MANGGIS JADI BUAH INSPIRASI BAHARU 'NATURALS BY WATSONS'
MANGGIS bukan lagi sekadar buah bermusim yang dinanti-nantikan kerana rasa manis dan masamnya, sebaliknya ‘Ratu Buah-Buahan’ itu kini mencetuskan inspirasi dalam dunia kecantikan dan penjagaan diri.
Mengambil semangat tersebut, ‘Naturals by Watsons’ memperkenalkan rangkaian terbaharu Mangosteen, diinspirasikan daripada buah ikonik Malaysia sempena bulan Merdeka dan sambutan Hari Malaysia.
Menariknya, koleksi berkenaan diraikan dengan pengalaman yang cukup sinonim dengan budaya tempatan menerusi acara ‘Durian & Mangosteen Eating Party’ di KL DEX, mempertemukan dua buah yang sering dianggap sebagai ‘Raja’ dan ‘Ratu’ buah-buahan Malaysia.
Gabungan dua buah ikonik itu bukan sahaja mencetuskan pengalaman gastronomi yang menarik, malah mengetengahkan bagaimana khazanah tempatan boleh diterjemahkan ke dalam pengalaman kecantikan moden.
Dengan formulasi mengandungi 97 peratus bahan daripada sumber semula jadi, rangkaian itu diperkaya ekstrak manggis yang terkenal dengan sifat antioksidan bagi membantu menyuburkan serta melindungi kulit.
Ia turut menawarkan kelembapan sehingga 72 jam, menjadikan kulit terasa lebih lembut, segar dan kelihatan sihat.
Koleksi berkenaan merangkumi gel mandian, losen badan dan semburan badan, selain gel mandian serta losen badan bersaiz perjalanan yang praktikal untuk dibawa ketika bercuti.
Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh, berkata manggis dipilih kerana buah berkenaan mempunyai kedudukan istimewa dalam budaya dan kehidupan rakyat Malaysia.

DARI Kiri: Danny, Awie dan Edison Ang.
“Manggis merupakan buah yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia dan kami amat teruja untuk mengetengahkan buah tempatan yang cukup dikenali ini menerusi rangkaian Mangosteen daripada Naturals by Watsons.
“Kami mahu membawa buah ikonik ini ke hadapan dan memberikannya nafas baharu dalam dunia kecantikan dan penjagaan diri,” ujar Danny pada majlis pelancaran produk yang turut dihadiri Pengasas bersama KL Dex, Ang Kean Wee atau lebih dikenali dengan panggilan Awie dan Edison Ang
Menurutnya lagi, selain menjadi buah yang dikenali dan digemari rakyat Malaysia, manggis turut dihargai kerana khasiat semula jadinya, menjadikannya inspirasi yang tepat untuk rangkaian berteraskan alam semula jadi ini.
“Kami berbangga dapat membawa sebuah kisah yang begitu dekat dengan identiti Malaysia kepada pelanggan kami dengan cara yang relevan, bermakna dan menarik,” tambah Danny.
Lebih menarik, bagi menguatkan lagi identiti tempatan, Naturals by Watsons turut bekerjasama dengan ilustrator Malaysia, Wonders of Eqa, bagi menghasilkan pembungkusan edisi terhad warna warni yang sarat dengan elemen budaya dan warisan tempatan.
Rekaan tersebut menampilkan elemen tempatan yang cukup dikenali seperti sarung tradisional dan wau, menjadikan koleksi ini sebagai rangkaian kecantikan yang turut meraikan identiti Malaysia.
Kerjasama Naturals by Watsons dengan KL DEX pula melengkapkan pengalaman tersebut apabila pengunjung berpeluang meneroka dunia ‘Raja dan Ratu Buah-Buahan’ dalam satu destinasi.
Bermula hujung minggu ini hingga Hari Malaysia pada 16 September 2026, pengunjung ke KL DEX berpeluang menerokai dan mencuba rangkaian Naturals by Watsons Mangosteen, merasai tekstur dan harumannya, serta mengetahui lebih lanjut tentang manfaat penjagaan kulit yang diinspirasikan daripada Ratu Buah-Buahan itu.
Para pengunjung juga boleh menikmati manggis segar bersama pengalaman durian istimewa KL DEX, sekaligus menjadikan sambutan dua ikon buah Malaysia itu lebih meriah.
Tersedia secara eksklusif di Watsons Malaysia, rangkaian Mangosteen edisi terhad itu turut sesuai dijadikan cenderamata kecantikan berinspirasikan Malaysia, selain pilihan topeng muka dengan inspirasi cita rasa tempatan.
Dengan Raja dan Ratu Buah-Buahan sebagai tumpuan utama, Naturals by Watsons mengajak rakyat Malaysia untuk menerokai semula keindahan inspirasi tempatan – satu manggis pada satu masa.
Rangkaian Naturals by Watsons Mangosteen kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara dan secara dalam talian, dengan harga bermula RM23.90.
Pelanggan yang berbelanja RM40 dan ke atas bagi rangkaian Mangosteen turut berpeluang menerima patung plushie emoji Mangosteen secara rawak.
Daripada buah di atas meja makan kepada inspirasi di rak penjagaan diri, manggis membuktikan bahawa khazanah tempatan sentiasa mempunyai ruang untuk diberi nafas baharu—dan kali ini, dalam dunia kecantikan.
Ketahui lebih lanjut di laman sesawang Watsons Malaysia di www.watsons.com.my atau lebih mudah klik DI SINI.
#NaturalsByWatsons #Manggis #Kecantikan #RatuBuahanBuahan #Durian #ForYouPage




Tiada ulasan:
Catat Ulasan