Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM 'SUNDAY NITE LIVE' BERSAMA SPIDER DI HARD ROCK CAFE KL

KUMPULAN Spider. Pix; Google.
Ada kah anda peminat kumpulan Spider yang diketuai vokalis bersuara lunak, Rustam Mustafa atau lebih popular dikenali sebagai Tam Spider?
Rindu dengan nyanyian lagu-lagunya seperti 'Aladin', 'Kasih Latifah' atau pun "Laukku Cukup Masin' antaranya?
Jika sudah lama tidak mendengar lagu-lagu daripada kumpulan Spider yang terkenal dengan lagu-lagu genre rock yang mempunyai pengaruh ska yang ditubuhkan pada tahun 1996, usah khuatir ya...
Kerana kumpulan yang bakat mereka diasah oleh komposer terkenal, sifu Datuk M. Nasir di bawah syarikat rakamam Luncai Emas Sdn Bhd ini akan menghiburkan anda pada persembahan 'Sunday Nite Live', bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 8 Mac depan, bermula jam 10.30 malam.
Sunday Night Live adalah platform yang mengetengahkan bakat artis-artis popular dan juga artis baru selain memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran mereka secara live! 
Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair. 
Di samping Tam sebagai penyanyi dan pemain gitar, Spider dianggotai oleh tiga  lagi ahli anggotanya iaitu Nafie sebagai pemain gitar utama, Iskandar sebagai pemain bass dan Ayie pemain drum.

Mereka bakal beraksi selama hampir 2 jam seraya menghiburkan para peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Kacap Terlabik, Ngam Ho, Dah ku Faham, Hidupku, Rasakan resapkan / Telinga ke Tulang, Buat Sang Puteri, Cinta Dewa Dewi, Mabuk, Nak Lantak, Mama, Kekasihku / Kekal, Tapi Bagaimana, Nazraku, dan 'Kau Saja'.
Untuk rekod, album pertama Spider diterbitkan pada tahun 1999 berjudul Ngam Ho dan Berjaya memperkenalkan lagu hits “Mungkinkah Terjadi”. 
Manakala 'Aladin' muncul pada tahun 2002 di mana album ini terjual melebihi 60,000 unit menerusi lagu hit Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin. 
Pada tahun 2004, album berjudul Nazraku yang memperkenalkan lagu hit Nazraku, Cinta Dewa Dewi dan Relaku Pujuk telah memenangi anugerah Album Terbaik pada AIM 12. 
Pada tahun yang sama, Spider juga telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu 'Relaku Pujuk' manakala pada tahun 2007, Spider menerbitkan album 'Bintang 12' dan mendapat sambutan ramai selain mendapat pujian daripada pihak media di atas kreativiti mereka menerusi lagu hit Mabuk, Salut, Anti Graviti dan Bila Nak Saksi. 
Album ini juga telah dicalonkan menerusi kategori Album Rock Terbaik di AIM15. Juga pernah mendapat kedudukan tertinggi dalam carta radio di negara kita.
Jadi jika anda tidak mahu melepaskan peluang bernyanyi sambil berhibur pastikan anda memperoleh tiket dengan harga RM100 (termasuk satu minuman ringan) untuk setiap seorang.
Maklumat lanjut sila hubungi +603-27155555.
Kak Fas: Sis belanja satu lagu favourite sis "Relaku Pujuk"... enjoy!



#Spider #SundayNiteLive #HardRockCafe #MNasir #LuncaiEmas

13 ulasan:

Sis Lin berkata...

Lama Spider ni tak buat persembahan kan, macam dah lama sangat...kalau dengar lagu dia mesti nak nyanyi sama..bestnya kalau dapat pergi dan join sekali...

Aiman berkata...

wahh spider masih buat performance. memang band legend la. rindu dengan lagu2 evergreen masih dengar sampai sekarang

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Lama x dengar kisah spider. Suka lagu2 lamanya dia..evergrèen sgt hehe

Marina Bashah berkata...

Suka dengar lagu-lagu Spider. Sama jugak suka lagu relaku pujuk. Hehe. Semoga spider terus berjaya di masa hadapan

MaisarahSidi berkata...

Syok juga ni. Lagu Spider semua best. Peminat kumpulan Spider jangan lepaskan peluang menarik ni

raihanah berkata...

saya pegi HRD cuma nak pi beli merchandize je. tu pun bukan kat negara sendiri, negara luar je. hihi

jasmean berkata...

Wooo 8 Mac 😆 ive heard bout them before but never have the opportunity to see them live. Maybe this is it 🤔🤔😆

Balqis Athirah berkata...

Woww spider. Lama tak tengok depa menyanyi. Boleh pi nanti kot. Mesti best punya kan. Qiss layan juga lagu akak belanna tu. Favourite Qiss heheh

Huda Halid berkata...

wah best yer kalau dapay join dan tengok performance live dari Spider ni. lama kan tak dengar diorang nyanyi

Mahamahu berkata...

Dah lama kita tak ikuti perkembangan kumpulan yang pernah popular satu masa dulu ini hehehe sebab kita cuma tahu yang Tam aktif buat lagu untuk artis baru sekarang ni hehehe kalau ada tiket free boleh lah bagi kita hehehehe...

Aerill Hassan berkata...

dulu2 memang layan lagu2 kumpulan diorg ni. masih aktif rupanya. mesti best ni

Siti Awadah berkata...

lama betul kan group spider ni.. sis dlm ramai2 ahli member spider kenal abg tam tu je la,... dulu kdg2 dok dengar gak lagu diaorg kat radio dalam keta

Emi berkata...

Emi membesar dengan lagu2 spider ni tau. Ingat lagi zaman kegemilangan depa ni dulu, masa tu emi kat sekolah lagi.