SAHUT CABARAN 'STEP UP CHALLENGE MALAYSIA', KUMPUL 126,000 LANGKAH REBUT BAUCER SAMSUNG RM200!
KUALA LUMPUR – Adakah anda seorang yang aktif atau sedang mencari motivasi untuk memulakan gaya hidup lebih sihat?
Sempena sambutan Hari Larian Sedunia (World Running Day) pada Jun ini, Samsung Malaysia tampil dengan inisiatif menarik menerusi kempen 'Step Up Challenge Malaysia' yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk kekal cergas sambil menikmati ganjaran eksklusif.
Jangan lepaskan peluang untuk mencabar diri anda bermula 3 Jun hingga 21 Jun 2026 ini bagi merebut baucar bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk membeli peranti baharu dalam ekosistem Samsung.
Kempen ini sangat mudah untuk disertai oleh sesiapa sahaja, tidak kira sama ada anda lebih gemar berjalan kaki, berlari, berjoging, atau sekadar mahu kekal aktif sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Syarat utamanya adalah peserta perlu melengkapkan sasaran sebanyak 126,000 langkah dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagi mereka yang berjaya menghabiskan cabaran ini, anda bakal diiktiraf sebagai 'Finisher' dan seterusnya layak untuk menebus baucar RM200 yang boleh digunakan untuk pembelian peranti seperti Galaxy Ring atau model terbaharu Samsung Galaxy Watch.
Bagi menyertai cabaran ini, peserta hanya perlu memastikan aplikasi Samsung Health telah dipasang dan log masuk ke akaun Samsung masing-masing.
Di dalam aplikasi tersebut, anda boleh menyertai kempen ini dengan memilih bahagian promosi melalui ikon tiga titik di sudut kanan atas skrin, atau terus menekan kad kempen yang tertera pada halaman utama aplikasi.
Segala langkah akan direkodkan secara automatik menerusi halaman 'Together' di dalam aplikasi Samsung Health, memudahkan peserta untuk memantau pencapaian peribadi sepanjang tempoh cabaran.
Apabila anda telah berjaya mencapai sasaran 126,000 langkah, anda perlu membuka semula aplikasi Samsung Health dan pergi ke bahagian promosi untuk menuntut hadiah 'Finisher' tersebut melalui aplikasi Samsung Members.
Tempoh penebusan baucar ini bermula dari 3 Jun hingga 21 Julai 2026. Baucar tersebut boleh digunakan sama ada melalui pembelian dalam talian dengan memasukkan kod baucar semasa pembayaran, atau dengan menunjukkan kod tersebut kepada juruwang di kedai fizikal yang mengambil bahagian.
Perlu diingatkan bahawa penebusan baucar ini terhad kepada pembelian maksimum dua unit model yang menyertai promosi, dengan syarat satu unit dibeli secara dalam talian dan satu unit lagi dibeli di kedai.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta perkembangan terkini mengenai kempen 'Step Up Challenge Malaysia', orang ramai boleh melayari pautan rasmi di https://shealth.samsung.com/deepLink?sc_id=app.main&action=view&destination=message&id=8752.
Jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama anda hari ini dan jadikan Jun ini bulan yang lebih bermakna bersama Samsung.
#SamsungMalaysia #WorldRunningDay #StepUpChallengeMalaysia #Finisher #fyp


Tiada ulasan:
Catat Ulasan