Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIARAN LANGSUNG 'MINGGUAN WANITA' DITUNDA. SAMPAI BILA?


Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kini memasuki fasa ke-2 apabila dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sejak dikuatkuasakan tanggal 18 Mac lalu.
Kali ini kawalan lebih ketat apabila semua rakyat tidak dibenarkan keluar selepas jam 10 malam malah kedai-kedai pun perlu tutup jam 8 malam.
Ekoran situasi semasa pandemik COVID-19 yang dijangka akan berterusan di Malaysia, mendorong pihak Astro Prima untuk menunda siaran langsung program bual bicara khusus buat golongan wanita, ‘Mingguan Wanita’ (MW) buat sementara waktu bermula hari ini, 2 April 2020 sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Sebelum ini, program ‘MW’ disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 12.00 tengah hari secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). 
Ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak Astro untuk mengekang penyebaran wabak tersebut sekaligus memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat dalam penerbitan program kami terutamanya barisan pekerja, kru produksi serta selebriti terus diutamakan.
Bagi mengisi kekosongan slot kandungan tersebut, Astro Prima bakal menyiarkan program istimewa ‘KonserThrowback’ untuk menggantikan ‘MW’ pada hari dan waktu yang sama iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.00 tengah hari bermula 6 April 2020. 

Slot tersebut bakal membawakan kembali konsert hiburan terbitan Astro yang berkonsepkan pertandingan realiti  seperti Gegar Vaganza, Duo Star dan Dangdut Star.  
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini jugak boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan on demand.
Pengumuman terkini mengenai penerbitan program ‘Mingguan Wanita Live’ untuk masa hadapan akan dimaklumkan kemudian apabila situasi getir kemelut pandemik COVID-19 pada ketika ini kembali reda. 

"Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih di atas pemahaman dan kerjasama semua," tulis Maizatul Aini selaku 'Senior Associate' di bahagian Kommunikasi ASTRO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Kak Fas: Asyik layan movie-movie terbaik sepanjang tempoh PKP ini apatah lagi ASTRO turut mengumumkan akan memangjangkan tempoh saluran percuma sehingga 14 April 2020 juga.

#ASTRO #MingguanWanita #KonsertThrowback #GegarVaganza #DangdutStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan