Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

myFIRST INSTA MAGIBOX BUKA DUNIA KREATIVITI AI BUAT KANAK-KANAK!


DARIPADA
sekadar menyuarakan imaginasi kepada melihat hasil ciptaan sendiri dalam bentuk gambar dan cerita bercetak, kanak-kanak kini berpeluang meneroka dunia kecerdasan buatan (AI) menerusi inovasi terbaharu, myFirst Insta magiBox.


Menariknya, peranti pencetak kreatif berasaskan arahan suara itu membolehkan kanak-kanak menukarkan idea yang dibayangkan kepada ilustrasi dan cerita bergambar hanya dengan menyebut apa yang mereka inginkan.


Diperkenalkan secara rasmi di Malaysia oleh myFirst pada 6 November lalu, Insta magiBox ditawarkan pada harga RM329 dan membuat kemunculan sulung di myFirst Brandstore, Sunway Pyramid.


Mengangkat tema ‘The Magic Begins’, produk itu direka sebagai pengenalan mudah kepada teknologi AI dalam kalangan kanak-kanak, sekali gus menggabungkan penerokaan teknologi dengan aktiviti kreatif secara fizikal.


Menerusi fungsi Voice-to-Image, kanak-kanak hanya perlu menyuarakan idea untuk menghasilkan ilustrasi mengikut pilihan gaya seni, manakala fungsi Voice-to-Story pula membolehkan mereka membina sebuah cerita bergambar yang mengandungi empat babak bersambung.



Lebih menarik, hasil kreativiti itu boleh dicetak menggunakan teknologi pencetakan terma tanpa dakwat sebelum diwarnakan, dihias, dipamerkan atau dikongsi bersama keluarga dan rakan.


Dilengkapi skrin 2.8 inci, Insta magiBox menawarkan enam pilihan gaya seni iaitu lukisan anime, kartun, seni garisan, percikan dakwat, lakaran pensel dan doodle.


Cetakan hitam putih yang dihasilkan memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk menambah warna serta sentuhan peribadi pada setiap hasil ciptaan mereka.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif myFirst, G-Jay Yong berkata, pihaknya mahu memberikan peluang kepada keluarga untuk meneroka teknologi AI menerusi pendekatan kreatif dan mudah difahami.


Katanya, kanak-kanak sememangnya tidak pernah ketandusan idea, justeru Insta magiBox membolehkan mereka menggambarkan imaginasi sendiri sebelum melihatnya diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh disentuh dan dihasilkan semula.



Selain Insta magiBox, pelancaran itu turut memperkenalkan beberapa produk lain yang menyasarkan keperluan serta perkembangan kanak-kanak, termasuk ViewTalkie, CareSip, Fone M2, Watch F1, Sketch Play 4 dan Camera Play Plus.


ViewTalkie menawarkan pengalaman komunikasi dua hala menerusi gabungan fungsi walkie-talkie dan panggilan video tanpa memerlukan sambungan internet.


Dijual pada harga RM229 bagi setiap set yang mengandungi dua unit, peranti itu dilengkapi skrin dua inci, tujuh pelekat wajah serta tiga kesan suara iaitu Kid, Alien dan Robot.


Ia menyokong komunikasi suara sehingga 500 meter dan video sehingga 400 meter di kawasan terbuka, manakala jarak komunikasi sebenar bergantung kepada persekitaran serta halangan fizikal.


Sementara itu, CareSip yang ditawarkan pada harga RM219 mengetengahkan ciri keselamatan menerusi botol minuman dengan sistem kunci cap jari yang hanya boleh dibuka oleh pengguna berdaftar.


Menariknya, ibu bapa boleh mendaftarkan sehingga 20 cap jari dan memantau rekod pembukaan penutup botol menerusi aplikasi myFirst Circle bagi mendapatkan gambaran rutin pengambilan air anak sepanjang hari.


Ia turut dilengkapi ciri perlindungan suhu bagi membantu mengawal akses kepada minuman yang terlalu panas, selain indikator warna pada penutup untuk memudahkan pemantauan.


Bagi kanak-kanak yang mula memerlukan kemudahan komunikasi sendiri, Fone M2 pula hadir sebagai jam tangan pintar 4G pada harga RM429.



Peranti itu menawarkan fungsi panggilan suara dan video, penjejakan lokasi, butang kecemasan SOS serta Class Mode yang membolehkan ibu bapa mengawal gangguan ketika anak berada di dalam kelas.


Melengkapkan rangkaian itu ialah Watch F1 pada harga RM199, sebuah jam tangan pintar yang memberi tumpuan kepada aktiviti fizikal, kadar denyutan jantung dan pemantauan tidur.


Dengan lebih 100 mod sukan, 10 permainan terbina dalam serta ketahanan bateri sehingga lima hari dalam penggunaan biasa, ia direka untuk membantu kanak-kanak lebih peka terhadap aktiviti dan rutin harian mereka.


Bagi si kecil yang gemar melukis, Sketch Play 4 pula merupakan papan lakaran digital berwarna bersaiz empat inci yang boleh digunakan berulang kali tanpa dakwat.


Beratnya hanya 61 gram dengan ketebalan lapan milimeter, sekali gus mudah dibawa ke mana-mana. Ia turut dilengkapi pen stylus serta tali pengikat dan ditawarkan pada harga RM24.90 dalam empat pilihan warna.


Sementara itu, Camera Play Plus pada harga RM269 memberikan ruang digital mesra kanak-kanak untuk mengambil gambar, merakam video, melukis, bermain permainan serta menikmati lagu dan cerita tanpa akses kepada internet terbuka.



Peranti dengan skrin sentuh 3.97 inci itu turut membolehkan ibu bapa menetapkan had masa penggunaan bagi membantu membentuk tabiat penggunaan gajet yang lebih seimbang.


Bersempena musim pemberian hadiah hujung tahun, myFirst turut menawarkan pelbagai promosi bagi produk terpilih.


Pembelian myFirst Insta magiBox secara dalam talian dan di kedai fizikal disertakan hadiah percuma myFirst CareBuds, tertakluk kepada kuantiti terhad bagi pembelian dalam talian.


Selain itu, pelanggan yang berbelanja RM150 dan ke atas dari 6 November 2026 hingga 3 Januari 2027 layak menerima satu penyertaan cabutan bertuah serta kotak hadiah Krismas percuma bersama Ribena.


Pelanggan juga berpeluang merebut baucar myFirst bernilai keseluruhan RM5,500 sepanjang tempoh promosi berkenaan.


Produk myFirst boleh didapati menerusi laman web rasmi my.myfirst.tech, kedai rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok Shop serta cawangan myFirst Brandstore di AEON Mall Tebrau City, IOI City Mall, IOI Damansara dan Sunway Pyramid.


Ia turut boleh didapati menerusi pengedar sah termasuk Asashi, Metapod, Popular dan TMT, manakala Watch F1 hanya ditawarkan secara dalam talian.



#myFirstInstaMagicBox #myFirstCircle #CameraPlayPlus #SketchPlay4 #ForYouPage




Tiada ulasan:

Catat Ulasan