KUMPULAN SURIA KLCC BAWA KEAGUNGAN ISTANA INDIA SAMBUT PESTA CAHAYA!
PUSAT beli-belah di bawah Kumpulan Suria KLCC kini bertukar wajah menjadi persada istana diraja India yang memukau sempena sambutan Deepavali dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bermula 23 Oktober 2026, Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre di Putrajaya, dan Mesra Mall di Terengganu bersiap sedia menyambut ketibaan pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa menerusi gabungan hiasan megah, persembahan kebudayaan, bengkel interaktif, dan tawaran ganjaran eksklusif sempena Pesta Cahaya yang bakal dirayakan pada 8 November 2026 depan.
Kemeriahan utama dapat disaksikan di Centre Court Suria KLCC dari 23 Oktober hingga 11 November 2026 yang ditransformasikan menjadi Persada Istana India.
Pintu gerbang utamanya disiagakan dengan sepasang burung merak setinggi 10 kaki, skrin LED, dan elemen air, manakala bahagian tengahnya menempatkan sebuah pavilion dengan ukiran kekisi keemasan serta sentuhan sutera berwarna-warni.
Pengalaman ala istana ini turut dihidupkan menerusi persembahan tarian tradisional pada 1, 7, dan 8 November 2026.
Selain menikmati seni bina dan persembahan, pengunjung boleh menyertai Bengkel Menghias Tart Kolam oleh Flaaah pada 31 Oktober serta 1, 8, dan 9 November untuk menghias Tart Kastard Masala Chai edisi terhad, disusuli diskaun eksklusif 20% bagi pembelian satu kotak tart di cawangan Flaaah.
Pengunjung juga berpeluang menyertai Bengkel Gubahan Bunga Kertas Pleines Natures oleh Yves Rocher pada 31 Oktober serta 1, 7, dan 8 November untuk menghasilkan gubahan bunga kad kertas yang dipadankan dengan semburan wangian terbaharu jenama tersebut.
Semangat perayaan yang sama turut dibawakan ke Alamanda Shopping Centre dari 23 Oktober hingga 9 November 2026 menerusi sajian dekorasi kolam berwarna-warni, lampu tradisional, dan gerbang perayaan.
Di samping meraikan budaya, Alamanda meneruskan kempen kesedaran kesihatan mental Kumpulan Suria KLCC melalui jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10, di mana keseluruhan hasil jualan disalurkan secara langsung kepada NGO tempatan.
Sementara itu bagi masyarakat Pantai Timur, Mesra Mall di Kemasik, Terengganu menyemarakkan sambutan dari 1 hingga 10 November 2026 dengan menghias kawasan kaunter Concierge berkonsepkan istana tradisional India yang dihiasi jambangan bunga dan pencahayaan hangat.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, menjelaskan bahawa konsep ini diilhamkan daripada amalan rumah terbuka perayaan Deepavali di Malaysia yang sentiasa menyambut kedatangan tetamu dengan tangan terbuka.
“Perayaan Deepavali di Malaysia mengetengahkan amalan rumah terbuka – pintu yang terbuka, hidangan tersedia di atas meja dan suasana yang mengalu-alukan. Itulah suasana yang ingin kami bawa ke pusat membeli-belah kami.
"Sebuah persada istana merupakan tempat para tetamu disambut, jadi kami membina suasana tersebut untuk para pelanggan dan pengunjung – sebuah ruang untuk menikmati persembahan tarian tradisional, menghias tart kolam atau mengambil foto keluarga, sebelum menikmati hidangan di salah satu daripada pelbagai restoran dan kafe kami atau pulang untuk meraikan Deepavali bersama keluarga,” ujar Francis.
Beliau berharap suasana persada istana yang dibina di ketiga-tiga pusat beli-belah dapat memberikan pengalaman unik kepada setiap pengunjung untuk merakam kenangan manis bersama keluarga serta berasa dihargai sebagai tetamu kehormat.
Bagi melengkapkan pengalaman musim perayaan, Kumpulan Suria KLCC turut menawarkan pelbagai program ganjaran pembelian sepanjang tempoh kempen.
Di Suria KLCC, pelanggan yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam dua resit berpeluang menebus e-Voucher Membeli-belah RM50 terhad kepada 300 penebusan pertama, manakala pembelian e-Voucher RM1,000 bakal menerima e-Voucher tambahan RM100 terhad kepada 20 pembeli pertama.
Di Alamanda Shopping Centre, perbelanjaan RM500 dan ke atas layak menerima e-Voucher RM30 serta dua batang lilin wangi, manakala pembeli berbelanja tinggi melebihi RM1,500 bakal membawa pulang e-Voucher RM80 dan sepasang lilin wangi.
Di Mesra Mall pula, 100 pelanggan pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit boleh menebus Baucar Membeli-belah bernilai RM30.
#DeepavaliWithSuriaKLCC #PersadaIstanaIndia #Alamanda #MesraMall #ForYouPage





Tiada ulasan:
Catat Ulasan