WATSONS TEMBUS ARENA KECERGASAN GLOBAL, JALIN KERJASAMA DENGAN HYROX!
DARIPADA persediaan sebelum bersukan hinggalah proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kini menjadi semakin penting dalam membentuk gaya hidup aktif yang seimbang.
Menyedari keperluan itu, Watsons memperkukuh peranannya sebagai peneraju kesihatan dan kecantikan menerusi kerjasama strategik dengan HYROX, fenomena perlumbaan kecergasan bertaraf global, sebagai Rakan Peruncit Rasmi Kesihatan dan Kecantikan di tujuh pasaran utama Asia Pasifik.
Kerjasama berkenaan akan bermula menerusi HYROX Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan Malaysia pasaran pertama memperkenalkan inisiatif tersebut sebelum diperluaskan ke pasaran serantau lain.
Lebih daripada sekadar penajaan acara sukan, kerjasama itu mencerminkan komitmen Watsons untuk membawa mesej kesihatan dan kesejahteraan melangkaui gelanggang pertandingan dengan menggalakkan masyarakat menjadikan amalan hidup sihat sebahagian daripada rutin harian.
Pengarah Urusan Serantau bagi Kesihatan dan Kecantikan Asia, Kumpulan AS Watson merangkap Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International, Caryn Loh berkata, pihaknya berbangga apabila Malaysia dipilih sebagai pasaran pertama memperkenalkan kerjasama berkenaan.
Menurutnya, Watsons percaya kesihatan dan kesejahteraan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan setiap individu, sama ada atlet berpengalaman, mereka yang baru berjinak-jinak dengan kecergasan mahupun individu yang mahu membentuk tabiat lebih sihat.
Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, Watsons mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah kecil tetapi bermakna ke arah kehidupan lebih aktif dan sihat.
Pelbagai Pengalaman Interaktif Untuk Peserta
Sempena HYROX Kuala Lumpur, Watsons Malaysia akan membawakan pelbagai pengalaman interaktif di lokasi acara khusus untuk peserta, peminat kecergasan dan pengunjung.
Antaranya termasuk suntikan tenaga serta perkhidmatan dandanan diri sebelum perlumbaan, selain kemudahan pemulihan selepas pertandingan bagi membantu peserta berehat dan kembali segar.
Pengunjung yang singgah di reruai Watsons pula berpeluang mengenali rangkaian produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri, mencuba perkhidmatan terpilih serta menikmati hadiah produk istimewa untuk ahli Watsons Club.
Menariknya, rangkaian produk yang diketengahkan disusun berdasarkan empat fasa utama perjalanan kecergasan iaitu Prepare, Perform, Recover dan Renew, merangkumi persediaan, prestasi, pemulihan serta pembaharuan diri.
Ia termasuk produk nutrisi sukan, penjagaan kulit pelindung, keperluan penjagaan diri ketika perlumbaan, produk pemulihan selepas pertandingan serta pelbagai penyelesaian penjagaan diri untuk kegunaan harian.
Selain pengalaman di lokasi acara, ahli Watsons Club turut berpeluang menikmati tawaran istimewa termasuk produk wangian dengan pembelian daripada jenama dandanan lelaki dan kesihatan terpilih.
Lapan Atlet Wakili Watsons
Menambahkan lagi kemeriahan HYROX Kuala Lumpur, seramai lapan atlet akan mewakili Watsons iaitu Julie Woon, Carey Ng, Hunny Madu, Francesco, Chris MJ, Emma Cheng, Chee Hong dan Hanzo.
Penyertaan mereka diharap dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk mencabar kemampuan diri, saling memberikan sokongan serta menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada gaya hidup.
Dalam pada itu, Watsons turut memperluaskan manfaat keahlian merentasi pasaran menerusi program Watsons Asia One Pass yang membolehkan atlet yang melakukan perjalanan ke negara lain serta ahli Watsons Club mengumpul dan menebus ganjaran di pasaran serantau.
Kerjasama Watsons dan HYROX ini sekali gus menghubungkan dunia kecergasan dengan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan harian, selain membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk menikmati gaya hidup sihat mengikut kemampuan masing-masing.
Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan pelbagai produk bagi persediaan menjelang hari perlumbaan, orang ramai boleh melayari www.watsons.com.my.
#Watsons #WatsonsAsiOnePass #WatsonsClub #HYROXKualaLumpur #AsiaPasifik





Tiada ulasan:
Catat Ulasan