Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BINTANG SUARA MELILEA 2026 ANGKAT POTENSI ANAK MUDA MENERUSI MUSIK!



WALAUPUN Kuala Lumpur dilanda jerebu, keadaan itu tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan acara yang dinanti-nantikan apabila, seperti kata orang putih, “The show must go on!”

Berpegang pada semangat itu, malam kemuncak Bintang Suara MELILEA 2026 tetap berlangsung meriah di perkarangan luar MELILEA APHQ, MELILEA Tower, Bangsar South, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu, 10 Oktober 2026, dengan kehadiran lebih 700 penonton membanjiri ruang acara bagi menyaksikan persaingan sengit 19 finalis terbaik.


Lebih manis, Muhammad Heyqal Misnin berjaya menambat hati barisan juri menerusi persembahan lagu ‘Oscar Winning Tears’, yang dipopularkan penyanyi Raye, sekali gus dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan.


Kemenangan itu melayakkan Heyqal membawa pulang trofi, wang tunai RM3,000 serta baucar produk MELILEA bernilai RM2,000 selepas mengharungi persaingan daripada lebih 200 peserta keseluruhannya yang menyertai pencarian bakat berkenaan.



Penganjuran oleh MELILEA International Group of Companies itu bukan sekadar bertujuan mencari penyanyi terbaik, malah menjadi sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam usaha mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam bidang seni dan muzik, khususnya dalam kalangan generasi muda.


Berlandaskan tagline ‘IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA’, pertandingan itu turut memberi peluang kepada peserta menonjolkan kebolehan vokal, keunikan serta identiti persembahan masing-masing.


Muhammad Hadi Hafsham Hanapi meraih gelaran naib johan menerusi persembahan lagu 'I (Who Have Nothing)', nyanyian asal Ben E. King, sekali gus membawa pulang trofi, wang tunai RM1,500 dan baucar produk MELILEA bernilai RM1,500.




Tempat ketiga pula menjadi milik Ema Fazuana Mehat yang mempersembahkan lagu 'Cinta', nyanyian Marsha Milan, sekali gus  menerima trofi, wang tunai RM1,000 serta baucar produk MELILEA bernilai RM1,000.


Selain tiga pemenang utama, seramai 14 peserta turut menerima Anugerah Kecemerlangan sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan persembahan yang ditampilkan sepanjang pertandingan.


Mereka ialah Che Nurulsyafika Che Roslan, Hidayat Zainal, Lee Yee Keat, Mohammad Zulhusni Saidin, Mohd Fikri Abdullah, Nuhammad Zulfeka Nasrun, Nur Diyana Jeffri, Oliver Brad Martell, Putera Jefry Sham Bin Jisham, Putera Muhaymin Bin Hamizan, Putra Daniel Akasha Mohd Shamsukri, Siti Nur Atikah Mohamad Asri, Wan Aqilah Sofea Wan Mohd Noor dan Nurul Ainie Muhamad.


Setiap penerima Anugerah Kecemerlangan membawa pulang trofi, wang tunai RM300 serta baucar produk MELILEA bernilai RM500.



Kesemua mereka dinilai oleh barisan juri berpengalaman dalam industri muzik dan hiburan, iaitu Edrie Hashim, komposer, pengarah muzik, pemain gitar kumpulan Wings dan pemilik Neo Gendang Studio; Ong Peng Chu (Pengurus Pembangunan Artis SWYM Entertainment Group); Erul Samah (penyanyi dan jurulatih vokal) Amanda Imani (komposer dan penyanyi) serta Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MELILEA International Group of Companies, Datuk Prof. Dr. Alan Wong Kwai Hua, bersama Pengasas Bersama dan Presiden Eksekutif Kumpulan, Datuk Prof. Dr. Stella Chin yang turut menyampaikan hadiah.


Bagi kategori Anugerah Penampilan Terbaik, Sulaiman Ibrahim dipilih sebagai pemenang kategori lelaki, manakala Najmi Najihah Azlan memenangi kategori wanita. 


Setiap pemenang menerima trofi, wang tunai RM300 dan baucar produk MELILEA bernilai RM500.


Nurul Ainie Muhamad turut meraih Anugerah Populariti – Undian Penonton dengan membawa pulang trofi, wang tunai RM300 serta baucar produk MELILEA bernilai RM500.


BARISAN Juri, (dari kiri) - Edrie Hashim, Ong Peng Chu, Dr. Alan, Dr. Stella, Erul Samah dan Amanda Imani.


Kepelbagaian Bakat Cabar Barisan Juri:


Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Ong Peng Chu berkata, kepelbagaian bakat, genre dan karakter vokal peserta menjadikan proses pemilihan juara satu cabaran besar kepada barisan juri.


Katanya, daripada lebih 200 peserta yang mendaftar, pihaknya melihat ramai penyanyi berkualiti dengan keunikan tersendiri, termasuk dari segi kekuatan vokal, gaya persembahan dan potensi untuk berkembang dalam industri muzik.


“Sebagai juri, kami memang berdepan dengan cabaran yang besar untuk menentukan siapa yang layak mara ke peringkat seterusnya.


“Ada peserta yang mempunyai vokal yang kuat, ada yang mempunyai persembahan menarik dan ada juga yang mempunyai potensi serta identiti tersendiri,” ujar Ong.


Beliau berkata, pemilihan Heyqal sebagai juara menepati kriteria yang dicari barisan juri berdasarkan kelebihan yang ditonjolkan dari segi vokal, teknik nyanyian, penghayatan lagu dan persembahan secara keseluruhan.



MELILEA Komited Perkasa Bakat Generasi Muda:


Sementara itu, Alan Wong berkata, beliau berbangga dan teruja melihat ramai penyanyi berbakat di Malaysia yang berpotensi untuk pergi lebih jauh sekiranya diberikan peluang, bimbingan dan platform yang sesuai.


Menurutnya, berlandaskan tagline ‘IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA’, Bintang Suara MELILEA 2026 bukan sekadar pertandingan untuk mencari juara, sebaliknya platform bagi menggalakkan golongan muda berani mengejar impian, menyerlahkan bakat dan membina keyakinan diri.


“Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat yang berpotensi untuk pergi lebih jauh sekiranya diberikan peluang, bimbingan dan platform yang tepat untuk mengembangkan bakat mereka dalam industri muzik.


“Saya percaya setiap individu mempunyai potensi tersendiri yang perlu diberikan ruang dan peluang untuk berkembang,” katanya.


Kata Alan, penganjuran itu selari dengan falsafah MELILEA, ‘Transforming Lives’, serta visinya, ‘Transforming People’s Lives, Transforming The World’, yang menekankan usaha membangunkan potensi individu dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.


“Melalui penganjuran Bintang Suara MELILEA 2026, kami berharap dapat terus menyediakan platform yang memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berani melangkah ke hadapan, mengasah bakat dan merealisasikan impian mereka. Inilah antara usaha kami untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui pemerkasaan individu dan bakat tempatan,” akhirinya.



Nas Adila Bersama Dance Crew Hangatkan P:entas:


Malam kemuncak yang dimeriahkan oleh  keletah Addy Junaidy turut diserikan dengan persembahan pembukaan dan penutup yang bertenaga daripada penyanyi jemputan, Nas Adila bersama Dance Crew serta penyanyi berasal Korea, Kim Dong Gyun.


Daripada tepukan gemuruh yang kedengaran, tidak syak lagi persembahan mereka berjaya menyuntik kemeriahan dan menghidupkan suasana sepanjang acara berlangsung.


Dalam pada itu, turut mencuri perhatian ialah persembahan Alan Wong dan Stella Chin yang tampil menyanyi pada malam berkenaan, sekali gus menambahkan kemesraan dan keceriaan dalam meraikan bakat serta pencapaian para peserta.



Mengangkat Potensi Generasi Muda:


Kejayaan penganjuran Bintang Suara MELILEA 2026 mencerminkan komitmen pihak penganjur dalam menyokong pembangunan bakat tempatan melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat yang memberi manfaat kepada masyarakat.


Selain menjadi platform pertandingan, program itu turut membuka ruang kepada peserta menimba pengalaman dalam suasana persembahan profesional, meningkatkan keyakinan diri dan mengembangkan potensi masing-masing.


MELILEA berharap agar inisiatif itu dapat diteruskan sebagai platform yang memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda untuk berani menonjolkan bakat, mengasah kebolehan dan meneroka peluang dalam bidang seni serta muzik.


Pendek kata, kemeriahan acara memperlihatkan bagaimana pertandingan berkenaan bukan sahaja menjadi medan persaingan, malah ruang untuk menghimpunkan peminat muzik dan meraikan potensi bakat tempatan. - Kak Fas Online.



#Melilea #BintangSuaraMelilea #ImpianAndaSuaraAndaMasaDepanAnda #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan