MID AUTUMN PALING 'VIBES' DI AEON MALL, BUKAN SEKADAR MOONCAKE
Mengangkat semangat itu, AEON MALL menerusi kempen “Cherish Reunions” tahun ini mengajak masyarakat meraikan Mid-Autumn dalam suasana yang lebih dekat dengan jiwa Malaysia, menggabungkan cita rasa tempatan, tradisi dan pelbagai pengalaman merentas generasi.
Dilancarkan semalam, 12 September 2026 di AEON MALL Bukit Tinggi, kempen berkenaan yang mendapat kerjasama Tourism Malaysia, JDX dan Tea Garden. mengetengahkan konsep perayaan yang dekat dengan identiti Malaysia, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat tempatan serta pelancong untuk mengenali negara ini melalui makanan, tradisi dan pengalaman kebudayaan, bukan sekadar membeli-belah.
Menariknya, lebih 160 jenama mooncake ditawarkan di rangkaian AEON MALL di seluruh negara, merangkumi pilihan tradisional, moden dan cita rasa yang diinspirasikan daripada keunikan makanan tempatan.
Antara yang mencuri perhatian ialah pilihan mooncake berperisa tempatan dan halal daripada jenama seperti JDX, Duria, The Full Basket, Oriental Kopi, Yu Ai, Oversea, Tai Thong, Huats Up dan Foh San.
Malah, elemen tempatan itu menjadikan pengalaman menikmati mooncake lebih daripada sekadar mencuba makanan tradisi. Ia turut memberi peluang kepada pengunjung dan pelancong mengenali Malaysia menerusi sajian yang menggabungkan elemen perayaan dengan identiti tempatan. Satu pengalaman yang dekat, santai dan mudah diingati.
Kerjasama bersama Tourism Malaysia yang diwakili Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pakej, Azmi Abdullah, turut meletakkan sambutan Mid-Autumn sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan sempena Visit Malaysia 2026, dengan mesej bahawa Malaysia boleh diterokai bukan hanya melalui destinasi menarik, tetapi juga menerusi makanan, tradisi dan sambutan masyarakatnya.
Dengan 27 AEON MALL di seluruh negara, kemeriahan sambutan juga lebih mudah dinikmati komuniti setempat tanpa perlu melakukan perjalanan jauh, menjadikan pengalaman berkumpul bersama keluarga dan rakan lebih dekat dan bermakna.
Lebih menarik, pengunjung tidak hanya datang untuk membeli mooncake malah boleh menyertai pelbagai aktiviti sepanjang kempen termasuk persembahan kebudayaan, aktiviti tanglung, seni kaligrafi Cina, bengkel menghasilkan tanglung serta sesi DJ Meet & Greet, yang pastinya memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.
Bagi keluarga, inilah antara tarikan yang menjadikan sambutan lebih bermakna kerana anak-anak berpeluang mengenali tradisi, ibu bapa dapat mengimbau kenangan lalu dan generasi muda pula menikmati perayaan dalam suasana yang lebih moden.
Dalam pada itu, tidak lengkap pengalaman membeli-belah tanpa ganjaran istimewa apabila pemegang kad UOB yang berbelanja RM150 untuk produk mooncake melalui dua resit gabungan pada hari yang sama berpeluang menebus AEON Gift Voucher bernilai RM20.
Pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan Mid-Autumn Spend & Win dengan 50 pemenang bertuah berpeluang membawa pulang produk Mid-Autumn edisi terhad daripada Tea Garden.
Menerusi mesej “Different Flavours. One Malaysia. One Reunion.”, AEON MALL menghidupkan semula makna sebuah perayaan — bahawa di sebalik perbezaan cita rasa, budaya dan tradisi, ada satu perkara yang menyatukan kita semua, iaitu peluang untuk kembali bersama dan menghargai mereka yang dekat di hati.
Menerusi kempen yang membawa mesej “Different Flavours. One Malaysia. One Reunion”, AEON MALL menghidupkan semula makna sebuah perayaan — bahawa di sebalik perbezaan cita rasa, budaya dan tradisi, ada satu perkara yang menyatukan kita semua, iaitu peluang untuk kembali bersama dan menghargai mereka yang dekat di hati.
Ia bukan sekadar mengenai sepotong mooncake, sebaliknya tentang berkongsi makanan, mencipta kenangan dan meraikan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya serta cita rasa.
Kempen 'Cherish Reunions' sekali gus mengajak masyarakat dan pelancong menikmati Malaysia dengan cara yang lebih dekat dan peribadi – melalui rasa, tradisi dan kemeriahan sebuah perayaan yang menyatukan semua.
Pada akhirnya, Mid-Autumn bukan hanya mengenai mooncake atau tanglung, tetapi tentang siapa yang duduk bersama kita ketika menikmatinya.
Dan mungkin, itulah rasa Malaysia yang paling istimewa untuk diraikan waima AEON MALL mengangkat Mid-Autumn sebagai satu sambutan yang merentasi latar budaya dan generasi.
#MidAutumn #CherishReunions #AEONMallBukitTinggi #TourismMalaysia #MoonCake







Tiada ulasan:
Catat Ulasan