Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON MALL LANCAR KEMPEN ECO JOURNEY, GALAK PEMBELIAN MESRA ALAM DEMI MASA DEPAN LESTARI!


DALAM
usaha menjadikan amalan kelestarian sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat, AEON MALL Malaysia melancarkan kempen AEON MALL Eco Journey di 27 pusat beli-belahnya di seluruh negara, menggalakkan pengguna membuat pilihan yang lebih mesra alam setiap kali mereka berbelanja.


Kempen berskala nasional itu membuktikan bahawa tindakan kecil seperti memilih produk lestari atau menyertai aktiviti berkaitan alam sekitar mampu memberi impak besar terhadap masa depan bumi. 


Melalui kerjasama strategik bersama pelbagai jenama terkenal termasuk The Body Shop, Starbucks, Bayu Somerset, Mattel dan banyak lagi, AEON MALL berhasrat menggalakkan pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup lestari melalui pembelian produk mesra alam serta penyertaan dalam pelbagai aktiviti pendidikan. 



Antara tarikan utama kempen tersebut ialah AEON MALL Eco Journey Safari yang sedang berlangsung di AEON MALL Tebrau City dan AEON MALL Bukit Tinggi. 


Pengalaman interaktif yang mesra keluarga itu menawarkan pelbagai aktiviti dan pameran bertemakan kelestarian yang direka untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.


Pengunjung yang hadir ke lokasi tersebut berpeluang menikmati pengalaman imersif yang mesra keluarga, di mana mereka boleh menerokai pemasangan seni bertemakan alam sekitar serta mendapatkan produk-produk mesra alam pada harga istimewa.



Aktiviti interaktif yang disediakan di sana juga dirancang untuk memberi inspirasi kepada pengunjung bagi membina tabiat harian yang lebih prihatin terhadap kelestarian alam


Bagi menghargai sokongan pelanggan terhadap agenda hijau ini, AEON MALL turut menawarkan cenderahati eksklusif yang menarik, antaranya ialah Kad Pos Boleh Tanam (Plantable Postcard) yang membolehkan pelanggan menanam sendiri tumbuhan di kediaman masing-masing, serta Tikar Bilik Mandi Toy Story edisi terhad yang membawa mesej bahawa usaha menjaga alam sekitar boleh dilakukan dengan cara yang mudah, praktikal dan menyeronokkan.



Lebih daripada sekadar kempen runcit, AEON MALL Eco Journey merupakan satu gerakan nasional yang memperkasakan komuniti untuk melakukan perubahan kecil namun bermakna. 


Dengan menggabungkan elemen pendidikan, pengalaman interaktif, peluang membeli-belah lestari dan ganjaran menarik serta aktiviti kekeluargaan, kempen ini diharap dapat memupuk kesedaran yang lebih mendalam mengenai kepentingan kelestarian dalam kalangan rakyat Malaysia.

.

Melalui inisiatif ini, AEON MALL mahu menunjukkan bahawa setiap pembelian mempunyai nilai yang lebih besar daripada sekadar transaksi komersial. Sebaliknya, setiap pilihan yang dibuat oleh pengguna boleh menjadi satu langkah ke arah masa depan yang lebih hijau, lestari dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang.



Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti ini disarankan untuk melayari laman web rasmi di www.aeonmallmy.com, atau lebih mudah KLIK SINI


Boleh juga mengikuti media sosial rasmi AEON MALL Malaysia, atau berkunjung terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana cawangan AEON MALL berhampiran.



#AEONMallEcoJourneySafari #PlantablePostcard #ToyStoryBathMat #AEONMall #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan