Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM 'EXPLORE' MALAYSIA DI MHLIFE 2026 DI SHAH ALAM!


NAK
rasa pelbagai cita rasa Malaysia, cari produk tempatan, menikmati persembahan budaya atau sekadar menghabiskan masa bersama keluarga? 


Semuanya boleh diterokai di Malaysia Halal Lifestyle Festival (MHLife) 2026 yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober ini di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Selangor.


Mengangkat tema ‘Rasa, Gaya, Warisan’, MHLife 2026 menjanjikan pengalaman tiga hari yang menggabungkan makanan, fesyen, budaya, pelancongan, kecantikan, kesejahteraan, beli-belah dan hiburan dalam satu lokasi.


Lebih menarik, festival itu membawa konsep ‘Taste Malaysia, Wear Malaysia, Experience Malaysia’, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung mengenali kepelbagaian cita rasa, kreativiti serta tradisi yang menjadi identiti negara.


Pengunjung boleh menjelajah 16 pavilion yang mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, selain menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman, produk serta jenama tempatan, persembahan kebudayaan dan aktiviti interaktif.


Bukan setakat makan dan shopping, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai program berkaitan pelancongan mesra Muslim, kecantikan dan kesejahteraan, kraftangan, aktiviti keluarga, pertandingan serta hiburan secara langsung.


Malah, Harmony Night Concert turut menjadi antara tarikan utama apabila menampilkan barisan penghibur tempatan menerusi persembahan yang menggabungkan elemen kontemporari dan tradisional.


Festival yang merupakan sebahagian daripada Islamic Tourism Month (ITM) 2026 anjuran Islamic Tourism Centre (ITC), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), itu turut mengetengahkan potensi besar Malaysia dalam segmen pelancongan mesra Muslim.


Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Chua Choon Hwa, berkata, Malaysia menerima 9.7 juta pelancong Muslim pada 2025, jumlah tertinggi pernah direkodkan, dan angka itu dijangka meningkat kepada 15 juta menjelang 2030.


“Perkembangan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran ini, selain memberi manfaat kepada pemain industri pelancongan, komuniti tempatan dan ekonomi negara,” kata Choon Hwa (tengah) pada majlis pelancaran MHLife 2026 yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.



Turut hadir antaranya Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Mohammad Faisal Abu Suaib Khan (tiga dari kanan), Pengarah Urusan Mohd Chan Group Berhad, Datuk Wira Mustafa Chan (kiri), Ketua Pembangunan Perniagaan RHB Islamic Bank Berhad, Ishak Othman (dua dari kiri) dan Datuk Surrendren Sathasivam (tiga dari kiri) serta lain-lain.


Dengan Visit Malaysia 2026 yang sedang berlangsung dan Sukan SEA 2027 yang bakal menyusul, MHLife 2026 menyediakan satu lagi platform nasional untuk mengetengahkan kekuatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim. 


Sementara itu, Mohammad Faisal Abu Suaib Khan, berkata konsep pelancongan mesra Muslim perlu dilihat daripada perspektif yang lebih menyeluruh kerana ia bukan sekadar berkaitan produk atau perkhidmatan tertentu tetapi merangkumi keseluruhan pengalaman pelancong sepanjang berada di sesuatu destinasi.


‘Ini termasuk makanan yang dinikmati, tempat penginapan, destinasi yang dilawati, barangan yang dibeli, pengalaman baharu yang diterokai dan interaksi dengan masyarakat setempat,” ujarnya.


MHLife 2026 turut membuka ruang lebih luas kepada perniagaan tempatan apabila semua vendor yang menyertai festival akan disenaraikan secara automatik dalam Direktori Pelancongan Mesra Muslim rasmi ITC.


Ini bermakna pendedahan kepada perniagaan terbabit tidak terhenti selepas festival berakhir, sebaliknya terus memberi peluang untuk ditemui pengguna dan pelancong yang mencari produk, perkhidmatan serta pengalaman mesra Muslim di Malaysia.



Dalam pada itu, ITC turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysian Association of Hotels (MAH) bagi meningkatkan pengiktirafan dan nilai pasaran Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR), selain memperkukuh latihan, promosi dan penglibatan industri.


Permohonan vendor kini dibuka kepada perniagaan makanan dan minuman, fesyen sopan, kecantikan dan kesejahteraan, kraftangan, pelancongan mesra Muslim, produk gaya hidup serta kategori berkaitan.


Jadi, sekali lagi diingatan, tandakan kalendar anda kerana MHLife 2026 bakal berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, dengan kemasukan percuma.


Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi MHLife serta Facebook Malaysia Halal Lifestyle Festival, Instagram dan TikTok @mhlife.festival atau nak lebih mudah klik DI SINI. - Kak Fas Online.



#MHLife2026 #RasaGayaWarisan #TasteMalaysiaWearMalaysiaExperience Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan