DECATHLON MERDEKA 118 TAMPIL UNIK, GABUNG SEJARAH & GAYA HIDUP AKTIF!
USAHA membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat memerlukan lebih daripada sekadar kesedaran, sebaliknya turut bergantung kepada kemudahan, akses serta peluang untuk setiap individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Melihat kepada keperluan itu, Decathlon Malaysia memperkenalkan kedai flagship terbaharunya di Merdeka 118, yang bukan sahaja menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan sukan, malah membawa aspirasi untuk menjadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada kehidupan masyarakat.
Menerusi penawaran produk dan perkhidmatan bagi lebih 60 jenis sukan, Decathlon menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna pada harga berpatutan, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada orang ramai untuk meneroka aktiviti sukan mengikut minat dan kemampuan masing-masing.
Pendekatan itu turut memberi ruang kepada mereka yang baharu ingin berjinak-jinak dalam dunia sukan, selain memenuhi keperluan atlet berpengalaman yang memerlukan kelengkapan bersesuaian bagi aktiviti masing-masing.
Decathlon percaya sukan seharusnya dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira latar belakang, umur atau tahap pengalaman.
Berteraskan empat nilai utama iaitu vitaliti, kemurahan hati, tanggungjawab dan keaslian, syarikat itu komited untuk menyatukan masyarakat melalui sukan serta menggalakkan amalan kehidupan lebih aktif dan sihat.
Menariknya, kedai flagship di Merdeka 118 turut mengetengahkan identiti budaya tempatan menerusi konsep reka bentuk yang diinspirasikan daripada sejarah kemerdekaan negara.
Reka bentuk premis berkenaan mengambil inspirasi daripada detik bersejarah 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, apabila Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengangkat tangan sambil melaungkan perkataan keramat “Merdeka”.
Peristiwa berkenaan yang menjadi lambang kebebasan, perpaduan dan kebanggaan rakyat Malaysia diterjemahkan melalui elemen reka bentuk yang menggabungkan warisan budaya dengan sentuhan moden.
![]() |
| TERLETAK berhampiran Stadium Merdeka, pengunjung bole sekali gus melawat Stadium di mana laungan 'Merdeka' dilaungkan Allahyarham Tunku Abdul Rahman. |
Antara keistimewaan yang diketengahkan ialah penggunaan corak tradisional songket yang disepadukan dengan elemen kontemporari, sekali gus mencerminkan penghargaan terhadap seni dan identiti budaya Malaysia.
Gabungan tersebut menjadikan Decathlon Merdeka 118 lebih daripada sekadar ruang perniagaan, sebaliknya sebuah destinasi yang menghubungkan warisan sejarah negara dengan perkembangan gaya hidup dan sukan moden.
Kehadirannya di lokasi ikonik berkenaan turut mencerminkan aspirasi Decathlon untuk merapatkan hubungan komuniti serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia supaya menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Menerusi pendekatan yang menggabungkan kepelbagaian pilihan sukan, kemampuan harga dan penghargaan terhadap warisan tempatan, Decathlon berharap dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih aktif, sihat dan sejahtera.
Decathlon Merdeka 118 sekali gus membawa mesej bahawa sukan bukan hanya tertumpu kepada pertandingan atau pencapaian atlet, tetapi merupakan satu gaya hidup yang mampu menyatukan masyarakat dan meningkatkan kualiti kehidupan.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi www.decathlon.my.
![]() |
| PEMBELI yang berbelanja pada harga minima RM28, RM38, RM88 berpeluang menebus hadiah yang ditetapan. |
#DecathlonMalaysia #Merdeka118 #PilihanSukan #FlagshipStore #ProdukSukan









Tiada ulasan:
Catat Ulasan