SEMANGKUK MAGGI, SERIBU CERITA!
Cukup sekadar semangkuk MAGGI® panas yang dimasak ketika perut mula berkeroncong pada lewat malam, kemudian duduk menikmati bersama rakan serumah sambil berbual tentang macam-macam cerita.
Ada juga momen apabila hujan turun mencurah-curah, lalu semangkuk MAGGI® panas terasa begitu nikmat. Atau ketika pulang ke rumah dan melihat ibu sudah menyediakan hidangan untuk keluarga, MAGGI® pula menjadi sebahagian daripada sajian yang dinikmati bersama.
Begitulah makanan. Kadangkala sesuatu yang nampak begitu biasa sebenarnya menyimpan kenangan yang luar biasa.
Momen-momen kecil seperti inilah yang dapat dirasai ketika berkunjung ke Karnival Saya & MAGGI® Mesra Bersama di Raintree Plaza, The Exchange TRX baru-baru ini.
Melihat keluarga datang bersama anak-anak, rakan-rakan menikmati makanan, usahawan tempatan memperkenalkan sajian mereka dan pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti, jelas kelihatan bahawa karnival ini bukan sekadar tentang MAGGI®.
Sebaliknya, ia mengenai momen dan manusia yang berada di sebalik setiap hidangan.
Berlangsung selama empat hari dari 17 hingga 20 September bersempena sambutan Hari Malaysia, karnival itu menghimpunkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat kebersamaan.
Malah, kemeriahannya sudah bermula sehari lebih awal apabila lokasi karnival menjadi destinasi akhir peserta Keretapi Sarong pada 16 September, sekali gus menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Malaysia.
Menerusi kempen Saya & MAGGI® Mesra Bersama, MAGGI® mengajak rakyat Malaysia mengimbau dan berkongsi momen mereka bersama jenama itu menerusi #SayaDanMAGGI.
Tidak kiralah sama ada momen tersebut berlaku di dapur rumah, di meja makan bersama keluarga, ketika berkongsi makanan dengan rakan atau sewaktu menikmati hidangan bersama komuniti, setiap satu mempunyai cerita tersendiri.
Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh, setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri menikmati MAGGI®, namun insan yang menemani mereka menjadikan momen itu lebih bermakna.

IVY Tan (tengah) bersama-sama selebriti yang memeriahkan majlis.
“Melalui Karnival Saya & MAGGI®, kami ingin meraikan saat-saat ini serta insan di sebaliknya, daripada keluarga yang berkongsi hidangan kegemaran hinggalah petani dan usahawan yang menyumbang kepada komuniti makanan tempatan,” katanya.
Katanya, MAGGI® berkembang bersama rakyat Malaysia dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan di rumah serta masakan keluarga merentasi generasi.
“Karnival ini memberi kami peluang untuk meraikan hubungan yang terjalin sekian lama, menikmati cita rasa kegemaran dan mencipta kenangan baharu bersama,” katanya.
Bagi pengunjung yang datang dengan perut kosong, ruang makanan Rasa-Rasa MAGGI® pastinya antara tarikan yang sukar dilepaskan.
Pelbagai usahawan makanan tempatan mengetengahkan hidangan masing-masing menerusi konsep Kegemaran Bersama MAGGI®, manakala Kreasi Eksklusif Bersama MAGGI® pula menampilkan sajian istimewa yang dihasilkan khusus untuk karnival.
Tidak kurang menarik ialah Cita Rasa Negeri Bersama MAGGI®, yang membawa pengunjung menikmati kepelbagaian cita rasa dari seluruh Malaysia.
Menariknya, menerusi Kenali Potensi Diri: Program MAGGI® Wanita Cukup Berani.
memberi ruang kepada usahawan wanita berkongsi kisah serta keistimewaan masakan mereka.
Antaranya ialah Ida Faizura Megat Muhaiyadin, atau lebih dikenali sebagai Jua daripada Jua’s Cook and Bake, yang merupakan naib juara MAGGI® Wanita Cukup Berani Musim Ketiga.
Sokongan kepada wanita turut diteruskan menerusi program berkenaan yang menawarkan pendaftaran percuma untuk empat modul latihan dalam talian merangkumi keyakinan diri, pendigitalan, pemakanan dan keusahawanan.
Program berkenaan bukan sekadar platform memperkenalkan produk dan masakan usahawan wanita, malah menawarkan empat modul latihan dalam talian secara percuma meliputi keyakinan diri, pendigitalan, pemakanan dan keusahawanan.
Bagi yang mahu mengetahui apa sebenarnya yang menghasilkan rasa MAGGI® yang begitu dekat dengan selera rakyat Malaysia, aktiviti Kari Kegemaran Malaysia pula memberi peluang kepada pengunjung menguji deria sambil mengenali 12 rempah ratus yang digunakan untuk menghasilkan cita rasa MAGGI® Kari.
Sementara itu, Dari Ladang ke Hidangan Keluarga memperkenalkan hasil tanaman tempatan serta petani dan komuniti yang menjadi sebahagian daripada perjalanan makanan dari ladang hingga ke meja makan.
Di Dapur MAGGI® Saya, pengunjung pula dibawa mendapatkan idea praktikal untuk menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang di rumah, selain berpeluang berkongsi momen masing-masing menerusi #SayaDanMAGGI.
Kemeriahan karnival turut diserikan dengan kehadiran personaliti popular seperti Chef Naem Ramli, Ain Edruce, Kamal Adli, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Fiza Sabjahan dan Emily Lim.
Pentas muzik pula dimeriahkan dengan persembahan DOLLA dan Ruffedge, sebelum Datuk Ziana Zain dan Misha Omar menutup tirai karnival dengan persembahan istimewa.
Melihat keseluruhan perjalanan karnival itu, Kak Fas yakin bahawa makanan sebenarnya mempunyai kuasa untuk mendekatkan manusia.
Semangkuk MAGGI® mungkin bermula dengan air panas, mi dan perencah, tetapi apabila dinikmati bersama keluarga, sahabat atau insan yang kita sayang, ia boleh berubah menjadi satu kenangan yang akan kita ingat lama.
Apatah lagi MAGGI® sudah menemani rakyat Malaysia sejak diperkenalkan pada 1969, menjadikannya sebahagian daripada resipi keluarga, masakan harian dan pelbagai momen kehidupan merentasi generasi.
Lebih lima dekad berlalu, mungkin cara kita memasak dan menikmati makanan sudah berubah, namun satu perkara masih sama – apabila semangkuk MAGGI® diletakkan di tengah meja, selalunya akan ada cerita, gelak tawa dan seseorang yang membuatkan momen itu lebih istimewa.
Mungkin sebab itu apabila seseorang bertanya, “Nak makan MAGGI®?”, jawapannya kadangkala bukan sekadar “nak” atau “tak nak”.
Sebaliknya, ia boleh menjadi permulaan kepada satu lagi momen bersama – makan, berbual, ketawa dan mencipta cerita baharu.
Dan mungkin itulah sebenarnya maksud #SayaDanMAGGI – bukan sekadar MAGGI® sahaja yang kita ingat, tetapi siapa yang bersama kita ketika menikmatinya. - Kak Fas Online.
#KarnivalSaya&MAGGI®MesraBersama #Artis #NakMakanMaggi #ForYoupage









Tiada ulasan:
Catat Ulasan