Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'NOTA DARI HATI' TAMPILKAN SEJARAH ORKESTRA RTM 31 MAC

DATO Johari Salleh merupakan salah seorang pelopor Orkestra RTM.

Bila sebut Orkestra RTM, rasanya mesti semua tahu kan? 

Ya lah.. apabila tv diwujudkan dan bila mana ada program hiburan RTM pasti Orkestra RTM yang akan mengiringi penyanyi tak gitu?

Malah muzik yang mereka mainkan bertaraf dunia dan jenama yang terbina ini telah dikenali serata dunia.

Orkestra RTM boleh dianggap sebagai khazanah muzik negara dan amat bersesuaian dijadikan rujukan yang menggambarkan perkembangan industri muzik di Malaysia.

Mencecah usia 59 tahun penubuhannya, tidak dapat dinafikan Orkestra RTM diiktiraf antara barisan pemuzik yang paling berpengaruh di Malaysia.

Justeru khas sempena Hari RTM ke 74 disambut 1 April ini, RTM pada 31 Mac 2020 (Selasa), menyiarkan dokumentari “Nota Dari Hati” yang memaparkan dokumentasi visual perjalanan Orkestra RTM sepanjang 59 tahun kewujudannya.

Menemui penonton pukul 10.00 malam menerusi saluran TV1, dokumentari terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM ini menariknya turut menampilkan tokoh–tokoh penting dan insan-insan di sebalik tabir, selain penonton akan dapat mengikuti rutin persiapan yang perlu dijalani ketika penerbitan sesuatu konsert orkestra berlangsung.

Sebagai tambahan, penonton juga akan turut dihiburkan dengan klip klip video istimewa persembahan Orkestra RTM.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Untuk rekod, menurut sejarah penubuhannya, Orkestra RTM bermula dengan nama Orkes Radio Malaysia, dipimpin Tan Sri Ahmad Merican yang beroperasi di Rumah Persekutuan di Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Ketika itu ia berkonsepkan pancaragam utama yang dianggotai seramai 13 ahli sehinggalah terkini ia berkembang kepada 38 orang dengan berkonsep studio orkestra.

Kak Fas: Mengenali Orkestra RTM apabila membuat latihan amali di RTM ketika menjadi pelajar Sebaran Am dan kemudiannya menjadi pekerja sambilan di situ buat beberapa bulan sahaja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan