Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WATSONS BIGGEST HEALTH & BEAUTY EXPO HIMPUN LEBIH 200 JENAMA!


DUNIA
kesihatan dan kecantikan kini bukan lagi sekadar tentang memilih produk di rak, sebaliknya semakin menjurus kepada pengalaman yang lebih interaktif, diperibadikan dan berasaskan pengetahuan pengguna.


Menyedari perubahan trend berkenaan, Watsons Malaysia menerusi “Watsons Biggest Health & Beauty Expo 2026” menghimpunkan lebih 200 jenama kesihatan dan kecantikan dalam satu platform yang memberi peluang kepada pengguna meneroka inovasi terkini, mendapatkan pandangan pakar serta menemukan penyelesaian yang sesuai dengan keperluan gaya hidup masing-masing.


Berlangsung dari 17 hingga 20 September 2026 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), ekspo selama empat hari itu mengetengahkan pelbagai pengalaman berkaitan penjagaan kulit, kecantikan, penjagaan diri, kesihatan dan kesejahteraan, sekali gus menawarkan lebih daripada pengalaman membeli-belah konvensional.


Pengarah Urusan Serantau bagi Health & Beauty Asia di AS Watson Group dan Pengarah Eksklusif Serantau bagi Watsons International, Caryn Loh berkata, pengguna masa kini bukan sekadar mencari produk, malah mahukan pengalaman yang bermakna, kepakaran yang dipercayai serta penyelesaian yang diperibadikan.


“Di Watsons, kami sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang sentiasa berubah. Pengguna hari ini bukan sekadar mencari produk, malah mereka mahukan pengalaman yang bermakna, kepakaran yang dipercayai serta penyelesaian yang diperibadikan.


“Watsons Biggest Health & Beauty Expo menghimpunkan kesemua elemen ini dalam satu platform interaktif, membolehkan pelanggan meneroka inovasi terkini sambil mengeratkan hubungan dengan jenama yang mereka gemari,” katanya pada majlis perasmian ekspo berkenaan.


PERSONALITI media sosial, Phei Yong (kiri) dan Mek Yun bersama Caryn (tengah) ketika melancarkan ekspo.

Antara tarikan utama ekspo tahun ini ialah pengenalan “Skin Comfort Lab”, zon pengalaman penjagaan kulit khas yang menampilkan lebih 40 jenama penjagaan kulit terkemuka.


Zon berkenaan direka untuk membantu pengguna memahami keadaan dan keperluan kulit mereka dengan lebih baik menerusi akses kepada inovasi penjagaan kulit terkini, konsultasi pakar serta cadangan yang lebih diperibadikan.


Pengalaman di Skin Comfort Lab turut dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu Renew (Repair), Shield (Barrier), Calm (Comfort), Bounce (Glow) dan Guard (Defence), yang masing-masing memberi fokus kepada keperluan kulit berbeza.


Renew (Repair) memberi tumpuan kepada pemulihan dan pembaikan kulit dengan membantu menguatkan kulit yang rosak serta menyokong proses pembaharuan kulit yang sihat, manakala Shield (Barrier) membantu mengekalkan kelembapan dan mengurangkan kehilangan air dengan memperkukuhkan lapisan perlindungan kulit.


Calm (Comfort) pula menawarkan penyelesaian untuk kulit sensitif dan mudah mengalami iritasi, sementara Bounce (Glow) memberi fokus kepada keanjalan serta seri kulit menerusi inovasi yang membantu meningkatkan kolagen untuk penampilan lebih anjal dan sihat.


Sementara itu, Guard (Defence) mengetengahkan penyelesaian bagi masalah kulit kusam dan tona tidak sekata, di samping membantu melindungi serta mengekalkan kulit yang lebih sekata.


Selain meneroka dunia penjagaan kulit, pengunjung turut boleh mengunjungi “Health & Beauty Zone” yang menampilkan lebih 180 jenama merangkumi kategori kecantikan, penjagaan diri, kesihatan, nutrisi dan kesejahteraan.


Lebih menarik, zon berkenaan menawarkan penjimatan sehingga 70 peratus serta hadiah percuma untuk setiap pembelian, tertakluk kepada terma dan syarat.



Dalam usaha menghargai kesetiaan pelanggan, ahli Watsons Club pula boleh menikmati pelbagai keistimewaan menerusi “W Rewards Member Zone”, termasuk baucar tunai percuma serta peluang menyertai cabutan bertuah sepanjang ekspo berlangsung.


Tidak terhenti pada pengalaman di ekspo, Watsons turut memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan menerusi kempen “Ganjaran Raksasa” yang sedang berlangsung dari 27 Ogos hingga 21 Oktober 2026.


Dengan perbelanjaan minimum RM50 di kedai atau secara dalam talian menggunakan mana-mana kad Visa, ia menawarkan peluang kepada ahli untuk memenangi sebuah kediaman di Skyria D’Island Residence, Puchong, yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).


Kediaman moden tersebut mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi serta dilengkapi pelbagai kemudahan gaya hidup termasuk Infinity Pool, taman permainan, BBQ Pit, Multi-Sports Courts dan banyak lagi. 


Untuk menyertai kempen ini, hantarkan penyertaan melalui pautan berikut: https://survey.aswatson.net/WISE/index.php/473721/lang-en ata klik DI SINI.



Selain hadiah utama itu, ahli juga boleh menikmati pelbagai ganjaran eksklusif sepanjang ekspo antarannya pembeli berpeluang menerima Beg Tote Visa PERCUMA dan Periuk Nasi Gaabor dengan perbelanjaan bersesuaian, sementara stok masih ada.


Di Skin Comfort Lab, pelanggan boleh menikmati diskaun segera RM13 dengan perbelanjaan minimum RM130 serta menerima Cloud Tote Bag PERCUMA dengan perbelanjaan minimum RM188.

.

Selain itu, ahli yang berbelanja RM200 atau lebih menggunakan Visa Mobile Payment akan menerima Baucar Tunai Watsons bernilai RM10. 


Sementara itu, pelanggan yang menggunakan Atome, rakan rasmi Buy Now, Pay Later Watsons, boleh menikmati penjimatan tambahan serta berpeluang menyertai cabutan bertuah eksklusif dengan lebih daripada 2,000 hadiah untuk dimenangi. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial rasmi Watsons Malaysia. - Kak Fas Online.



#WatsonsMalaysia #WatsonsBiggestHealth&BeautyExpo2026 #BeautyHealth #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan