Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NEXT BUCKET LIST? QIANXI'NAN, GUIZHOU DI CHINA!


TERPESONA
!


Ibarat cinta pandang pertama!


Begitulah andainya pesona Qianxi’nan, wilayah di Guizhou, yang dapat Kak Fas bayangkan kala menonton tayangan sebuah destinasi yang menghimpunkan barisan puncak batu kapur, kehijauan alam, budaya etnik yang masih subur serta gaya hidup wellness dalam satu pengalaman perjalanan.



Keunikan Qianxi’nan dibawa lebih dekat kepada rakyat Malaysia menerusi roadshow kempen “A Forest of Peaks in the Sunny Qianxi’nan Prefecture”, bertempat di Sunway Velocity Mall, yang menjadi kemuncak siri promosi budaya, pelancongan dan wellness tourism selama empat hari dari 8 hingga 11 September.


Tidak sekadar mempamerkan gambar destinasi, roadshow itu memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri sebahagian daripada warna-warni budaya Guizhou menerusi persembahan tradisional, aktiviti interaktif dan sesi perkongsian mengenai pengalaman perjalanan ke Qianxi’nan.


    JAMBATAN paling tinggi ini - Huajiang Grand Canyon Bridge berada pada paras ketinggian        2,050 kaki atau 625 meter terletak di wilayah Guizhou, China.
QIANXI'NAN...


Suasana di pusat beli-belah berkenaan menjadi lebih meriah apabila persembahan Amei Qituo, Bayin Seated Performance, Stool Dance dan Bouyei Shuhua (Comb Flowers), yang merupakan sebahagian daripada repertoir “Village Dance” Guizhou, dipersembahkan secara berturut-turut.


Persembahan berkenaan bukan sahaja menghiburkan pengunjung, malah menjadi jendela kecil kepada kekayaan warisan dan kehidupan masyarakat tempatan yang menjadi sebahagian daripada identiti Qianxi’nan.


Pengunjung turut diajak menyertai kuiz berkaitan budaya dan pelancongan serta mencuba alat muzik tradisional, menjadikan pengalaman di roadshow itu lebih dekat dan bersifat dua hala.


Kak Fas tidak ketinggalan naik ke pentas untuk bersama-sama mencuba langkah tarian etnik berasaskan pergerakan mudah menggunakan ‘cenderamata’ yang terus diberikan selepas selesai. Memang cantik buat kenangan!



Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, kaunter informasi pelancongan dan ruang bergambar turut disediakan, selain bahan promosi pelbagai bahasa.


Pendekatan sedemikian memperlihatkan Qianxi’nan bukan hanya mahu dikenali sebagai destinasi untuk dilawati, sebaliknya sebagai tempat untuk memperlahankan rentak kehidupan, menikmati alam semula jadi dan merasai pengalaman budaya yang berbeza.


Dengan latar alam pergunungan, iklim ekologi serta warisan sejarah dan budaya yang pelbagai, Qianxi’nan turut mengetengahkan konsep wellness living sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan yang ditawarkan.


Program yang dianjurkan oleh People’s Government of Qianxi’nan Prefecture dan dikendalikan Qianxi’nan Prefecture Bureau of Culture, Sports, Radio, Television and Tourism itu turut merangkumi persidangan promosi budaya, pelancongan dan wellness serta kunjungan perniagaan secara bersasar.



Keseluruhan inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha Qianxi’nan meneroka pasaran antarabangsa baharu menerusi pendekatan “going global”, selain membina hubungan lebih kukuh dengan pemain industri pelancongan Malaysia.


Lebih daripada sekadar memperkenalkan satu destinasi, promosi itu membawa mesej bahawa pengalaman perjalanan hari ini bukan hanya tentang berapa banyak tempat yang dapat dikunjungi, tetapi bagaimana seseorang benar-benar dapat menyatu dengan alam, budaya dan kehidupan setempat.



Pendek kata, melalui pendekatan promosi secara bersemuka dan pengalaman budaya, Qianxi’nan bukan sahaja memperkenalkan destinasi tetapi turut mencerminkan pendekatan “going global” kerajaan Qianxi’nan dalam memperluas jaringan pelancongan antarabangsa, di samping meneroka peluang kerjasama dan pasaran baharu.


Is berharap dapat menyemarakkan minat pengunjung untuk meneroka sisi Guizhou yang kaya dengan gabungan landskap pergunungan, iklim ekologi, warisan sejarah serta pengalaman budaya dan wellness yang berpotensi menjadi tarikan baharu kepada pelancong Malaysia.


Tidak hairanlah adanya pepatah yang berbunyi, 'jauh perjalnan luas pemandangan'. Memang tepat sekali keindahan yang ditonjolkan negara China ini.



#Qianxi'nan #GuizhouChina #Pelancongan #Budaya #JambatanTertinggi  #Alam #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan