouz Abd Razak (Fidote), menyifatkan sambutan ini sebagai bukti bahawa showmanship dan nostalgia yang dibawa oleh kedua-dua kumpulan ini masih relevan, apatah lagi lagu-lagu lama Radja yang berusia 17 tahun kembali trending di TikTok.


“Baik Radja mahupun Wali Band, kita sedia maklum bagaimana showmanship mereka di atas pentas. Kita tengok daripada konsert-konsert mereka yang lepas pun, sangat energetik. Kehadiran mereka ke Malaysia memang dinantikan peminat fanatik mereka,” kata Fidote pada majlis sidang media yang diadakan di Redbox The Garden, Mid Valley City baru-baru ini.



Dalam pada itu, Fidote akui penglibatan rakan strategik turut memainkan peranan besar dalam penganjuran “Pentas RadjaWali Live in Malaysia”. 


"Hari ini, mereka dijemput khas untuk hadir ke Press Conference Pentas RadjaWali & Media Gathering untuk diraikan. Bermakna sidang media yang diadakan ini berkonsep '2 in 1" iaitu pelancaran konsert “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” dan meraikan Rakan Strategik," tambahnya.


Barisan Rakan Strategik utama konsert ini ialah Redbox dan Three hand Production (billboard). Turut terlibat adalah GGR Motor dan Dua Darjat Coffee sebagai minuman rasmi, Roerdum sebagai jam tangan rasmi, Era, Sinar dan THR Gegar sebagai radio rasmi, Gempak sebagai media rasmi, dan Royale Chulan sebagai hotel rasmi.


"Kita memang nak raikan mereka kerana mereka sangat suportif dalam penganjuran konsert ini sebab dalam keadaan industri yang begini sekarang, memang susah nak dapat penaja. 


"Tapi pembabitan mereka ini sangat-sangat membantu dari segi penajaan. Malah mereka pun amat  mengalu-alukan kalau ada lagi projek anjuran kami selepas ini. 


"Pada masa sama, kami juga melancarkan peraduan cabutan bertuah untuk penonton yang hadir menyaksikan konsert ini nanti. Diharap mereka segera mendapatkan tiket untuk menonton," ujar Fidote. 



Anjuran Impian Al Fateh Sdn. Bhd., GIS Entertainment & Events, dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events), konsert “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” dijangka menjadi sebuah persembahan luar biasa yang sarat dengan emosi, tenaga, dan nostalgia.


"Secara asasnya, jualan tiket sekarang sudah 60 peratus. Itulah yang kita nak berterima kasih kepada semua Rakan Strategik. 


"Dalam sidang media ini, kita adakan sesi sidang media secara online dengan Wali Band," katanya. 


Sidang media secara dalam talian bersama Radja dan Waliband (bawah).


Peranan media yang banyak menyokong juga tidak dilupakan apabila mereka turut menganjurkan peraduan cabutan bertuah dan sesi karaoke.


"Sebenarnya ini matlamat utama sidang media ini diadakan. Kalau nak bercakap tentang RadjaWali, rasanya semua dah tahu kehebatan mereka. 


"Kita boleh tengok lagu-lagu lama mereka yang berusia 17 tahun pun 

dah trending balik dekat TikTok.  Siap ada remix dan sebagainya. Jadi kita boleh nampak ada 'demand' dia disitu," katanya. 




Vokalis Radja, Ian Kasela, ketika dihubungi secara dalam talian dalam nada teruja mengakui, “Malaysia selalu dekat di hati kami dan kami tidak pernah melupakan peminat di sini. Ia satu impian yang menjadi kenyataan apabila kami diundang untuk beraksi semula.”



Wali Band, yang dianggotai Faank, Apoy, Ovie, dan Tommy, juga tidak ketinggalan meluahkan rasa rindu.


 “Syukur… Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami merindui sambutan mesra peminat serta juadah enak di sini. Untuk konsert kali ini, kami akan tampil dengan sesuatu yang berbeza,” kata mereka penuh makna. 


Tiket konsert “Pentas RadjaWali Live in Malaysia" ditawarkan dalam 

beberapa kategori tiket bermula dari RM177 hingga RM977. Ia boleh didapati melalui Fantopia.io



#PentasRadjaWaliLiveInMalaysia #IdeaLiveArenaPJ #RakanStrategik #ForYouPage  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan