Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DARI MUFIN PISANG KE BUTIK BERJENAMA 'SELLECTION'. SIAPA PENGUSAHANYA?


Kejayaan tidak datang bergolek kecuali mereka yang dilahirkan dengan sudu emas dalam keluarga mewah. Pun begitu, apabila meniti kedewasaan sudah tentu tangga kejayaan perlu dibina sendiri tanpa mengharap bantuan waima ibu bapa sekali pun.

Di dalam Al-Quran pun dah tertulis banyak sekali hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Kita dapati banyak sekali hadis-hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. 

Contohnya melalui surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” 

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : “Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” manakala pada Surah Al Jumuah ayat 10,'kejayaan tidak datang bergolek. Perlu ada ikhtiar, usaha dan tawakal kepadaNya."

Pun begitu, tidak dinafikan setiap kejayaan itu juga perlu meniti saat kesusahan, cabaran dan pergelutan.

Itulah antara dugaan hidup yang dilalui seorang wanita bernama Nor Rafidah Khairuddin yang baharu menyambut ulang tahunnya yang ke 31 tetapi dalam usia muda itu beliau sudah membina empayar perniagaannya dari menjaja mufin pisang hingga memilik gedung jualan barangan berjenama yang dinamakan Sellection.

Kepada yang rajin melayari internet untuk membeli-belah dalam talian sudahpasti mengenali laman web milik Rafidah iaitu www.sellection.com.


Kak Fas baru sahaja 'subscribe' pada laman web ini untuk melihat 12 produk-produk pelbagai jenama yang popular di kalangan wanita khususnya bag tanganlah seperti Coach, Furla, Michael Kors, Kate Spade dan lain-lain.

"Harga yang kami tawarkan melalui jualan dalam talian ini adalah lebih rendah dalam 30% hingga 50% daripada jualan harga asal jika dibeli di kedai," ujar Rafidah ketika ditemui pada majlis 'Sellection Dinner and Appreciation Night' pada 7 Mac lalu di Black Pearl Event Space, Shah Alam. Turut bersamanya, suami tercinta, Abdul Hadi Wisman.

Menurut Rafidah, jika pada awal dahulu beliau sendiri yang kerap ke luar negara untuk membeli barangan namun kinii urusan stok dikendalikan oleh teamnya.

Korang mesti nak tahu kan bagaimana laluan suka duka Rafidah mencipta namanya?

Cerita anak bongsu tujuh beradik dari Ipoh, Perak yang  menjadi pengasas Sellection sebenarnya cukup menginsiprasikan. 


Keputusan berhijrah mengikut suami tercinta, Abdul Hadi Wisman, 34, yang kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Sellection pada tahun 2014 ke Montreal, Kanada sebenarnya menyorot satu perjalanan pahit yang berakhir dengan kemanisan.

Merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada itu sebenarnya mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.

“Berbanding suami yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di Kanada, saya sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan. Pernah dalam satu ketika saya membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping)  dan pembantu dapur.  Dalam sehari saya pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum  mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.

Tidak mahu mengalah dan berputus asa untuk mencari peluang yang lebih menjaminkan,  Rafidah mula bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan tambahan pendapatan.

"Saya kesusahan dan kesempitan hidup yang saya alami mencetuskan idea untuk menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015.

“Cerita menjual mufin pisang ini tak pernah saya kongsi dengan pengikut dan peminat. Mungkin ada yang fikir tinggal di luar negara itu menyeronokkan dan sangat senang. Dalam seronok sebenarnya ada terpalit cerita sebaliknya,” tambahnya.

Mengimbas kembali momen memulakan perniagaan menjual mufin pisang itu, Rafidah mengakui ia bukan satu perkara mudah.




“Saya reka resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur.  Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang langsung saya.  Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung. Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana  rasa mufin ini sangat sedap & kandungannya menyihatkan, " cerita Rafidah kepada tetamu yang hadir di mana antara mereka kelihatan pelakon Bella Astillah (gambar atas, tengah).


Nampak kaca matanya hampir bergenang air mata ketika berucap.



“Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah.  Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah sahaja. Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart. Rumahlah jadi tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin saya mulai diterima ramai. 

“Dari satu kafe, akhirnya saya berjaya menyediakan mufin pisang ini untuk sembilan buah kafe di sekitar Montreal,” tambahnya.

Hasil jualan mufin pisang yang dijual cukup membanggakan menjadi ruang terbaik untuk memanjakan diri dengan membeli apa yang diingini. 

"Saya mula pergi ke Shopping Outlet hingga terlintas pula ruang untuk meneroka perniagaan sebagai Personal Shopper dan berjinak-jinak dalam dunia  'online shopping'.




Ternyata cetusan idea itu membuahkan hasil.

Apabila percubaan Rafidah menjadi personal shopper semakin berjaya dan berkembang, perniagaan mufin pisang yang dikendalikan selama 2 tahun pula terpaksa dikorbankan akibat kekangan masa dan komitmen.


Sejak itu, katanya, beliau kerap pulang ke Malaysia atas urusan perniagaan yag mana pada tahun 2017, mengambil keputusan bersama suami untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping sehingga tertubuhnya butik fizikalnya, Sellection.



Terletak di N0. 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, butik Selection dibuka kepada awam pada tahun 2018.

Bercerita lanjut, Rafidah memberitahu, pada asalnya beliau menjadikan medium Facebook Page sebagai ruang melebarkan perniagaan sebagai personal shopper yang diberi nama 'Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah'.





“Ikutkan sejak tahun 2015 lagi saya sempat menyelit minat sebagai Personal Shopper. Saya suka sangat handbag dan saya ingin orang Malaysia pakai barangan berjenama ini. Saya banyak kongsikan video demo tentang handbag, artikel fesyen yang bermanfaat kepada semua pengikut. Lama-kelamaan pengikut saya juga mula bertambah. Tahun demi tahun saya mendapat banyak tempahan melalui sistem pre order yang saya tawarkan.

Terkin, dengan pengikut seramai 89,000,  Sellection kian menempa nama di media sosial seperti di Instagram (@sellectioncom), youtube channel ( youtube.sellection.com) selain laman sesawang, www.sellection.com.

Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik, jelas Rafidah.

“Saya bina kepercayaan sedikit demi sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik dan nilai manfaat kepada para pembeli. Sebenarnya bukan mudah untuk orang luar percaya bisnes sebegini apatah lagi atas talian. Namun saya berjaya menawan hati mereka hinggalah wujud butik pertama Sellection di Wangsa Melawati  itu,” tambah Rafidah panjang lebar.

Apa kah benar kesemua produk berjenamanya itu 'original'? Barangkali itu persoalan yang terbit dalam fikiran setiap pembeli.


“Semua produk jenama mewah saya original dan baru. Ia dibeli terus di outlet  di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah. Pada masa sama ia juga up to date dan harga mampu milik" jawab Rafidah.

Menurut Rafidah, jualan barangannya bukan khusus kepada wanita sahaja malah lelaki pun mempunyai minat sama.

Pendekata, bermula dengan perniagaan personal shopper, Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu milik. 

Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai “Online Premium Outlet” yang pertama di Malaysia bertepatan dengan taglinenya yang berbunyi #taknaktunggupreorderlambat.

Betulah tu kan... Kak Fas pun tak nak tunggu preorder sebab lambat... tak sabar rasanya....jadi lebih selesa beli terus dari kedai haha....

Sebagai memenuhi tanggungjawabnya membantu masyarakat, Rafidah berkata, pihak Sellection membuka peluang niaga kepada sesiapa yng berminat menjadi rakan perniagaan sekalu gus  menjana pendapatan tambahan.


“Kami mahu sama-sama mengajak orang di luar sana menjana pendapatan dan meluaskan peluang niaga bersama Sellection. Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi rakan perniagaan atau Reseller yang mahu bekerjasama dan mengambil bahagian besar dalam perjalanan Sellection yang akan terus maju,” katanya.

Di akhir bicara, Rafidah berkata pihak Sellection turut memperkenalkan tanda pagar #SistersinMalaysia sebagai rangkaian terbaik mendekatkan mereka dengan pengikut dan pelanggan.

“Mereka umpama rakan alam maya yang jauh di mata, namun dekat di hati. Yang tak kenal rapat sekalipun kami amat terbuka menjalinkan hubungan baik. Misi Sellection ialah memberikan pelanggan pengalaman istimewa apabila membeli belah dengan Sellection seolah-olah mereka membeli barangan mewah itu terus di butik atau outlet jenama terkenal itu sendiri,” katanya.


Dan sebagai menghargai pelanggan, Sellection turut melancarkan program 'Kad Keahlian'nya dalam tiga kategorii iaitu Gold, Diamond dan Platinum di mana melaluinya mereka mampu menikmati diskaun dan ganjaran.

Sesungguhnya di sebalik kepahitan dan kemanisan yang dilalui, Rafidah dan suami juga akur perkahwinan mereka sejak 12 Oktober 2013 belum membenihkan zuriat.


“Kami percaya dan akur belum rezeki lagi kehidupan dan kenikmatan yang diraih ketika ini masih belum dikurniakan anak. Cuma saya dan suami anggap belum masa untuk kami beroleh kemanisan bergelar ibu bapa. Malah kami anggap rezeki itu diberikan Tuhan dalam bentuk lain termasuklah rezeki dalam perniagaan dan berkongsi kenikmatan itu dengan orang lain.

“Bukan tidak berusaha dalam soal mendapatkan anak, cuma kami anggap tempoh berdua ini juga ruang terbaik untuk terus berjuang memastikan jenama Sellection berkembang pesat dan dikenali seantero dunia. Insya-Allah.

“Sedih itu hal biasa yang sesekali akan menerjah dalam perasaan kita yang bernama manusia kala rezeki dapat anak itu belum datang. Tapi saya dan suami kena terus kuat menempuhi ujian yang diberikan,” ujar Rafidah yakin.
MAJLIS turut meraikan 3 orang 'pembeli setia' dengan hadiah bag tangan berjenama.


Bagi mereka yang ingin berkongsi niaga dengan Sellection atau mahu mendapatkan info laniut boleh ikuti:
*  Facebook Page di bawah nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah  
*  Instagram (@sellectioncom)
*  youtube channel ( youtube.sellection.com) 
*  laman sesawang, www.sellection.com




Kak Fas: Akan terus mengikuti perkembangan Sellection untuk koleksi Rayanya yang khabarnya akan hadir lagi banyak model terbaharu di bawah #USA2020.





#Personalshopper #Taknaktunggupreorderlambat #Sellection #USA2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan