NESPRESSO X SWAROVSKI GABUNG AROMA KOPI, KILAUAN KRISTAL!
DARIPADA secawan kopi pagi hingga minuman istimewa untuk meraikan musim perayaan, pengalaman menikmati kopi kini tampil lebih eksklusif apabila Nespresso dan Swarovski bergabung menghasilkan koleksi yang menyatukan aroma kopi premium dengan keindahan kristal mewah.
Menerusi kolaborasi yang diinspirasikan oleh slogan ikonik Nespresso, “What Else?”, kedua-dua jenama itu memperkenalkan koleksi edisi terhad merangkumi kopi asli, kopi berperisa, aksesori eksklusif dan mesin kopi dengan sentuhan kristal Swarovski, sekali gus menjadikan rutin menikmati kopi lebih istimewa.
Menampilkan rekaan berani, warna memikat dan sentuhan kemewahan, koleksi perayaan itu turut mengetengahkan pembungkusan berinspirasikan bentuk oktagon serta palet warna ikonik Swarovski, menggabungkan kreativiti, seni pertukangan dan cita rasa dalam satu pengalaman.
Pengurus Perniagaan Nespresso Malaysia, Cindy Chin, berkata. Swarovski menyerlahkan keindahan cahaya dan warna menerusi kristalnya, manakala setiap cawan kopi Nespresso menawarkan karakter tersendiri melalui cita rasa, asal usul biji kopi dan aroma yang berbeza.
Menurutnya, gabungan kedua-dua dunia itu menghasilkan pengalaman istimewa yang mengangkat ritual menikmati kopi ke tahap lebih menarik, khususnya bagi mereka yang menghargai cita rasa dan gaya hidup mewah.
“Musim perayaan ini, kami benar-benar menggabungkan kedua-dua dunia menerusi koleksi istimewa yang menampilkan pelbagai produk kopi, aksesori dan mesin kopi edisi terhad,” katanya ketika memperkenalkan koleksi berkenaan di butik Nespresso bertempat di The Gardens Mall baru-baru ini.
Adunan Kopi Istimewa UUntuk Musim Perayaan
Antara tarikan utama koleksi berkenaan ialah Festive Crystal Spark Espresso untuk mesin Original dan Festive Crystal Spark Double Espresso bagi mesin Vertuo.
Kedua-dua adunan itu menggabungkan biji kopi Arabika dari Guatemala dan Costa Rica dengan kopi Robusta Asia, menghasilkan cita rasa seimbang dengan aroma bijirin panggang, koko lembut serta sentuhan karamel dan rempah.
Selain dinikmati secara klasik, kopi berkenaan turut boleh dijadikan asas kepada pelbagai resipi kreatif, termasuk Crystal Spark Matcha Affogaccino.
Bagi penggemar kopi berperisa, Nespresso memperkenalkan Hazelnut Brownie Flavoured yang menawarkan rasa brownie kaya dengan aroma kacang hazel panggang.
Pilihan kedua, Blueberry Cheesecake Flavoured pula menggabungkan rasa jem beri biru, kek keju yang kaya dan sentuhan karamel lembut, memberikan pengalaman berbeza kepada mereka yang ingin meneroka kelainan dalam setiap cawan.
Kedua-dua varian itu menggunakan biji kopi Arabika dari Brazil dan Colombia, melengkapkan pilihan kopi edisi terhad yang direka khusus untuk memeriahkan musim perayaan.
Aksesori Berkilauan Sebagai Hadiah Istimewa
Melengkapi koleksi kopi, Nespresso x Swarovski turut memperkenalkan Advent Calendars untuk mesin Original dan Vertuo, memberikan peluang kepada pengguna meneroka pelbagai pilihan kopi serta perisa kegemaran.
Kalendar perayaan itu turut menampilkan hari-hari terpilih dengan dua kapsul kopi untuk dikongsi bersama insan tersayang, selain dilengkapi aksesori eksklusif yang menambah keistimewaan pengalaman membuka setiap ruang.
Travel Mug klasik Nespresso turut menerima nafas baharu menerusi kemasan keluli tahan karat berwarna hijau dengan corak ikonik Swarovski.
Aksesori itu boleh dipadankan dengan Travel Mug Holder yang dihiasi 36 kristal hijau, menjadikannya pilihan menarik buat mereka yang mahu membawa gaya elegan ke mana sahaja.
Bagi penggemar kopi yang mengutamakan reka bentuk dan estetika, kolaborasi ini turut memperkenalkan mesin kopi CitiZ Platinum dengan kemasan kristal Swarovski.
Menggabungkan teknologi penyediaan kopi Nespresso dengan kehalusan seni pertukangan kristal, mesin eksklusif itu bukan sahaja menawarkan fungsi praktikal, malah menyerlah sebagai elemen dekorasi yang mewah.
Resipi Kreatif Dengan Gabungan Rasa Unik
Koleksi perayaan itu turut memberi inspirasi kepada penggemar kopi untuk bereksperimen menerusi resipi yang menggabungkan rasa, tekstur dan persembahan menarik.
Blueberry Cheesecake Creamy Iced Latte menampilkan kopi Blueberry Cheesecake Flavoured bersama ais untuk menghasilkan minuman menyegarkan dengan keseimbangan rasa manis.
Sementara itu, Hazelnut Pink Brownie Mocktini menggabungkan kopi Hazelnut Brownie Flavoured, susu cair dan sedikit coklat bagi menghasilkan minuman yang lebih sofistikated.
Satu lagi pilihan ialah Crystal Spark Matcha Affogaccino, yang memberikan sentuhan baharu kepada sajian affogato klasik menerusi gabungan aiskrim pistachio, kopi Crystal Spark, buih susu berperisa matcha dan taburan pistachio hancur.
Perpaduan rasa kopi, kemanisan aiskrim dan aroma matcha itu menghasilkan sajian berkrim yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati kopi dalam bentuk lebih kreatif.
Menerusi kolaborasi ini, Nespresso dan Swarovski mengajak pengguna meneroka pengalaman baharu dengan meraikan keistimewaan rasa, keindahan rekaan dan kegembiraan berkongsi detik bermakna sepanjang musim perayaan.
Koleksi perayaan Nespresso x Swarovski boleh didapati secara dalam talian dan di butik Nespresso mulai 21 Oktober 2026 untuk tempoh terhad. Item terpilih turut ditawarkan di butik Swarovski terpilih di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun Instagram rasmi Nespresso menerusi @nespresso.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan