SURIA KLCC x LEGO® “PLAY RUN 2026”: CIPTA SEJARAH LARIAN KREATIF PERTAMA DI ASIA TENGGARA!
SURIA KLCC baru sahaja melakar satu lembaran sejarah baharu dalam landskap acara gaya hidup tanah air apabila "LEGO® MY Play Festival" melabuhkan tirai dengan penganjuran "Play Run 2026" yang cukup luar biasa.
Acara yang julung kali diadakan di Asia Tenggara ini bukan sekadar larian santai, malah ia menjadi medan penyatuan komuniti yang menggabungkan kecergasan fizikal dengan sokongan kesihatan mental yang holistik.
Sejak 21 Mei hingga 7 Jun, kawasan presint KLCC telah bertransformasi menjadi pusat sambutan LEGO® dunia nyata yang terbesar pernah diadakan di Malaysia, menarik ribuan peserta daripada pelbagai lapisan umur untuk meraikan gaya hidup aktif.
Bagi Kak Fas sendiri, kehadiran ke acara ini membawa erti yang cukup peribadi. Ia bukan sahaja merupakan pengalaman pertama menyertai acara larian yang diadakan di perkarangan KLCC ini, malah ia juga menandakan kemunculan semula Kak Fas dalam acara fun run selepas kira-kira tiga tahun berehat daripada menyertai acara seumpamanya. Kira 'Hari ini Dalam Sejarah' lah buat Kak Fas juga pada 6 Jun 2026 lalu.
Menyaksikan kemeriahan ribuan peserta yang berlari sejauh 2km di KLCC Park sambil menempuh pelbagai "hentian aktiviti" yang mencabar kreativiti, Kak Fas dapat merasakan satu tenaga positif yang sudah lama tidak dialami.
Gabungan antara keriangan dunia LEGO® dan advokasi kesihatan mental yang diperjuangkan melalui inisiatif "Safe Space" nyata memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Ruang kesihatan mental ini telah menganjurkan pelbagai bengkel pendidikan, aktiviti terapi praktikal, dan program sokongan psikologi dengan kerjasama strategik bersama Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), NYAWA, The Befrienders KL, IHH Healthcare, dan Petrosains.
Kemuncak yang paling memukau sudah pasti apabila hari mula beranjak malam, di mana pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri pertunjukan visual LEGO® 3D Projection Mapping yang menghiasi ruang luar pusat beli-belah Suria KLCC.
Pancaran cahaya yang memaparkan animasi pembinaan blok LEGO® berskala besar dengan suntikan elemen warisan Malaysia itu benar-benar satu pengalaman magis yang menutup tirai acara dengan indah.
Selain itu, kawasan Centre Court dan LEGO® Football Play Arena yang bertemakan Piala Dunia FIFA 2026™ di kawasan luar bangunan di Esplanade turut menjadi tumpuan utama, mempamerkan hasil seni bina kreatif seperti replika Menara Berkembar PETRONAS yang dibina daripada 51,000 blok brick.
Bagi kawasan luar bangunan di Esplanade pula,ditampilkan bola sepak gergasi kembung bersaiz 8 kaki, stesen permainan football manusia, dan paparan edisi terhad bagi menghargai legenda bola sepak moden.
Selain itu, para pengunjung sekeluarga turut dihiburkan dengan aktiviti khas daripada penyewa Suria KLCC termasuk bengkel kesejahteraan dan agihan makanan serta minuman percuma sumbangan 8 Oz Coffee, Godiva, Kiehl’s, F&N, Dotty’s, dan Fishbowl.
Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, menyifatkan kerjasama bersejarah dengan The LEGO® Group ini sebagai manifestasi komitmen pihaknya untuk melangkaui peranan sebagai pusat beli-belah tradisional.
"Kerjasama bersejarah dengan The LEGO® Group ini adalah bukti nyata kepada usaha tersebut. Dengan menyatukan falsafah pembelajaran praktikal LEGO® bersama advokasi kesihatan mental dan fizikal tahunan kami, kami berjaya mengangkat sambutan cuti sekolah ini menjadi satu platform yang memberi impak sosial yang mendalam." ujarnya.
Menurut beliau, sambutan luar biasa terhadap 'Play Run 2026' serta maklum balas positif komuniti terhadap inisiatif 'Safe Space' membuktikan bahawa masyarakat hari ini amat mendambakan interaksi dunia nyata.
“Melalui gabungan aktiviti fizikal, penglibatan interaktif penyewa, dan sokongan kesihatan mental yang penting di bawah satu kempen bersepadu, kami telah berjaya mewujudkan persekitaran kesejahteraan yang holistik. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memanfaatkan platform ini untuk memupuk komuniti yang prihatin, dinamik, dan berdaya tahan," tambah beliau.
Kejayaan acara ini yang turut disokong menerusi kerjasama erat dengan rakan penganjur tempat, KLCC Holdings Sdn Bhd, bersama Rakan Kesihatan Rasmi, IHH Healthcare jelas membuktikan bahawa masyarakat kita hari ini amat dahagakan ruang interaksi dunia nyata yang berdaya tahan, prihatin, dan pastinya menyeronokkan.
Sokongan perubatan kritikal di tapak acara turut disediakan oleh Hospital Gleneagles, Hospital Pantai, dan Pusat Perubatan Prince Court bagi memastikan persekitaran yang selamat dan terkawal untuk semua keluarga yang hadir.
Melangkah balik dengan membawa pulang kit larian eksklusif serta pingat penamat, Kak Fas berasa sangat puas kerana dapat menjadi sebahagian daripada sejarah penganjuran sulung ini dan berharap agar ia terus menjadi titik permulaan untuk kembali aktif menyertai acara-acara gaya hidup yang memberi impak sosial seperti ini di masa hadapan.
Great job Suria KLCC khususnya buat Pengurus PR & Komunikasinya, Sherina Khairi yang sentiasa tidak lupa menjemput Kak Fas pada setiap acara yang dianjurkan pusat membeli-belah terkenal ini. Terima kasih daun keladi!
Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my atau melalui laman sosial di platform www.facebook.com/SuriaKLCCMall.
#SuriaKLCC #LEGO®MYPlayFestival #PlayRun2026 #SafeSpace #TheLEGO®Group






Tiada ulasan:
Catat Ulasan