Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'NESTLE® OMEGA PLUS' TINGKAT KESEDARAN KESIHATAN JANTUNG DI KALANGAN GOLONGAN MUDA!


SEMPENA
Bulan Jantung Sedunia 2026 dan berteraskan tema Persekutuan Jantung Sedunia, “Don’t Miss A Beat”, Nestlé® Omega Plus memperkukuh inisiatif pendidikan dan saringan kesihatan jantung khusus untuk golongan muda di Malaysia. 


Usaha murni ini turut mendapat sokongan rakan kerjasama jangka panjang, Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF), di samping penglibatan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membawakan komuniti dewasa muda sebagai sebahagian daripada penerima manfaat.


Menerusi program ini, sebanyak 10,000 saringan kesihatan dan pendidikan jantung disediakan bagi membantu golongan muda memahami bacaan kesihatan, mengenal pasti risiko, serta membentuk tabiat hidup sihat sejak awal. 


Langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikongsikan oleh Felo Klinikal Kardiologi IJN, Dr Fa'iz Mashood.


“Dapatan menunjukkan terdapat jurang kesedaran yang membimbangkan dalam kalangan golongan muda Malaysia, dengan anggaran 95% kes kolesterol tinggi, 80% kes hipertensi dan 84% kes diabetes masih belum didiagnosis. 


Tinjauan itu turut mendapati bahawa dua daripada lima orang dewasa di Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan pada tahun lalu, lazimnya kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala,” ujar Dr. Fa'iz pada majlis majlis pelancaran ‘Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles 2026 dan forum penjagaan kesihatan yang diadakan di MyTOWN Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Perunding Kanan Dietetik Institut Jantung Negara, Foong Pui Hing; Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Dato' Dr Aljafri Abdul Majid; Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara, Toh Puan Hajjah Aishah Ong dan tentu sekali Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.


DARI kiri: Moderator Nazrudin Habibur Rahman bersama Dr.  Fa'iz Mashood, Foong Pui Hing dan Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestle, Cher Siew Wei dalam sesi forum 'Dont Miss A Beat'.


Majlis yang diadakan juga memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan saringan kesihatan serta menyertai pendidikan kesihatan jantung serta platform ikrar untuk rakyat Malaysia. PTPTN turut hadir dengan reruai khas pada acara tersebut, menyediakan satu lagi ruang untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan muda Malaysia.


Walaupun saringan kesihatan merupakan langkah awal yang penting, usaha pencegahan juga bergantung pada pilihan yang dibuat setiap hari, daripada kekal aktif dan mengamalkan pemakanan seimbang hingga membentuk tabiat sihat secara konsisten yang menyokong kesejahteraan jangka panjang.


“Pemakanan sihat merupakan asas kepada kesihatan jantung untuk jangka panjang. Pilihan makanan harian yang memberi tumpuan kepada diet seimbang dan kaya dengan nutrien dapat membantu menyokong kesihatan jantung apabila diamalkan secara konsisten. 


‘Ini termasuk corak pemakanan yang merangkumi sayur-sayuran dan buah-buahan segar, bijirin penuh, ikan dan minyak tidak tepu, di samping mengehadkan pengambilan makanan yang diproses secara berlebihan,” sambung Foong Pui.


Menyokong usaha berterusan itu, Nestlé® Omega Plus komited meneruskan sumbangan tahunan sebanyak RM100,000 kepada YJM dan RM100,000 kepada IJNF, selepas kejayaan mencatatkan 98,593 saringan pada tahun 2025 serta sasaran menggandakan jumlah tersebut menjelang 2027.


DARI kiri: Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nestle Nutrition & Health, Yeoh She Shiang, Aishah Ong, Naib Presiden Yayasan Jantung Malaysia, Dato Sri Harjeet Singh dan Juan Aranois.


“Nestlé® Omega Plus merupakan rakan kerjasama penting dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan jantung di Malaysia. Sumbangan berterusan yang diberikan membolehkan kami memperluaskan program kemasyarakatan yang membantu rakyat Malaysia memahami risiko kardiovaskular dengan lebih baik dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat,” ujar Dr Aljafri Abdul Majid.


Berkongsi lanjut, Aishah Ong pula berkata,“Kerjasama berterusan amat penting bagi menghasilkan impak yang bermakna terhadap kesihatan masyarakat. Komitmen berterusan Nestlé® Omega Plus membantu kami memperluaskan lagi capaian program pendidikan dan saringan kesihatan, di samping menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung mereka.”


KREDIT Foto ini: Mohd Redzuan.


Mengulas seterusnya, Juan Aranols berpendapat, usaha menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat tidak hanya tertumpu pada peningkatan kesedaran. 


“Dengan kerjasama YJM dan IJNF, kami dapat membantu lebih ramai golongan muda Malaysia mendapat akses kepada pendidikan, saringan kesihatan dan sokongan pencegahan berkaitan dengan kesihatan jantung. Seiring dengan usaha kami memperluaskan kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles, kami juga komited untuk menyediakan penyelesaian praktikal yang memudahkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian,” akhiri Juan Aranois.


Bagi memenuhi keperluan gaya hidup sibuk hari ini, Nestlé® Omega Plus turut memperluaskan rangkaian produk yang menyokong kesihatan jantung menerusi pengenalan Nestlé® Omega Gold UHT, pilihan yang praktikal dan mudah dinikmati, khususnya untuk golongan dewasa yang berkerjaya dan sentiasa sibuk. 



Nestlé® Omega Gold UHT menawarkan tiga manfaat pemakanan: 1.2g sterol tumbuhan ActiCol® yang membantu menurunkan kolesterol, kalium yang menyokong tekanan darah normal, serta inulin yang membantu mengawal glukosa darah, apabila diambil seperti yang disarankan sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup yang sihat.  


Bagi meneruskan kejayaan yang dicapai pada tahun 2025, cabaran maya Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles akan berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, manakala acara berjalan kaki secara fizikal akan diadakan pada 19 September 2026 di Putrajaya.


Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi Nestlé Home of Good atau media sosial Nestlé Omega Plus. - Kak Fas Online.


Wong Yoke Mooi (tengah) telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kempen ‘Jom Check Kolesterol’ dengan membawa pulang sebuah proton eMas5.


#Don’tMissABeat #Nestlé®OmegaPlusWalkAMillionMiles #PTPTN #YJM #IJNF #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan