HAWA RIZWANA, FATIN HAMIMAH SERTA PENYAMPAI 'WHI TV3'
Anda pasti tidak asing lagi dengan nama Hawa Rizwana dan Fatin Hamimah yang merupakan penyampai berita di TV3 dan TV9.
Bermula dari 1 April 2020 lalu, Hawa Rizwana dan Fatin Hamimah telah menyertai Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim, Fahrin Ahmad, Sugeeta dan Uyaina Arshad sebagai hos program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI).
Penampilan sulung Fatin Hamimah di WHI bergandingan dengan Hazrena Kassim dan Sugeeta pada 1 April 2020 manakala Hawa Rizwana pula bersiaran pada 3 April 2020 bersama-sama dengan Fiza Sabjahan dan Uyaina Arshad.
Pengalaman mereka dalam bilik berita TV bukan saja menjadi faktor utama kedua-duanya dilamar oleh WHI.
Dalam usia yang muda, kedua-duanya telah mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburi. Kecekalan dan kegigihan mereka dalam mengejar impian dan pada masa yang sama tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat juga menepati ciri-ciri WHI yang sentiasa mahu mengetengahkan ikon wanita muda kepada penonton.
Bagai sirih pulang ke gagang, Hawa Rizwana (Hawa Rizwana Ahmad Redzuan), 25 tahun yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) di UiTM mula bertatih di industri penyiaran TV sebagai pelatih dengan produksi WHI pada Mac 2017.
Selepas itu, Hawa (kiri) memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran dan penyampai berita di TV9 pada tahun yang sama.
Kini, Hawa juga diberikan tanggungjawab mengendalikan Buletin Utama di TV3 pada tahun 2019. Selain itu, beliau juga diberikan kepercayaan dalam mengacarakan program semasa seperti Imbauan 2017 Berita TV9, Belanjawan 2019 di TV9 dan Dakwat Di Jari PRU14.
Fatin Hamimah (Fatin Hamimah binti Mohd Yusof), 30 tahun yang juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) di UiTM mendedikasikan diri dalam penyampaian berita TV sejak tahun 2014 di TV3, TV9 dan ntv7.
Bermula sebagai wartawan penyiaran, Fatin (kanan) juga pernah mengendalikan program semasa dan politik seperti insiden MH370, insiden MH17 dan Pilihan Raya Umum 14.
Selain berpengalaman untuk mengendalikan segmen gaya hidup untuk Buletin Utama, beliau juga diberikan tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif untuk program berita di TV3, TV9 dan ntv7.
Terus menjadi pilihan dan rujukan utama bagi golongan wanita di negara ini selepas hampir 2 dekad bersiaran, WHI mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan dan fesyen.
Kini, WHI bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang di TV3 dan boleh strim di laman sesawang www.tonton.com.my.
Kru penerbitan WHI diketuai oleh Puan Siti Hatija Yusof sebagai penerbit Eksekutif dari Primeworks Studios.
Gunakan tanda pagar #WHITV3 #inspirasiwanita dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.
Kak Fas: Mengenali Hawa Rizwana yang mirip Neelofa ini pada majlis pelancaran butik aksesori Hijab Wirdora di mana Hawa menjadi wajah Wirdora. Orangnya memang lembut dan mesra. Tahniah!
#HawaRizwana #WirdoraHQ #InspirasiWanita #WHITV3
Sedapnya nama Hawa Rizwana tu...sekali pandang memang macam Nelofar laa...
BalasPadamTapi ye juga pemyampai WHI semuanya cantik-cantik...bahasa bertutur pun sedap lengguk..tak sabar nak tengok penampilan mereka ni, ke dah ada...sebab Sis belum nengok lagi WHI minggu ni..
Jarang tgk program WHI nti blh tgk2 bila dah duk umah ni semua rancabgan tv3 menarik belaka. dorang pun semua cantik2 danpetah bercakap
BalasPadaminspired betul dengan cerita diorang ni dah lah lawa-lawa semua
BalasPadamcantiknya diorang ni. dah lama tak tengok whi. muda2 dah berbakat hawa ni. Alhamdulillah rezeki dia. moga terus sukses
BalasPadamThank you for sharing this post. I have to be honest that I x kenal who these two ladies are. However, thank you for opening up my world.
BalasPadamWow muda-muda nie cantik, berbakat dan berjaya. Alhamdulilah rezeki mereka dipermudahkan ye tak. Yang penting - tidak kenal lelah dan jemu dalam mengejar cita kan.
BalasPadamcantiknya u all, alhamdulillah dapat rezeki bergolek macam ni. all the best ya
BalasPadamTahniah Hawa, dia sungguh berbakat dan berjaya di usia yang sangat muda. Moga rezeki dia terus berlimpah ruang. Oh muka dia macam Neelofa ye.. patutla.. manis..
BalasPadamWah... Hawa Rizwana dah semakin success dalam kerjaya nya.. Dulu TB tahu pasal hawa ni pun sebab ramai kata muka hawa ada iras2 neelofa.. Start tu selalu ikut perkembangan hawa ni.. 25 tahun ye umur dia.. Ingatkan bawah 25.. Comel orangnya
BalasPadamI don't really know about Malaysia's celebrities or such.
BalasPadamI am more towards Taiwanese & J pop, but thanks for sharing!
Nice reading your blog.
hawa rizwana tu kenal juga sbb ada tgk di tv9 dan muka die ada iras neelofa..yg sorg lg br kenal...smoga dgn kehadiran penyampai baru di segment Wanita Harini Ini lebih menarik penonton utk tgk topik2 menarik di WHI TV3
BalasPadamDulu memang tak ketinggalan siaran WHI dengan penyampai Ruhil Syafinaz, Azzura Azizul Azman, Azizah Ariffin dan Irin Putri Azmi. Sekarang ni jarang la pulak menonton TV. Tapi yang nak komen....siaran WHI ini banyak info berguna untuk para wanita dan penyampainya lawa dan anggun.
BalasPadamDah lama tak tengok TV. Last tahu jugalah yang Fahrin jadi pengacara WHI. Cantik berbakat dan pandai cakap baru best jadi pengacara WHI ni.
BalasPadamCantiknya Hawa Rizwana dan Fatin Hamimah nie.hehe tp iena jarang tengok WHI sebab kerja kan..wlupun tgh PKP pn siang keje x leh tgk tv .. apa2 pun semoga mereka berdua terus sukses :)
BalasPadamNama Hawa semakin meningkat naik dalam dunia penyiaran. Muka nya cantik dan berbakat, tak hairanlah beliau sering dilihat di mana-mana kaca tv
BalasPadamfamiliar dua2 ni. sebab aida biasa tonton buletin tv2 dan whi.
BalasPadambertuah la di usia muda dah jadik yg utama di tv3. jauh boleh pergi diorang ni.
ada rupa. ada bakat.kena maintain semua tu.
Semakin meriah WHI dengan dua orang oengacara baru yang memang tidak asing lagi di kalangan penonton tv3. Diorang memang dah dikenali sebab baca berita kan. Rezeki mereka dapat luaskan pengalaman dalam bidang penyiaran. Tahniah buat kedua duanya.
BalasPadamsuka tengok hawa ni..cantik, comel dan sopan. dapat jumpa dia live hari tu..mmg dia ada auranya tersendiri..moga terus sukses hawa
BalasPadamBanyak pengalaman mereka sebelum join WHI ni. Qiss sejak pkp ni memang tengok WHI. Menarik topik setiap hari berkenaan wanita. Harap WHI terus maju jaya disampaing mereka yang berkaliber ni
BalasPadamPernah juma Hawa a few times at event, memang peramah, cantik, and knowledgeable.
BalasPadam