Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DENGAR, LIHAT, RASA! WAVE AV EXPERIENCE KEMBALI!


BAYANGKAN
teknologi bukan sekadar dipamerkan, tetapi boleh didengar, dilihat dan dirasai sendiri. Itulah pengalaman yang cuba diketengahkan WAVE AV Experience 2026 apabila acara berkenaan kembali dengan lebih banyak kandungan dan teknologi untuk diterokai.


Berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 September ini di Royale Chulan Damansara Hotel, WAVE AV Experience 2026 kembali untuk edisi kedua dengan konsep lebih luas, bukan sekadar menghimpunkan peminat hi-fi dan teater rumah, tetapi turut mengetengahkan inovasi elektronik pengguna yang dekat dengan kehidupan seharian.


Dianjurkan Gryphon Production Sdn Bhd, acara berkenaan hadir selepas kejayaan Northern International AV Show di Pulau Pinang tahun ini, dengan penganjur meningkatkan skala pengalaman menerusi lebih banyak kandungan, demonstrasi dan aktiviti interaktif.


WAVE AV Experience 2026 membawa pengunjung menyelami perkembangan teknologi audio visual menerusi pelbagai produk dan penyelesaian yang direka untuk meningkatkan pengalaman di rumah serta gaya hidup moden.



Pengarah Gryphon Production Sdn Bhd, Wilson Teoh berkata, acara berkenaan bukan sekadar memberi tumpuan kepada audio, sebaliknya mahu memperlihatkan bagaimana teknologi mampu mengubah pengalaman harian.


“WAVE AV Experience 2026 bukan sekadar mengenai audio, tetapi mengenai bagaimana teknologi mampu meningkatkan gaya hidup.



“Kami mahu memberi inspirasi kepada pengunjung untuk menerima inovasi yang boleh mengubah rumah dan kehidupan seharian mereka,” katanya.


Lebih 50 pempamer termasuk dari Taiwan dan Singapura dijangka mengambil bahagian, dengan lebih 150 jenama antarabangsa dipamerkan sepanjang acara.


Selain hi-fi, fon kepala, sistem teater rumah, CD dan vinil, WAVE AV Experience 2026 turut memperluaskan segmen elektronik pengguna dengan pelbagai produk serta inovasi yang menawarkan pengalaman untuk dilihat, didengar dan diterokai.



Antara tarikan utama ialah demonstrasi teknologi AV terkini, pemasangan imersif serta pameran interaktif yang menggabungkan muzik, seni visual dan kreativiti dalam pengalaman yang lebih menyeluruh.


Pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan inovator, pencipta dan pemain industri dari dalam serta luar negara, selain mendapatkan perspektif baharu mengenai perkembangan teknologi audio visual.


Menariknya, pengunjung tidak perlu bergelar audiophile atau mempunyai pengetahuan mendalam mengenai teknologi untuk menikmati WAVE AV Experience 2026.



Sebaliknya, acara itu terbuka kepada semua yang ingin mencuba, meneroka dan merasai sendiri bagaimana inovasi audio visual boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan moden.


Sepanjang tiga hari, pelbagai sesi ceramah berkaitan audio visual turut diadakan bagi memperkaya pengetahuan pengunjung, selain persembahan yang bakal memeriahkan acara.


Penganjur menjangkakan sekitar 4,500 hingga 5,000 pengunjung akan hadir sepanjang tiga hari penganjuran.



Lebih menarik, kemasukan ke WAVE AV Experience 2026 adalah percuma, sekali gus membuka peluang kepada orang ramai untuk meneroka dunia audio visual dan elektronik pengguna tanpa sebarang bayaran.


WAVE AV Experience 2026 diterbitkan dan dianjurkan Gryphon Production Sdn Bhd, syarikat produksi konsert dan acara yang menggabungkan kreativiti, ketepatan serta inovasi dalam menghasilkan pengalaman acara.


Maklumat lanjut mengenai WAVE AV Experience 2026 boleh didapati di laman rasmi acara - https://www.wave-avshow.com/  atau lebih mudah klik sahaja DI SINI.



#WaveAVExperience2026 #RoyalChulanDamansaraHotel #Percuma #AudioVisual

Tiada ulasan:

Catat Ulasan