Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TAMBAH ANGKA 20 UNTUK SALURAN HD/SD ASTRO


Bagi mengisi masa lapang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, ni sudah tentu sebahagian daripada waktu itu dipenuhi dengan melayan pelbagai program yang mengisii kaca televisyen apatah lagi adanya saluran movie yang diberikan untuk tontonan secara percuma antaranya oleh syarikat televisyen berbayar ASTRO.

Jika anda pelanggan setia ASTRO tentu telah menghafal nombor saluran-saluran yang perlu ditonton samada untuk Astro Ria (104), HBO (saluran 411) dan seterusnya.

Pun begitu mulai 1 April 2020 ini, ASTRO mengumumkan penyusunan semula senarai nombor saluran di kesemua rangkaian platformnya termasuk ASTRO GO dan NJOI bagi memberikan pengalaman menonton yang lebih baik untuk dinikmati oleh pelanggannya.

Lebih 100 buah saluran dalam definisi tinggi (HD) akan disusun di kedudukan yang lebih awal untuk akses yang lebih mudah dan cepat.


Tetapi jangan risau ada formulanya untuk anda mengingati nombor-nombor saluran baharu berkenaan. 

Formulanya mudah sahaja. Untuk mencari saluran HD/SD yang sama iaitu dengan hanya merujuk kepada nombor saluran HD tersebut dan menambah angka 20.

Bagaimana?  Masih pening?

Contohnya begini: 

* Astro RIA HD kini berada di saluran 104, manakala Astro RIA di saluran 124 (104 + 20 daripada Astro Ria (HD): 
* HBO HD kini berada di saluran 411, manakala HBO di saluran 431 (411 +20 daripada HBO)

Tetapi jika anda malas nak berfikir panjang boleh mendapatkan senarai penuh kedudukan nombor saluran baharu berkenaan menerusi tiga kaedah berikut:

1. WhatsApp - WhatsApp ‘Hi’ ke +603 9543 3838 dan pilih menu untuk nombor saluran baharu

2.Layari laman sesawang -  http://astro.com.my/new-number 

3.Saluran 100 - Senarai penuh nombor saluran baharu boleh didapati di saluran ini

Sehubungan itu, ASTRO memberitahu, penyusunan semula kesemua nombor rangkaian saluran ini tidak akan memberi kesan kepada pengalaman menonton yang mana  para pelanggan boleh terus menikmati rakaman program kegemaran masing-masing tanpa sebarang gangguan. 

#ASTRO #Saluran HD/SD #NJOI #AstroGo  

Tiada ulasan: