Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JAECOO J5 EV BAWA PENGALAMAN PANDU UJI MESRA HAIWAN!


MEMBAYANGKAN
pengalaman memandu kereta elektrik (EV) sambil membawa haiwan kesayangan mungkin kedengaran seperti perkara biasa bagi sesetengah pemilik, namun apabila keselesaan si bulus dan si comel turut menjadi sebahagian daripada pengalaman pemanduan, ia memberikan perspektif berbeza terhadap sebuah kenderaan.


Itulah kelainan yang ditawarkan menerusi program Paws N’ Drive anjuran OMODA | JAECOO Malaysia dengan kerjasama platform komuniti haiwan peliharaan, The Paws Collective (TPC), yang berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 Oktober di CARFE Petaling Jaya.



Menerusi program itu, pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu JAECOO J5 EV dalam suasana santai dan mesra haiwan, selain mengenali ciri-ciri yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pemilik haiwan peliharaan.


Berbeza daripada sesi pandu uji biasa yang lebih tertumpu kepada prestasi dan teknologi kenderaan, Paws N’ Drive mengetengahkan aspek praktikal yang dekat dengan kehidupan seharian, khususnya bagi mereka yang sering membawa haiwan kesayangan ketika keluar bersiar-siar atau melakukan perjalanan bersama keluarga.


Dari sudut pemanduan, JAECOO J5 EV memberi peluang kepada pengunjung mengenali sebuah kenderaan elektrik yang menggabungkan konsep mobiliti moden dengan keperluan gaya hidup masa kini. Namun, pengalaman sebenar di sebalik program ini bukan sekadar tentang memandu sebuah EV, sebaliknya bagaimana ruang dan kemudahan kenderaan dapat membantu menjadikan perjalanan bersama haiwan lebih mudah.



Antara ciri yang menjadi perhatian ialah kemasan tempat duduk kulit tiruan yang diperakui TÜV, mempunyai ciri antibakteria, tahan calar dan rendah kandungan sebatian organik meruap (VOC). 


Ciri berkenaan membantu menangani cabaran biasa pemilik haiwan, termasuk bulu yang melekat pada tempat duduk serta kesan cakaran.


Lebih menarik, JAECOO J5 EV turut dilengkapi Pet Mode yang membolehkan penyaman udara terus beroperasi ketika kenderaan diparkir, sementara tingkap dikunci bagi membantu memastikan haiwan kekal selesa di dalam kabin.


Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan berkata, haiwan peliharaan kini menjadi sebahagian daripada keluarga dan kehadiran mereka turut mempengaruhi cara pemilik menjalani kehidupan, termasuk ketika melakukan perjalanan.


“Keselesaan ruang kabin, kemudahan akses, ruang untuk barangan keperluan haiwan serta memastikan haiwan kekal tenang sepanjang perjalanan merupakan aspek penting bagi golongan pemilik haiwan peliharaan,” ujarnya.


Selain pandu uji, pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk penghasilan cenderamata peribadi oleh Youchful !!, bar snek kucing oleh Pawmised Land serta bar snek anjing oleh Seafood Buddy.



Penganjuran itu berjaya menarik lebih 200 pencinta haiwan sepanjang dua hari, sekali gus mewujudkan ruang pertemuan antara komuniti pemilik haiwan dengan jenama automotif dalam suasana lebih santai dan interaktif.


Secara keseluruhan, Paws N’ Drive memperlihatkan bagaimana pengalaman memandu kini boleh diperluaskan melangkaui aspek prestasi, reka bentuk dan teknologi semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira keperluan gaya hidup pemilik.


Bagi mereka yang menganggap haiwan kesayangan sebagai sebahagian daripada keluarga, JAECOO J5 EV mengetengahkan pendekatan mobiliti yang lebih dekat dengan rutin harian, sekali gus menjadikan perjalanan bersama teman berbulu satu pertimbangan penting dalam pemilihan kenderaan.


MARK Adam bersama isteri dan Mustaqim turut membawa kucing kesayangan masiing-masing.


Sementara itu, antara tetamu yang turut kelihatan adalah penyanyi Mark Adam serta pelakon Mustaqim Bahadon yang antara selebriti yang membela kucing waima Mark mempunyai 16 ekor si bulus manakala Mustaqim pula memelihara 12 ekor kucing.


Kehadiran mereka membayangkan keprihatinan terhadap keselesaan kucing masing-masing apabila perlu memandu dan kala ditanya masing- masing akui JAECOO J5 EV memang sesuai bagi pencinta kucing seperti mereka.


"Saya pun sedang memikirkan untuk memiliki kenderaan yang mesra haiwan seperti yang dikeluarkan oleh Omodo Jaecoo Malaysia ini. Memang nampak cantik dan harganya pun mampu milik," ujar Mark Adam sambil berseloroh dalam ketawa apabila menambahkata, 'mungkin setiap  kucing saya akan mempunyai sebiji kereta seekor'.



#OmodaJaecoo #JaecooJ5EV #KeretaMesraHaiwan #PetMode #CarfePJ #ForYouPage



Tiada ulasan:

Catat Ulasan