Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAJLIS TAHLIL ABAM DIHADIRI LEBIH 1,000 JEMAAH


Alhamdullilah! 
Ramai yang menyayangi Allahyarham Abam Bocey atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya sehingga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di Gombak yang dihadiri ribuan orang.

Dan semalam, sekali lagi lebih 1,000 jemaah hadir pada majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat Allahyarham di Masjid Wilayah Persekutuan anjuran stesen penyiaran ASTRO.
ADIK kepada Abam, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bersama Achey dan Fad.


PIX: Astro Gempak & edisiviral.com
Disertai bersama ramai rakan artis termasuk ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey, majlis bagi memberi penghormatan terakhir buat pelawak tercinta itu turut dihadiri Presiden SENIMAN, Zed Zaidi; Naib Presiden SENIMAN, Zuraini Kassim serta barisan artis lain antaranya seperti Dato AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida, Dato Fizz Fairuz dan Mawi.
Ustaz Fakhrul (UNIC) dijemput bagi memimpin bacaan al-Quran. Beliau juga memberikan perkongsian istimewa mengenai arwah Abam dan tazkirah bagi jemaah.
Stesen radio muslim kontemporari Zayan hadir selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak, Ria X, Zon Lawak, InTrend dan MySalamMuslim pula menggalas tugas rakan digital.
Allahyarham Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan. 
Kak Fas: Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan insan soleh. Takziah kepada keluarga dan ibunya, Rosbiah Arshad. 



#Abam #Tahlil #DoaSelamat #MasjidWilayah #AliPuteh #MeninggalDunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan