Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

#RAYATETAPRAYA BERSAMA KOLEKSI BATIK PANGOI


Sejak berada di pasaran tempatan enam tahun lalu, jenama fesyen PANGOI sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi kepada fashionista yang sentiasa mahukan gaya elegan lalgi eksklusif. 
Sambutan hangat terhadap koleksi barangan di bawah butik Pangoi yang terdapat di lima lokasi sekitar Lembah Kelang iaitu di Subang Parade;  Sunway Putra KL; Nu Sentral Mall KL;  Paradigm Mall PJ; EkoCheras Mall KL dan  KWC menunjukkan peningkatan jualannya.


Namun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kini sudah pasti pelanggan tegar Pangoi tidak berpeluang berkunjung ke kedai-kedai terdekat mereka untuk melihat koleksi terbaharu, betul tak?

“Jangan bimbang, kami akan ‘dekatkan’ anda semua dengan koleksi terbaharu  bagi memastikan anda mendapat baju baharu menjelang Raya nanti,” ujar pengasas Pangoi, Patrick Goi ketika dihubungi.

Ya… sepanjang tempoh PKP ini, Pangoi menampilkan kempen yang diberi nama #Raya TetapRayaBersamaPangoi di mana anda boleh memperoleh koleksi batik buatan tangan berkualiti tinggi yang ditampilkan melalui kedai dalam taliannya yang tersendiri mahu pun dari platform e-dagang yang popular seperti Zalora, Shopee mahu pun Lazada.

Kedai Dalam Talian Pangoi akan menawarkan koleksi yang sama seperti di kedai, memberikan pelanggan akses ke pelbagai jenis pakaian dan aksesori untuk wanita dan lelaki. Terdapat juga item eksklusif yang dijual ‘hanya dalam talian’, tersedia sepanjang tahun.

Menurut Patrick, idea membuka kedai dalam taliannya tersendiri juga tercetus ketika rakyat Malaysia menghadapi tempoh PKP di mana kesemua kedai fesyen pakaian ditutup.




















“Jadi melalui kempen #RayaTetapRayaBersamaPangoi  ini,  ia diharap mampu mendorong rakyat Malaysia untuk tetap tenang kerana kita masih boleh mengadakan perayaan Raya tahun ini dengan berpakaian baju, " harapan Patrick. baru yang cantik,” ujar Patrick.
Menurutnya, dengan berbelanja secara dalam talian, pelanggan mempunyai akses selama 24 jam untuk memilih koleksi fesyen Raya terkini Pangoi samada dilihat melalui komputer, telefon pintar atau pun tablet masing-masing dari mana sahaja mereka berada.

“Hanya dengan satu klik butang, anda sudah boleh menggayakan fesyen Pangoi di mana kami akan menghantar barang ke depan pintu rumah masing-masing tanpa mengetepikan soal kebersihan dan keselamatan,” tambah Patrick.

Lebih menarik lagi, sempena pelancaran Kedai Dalam Taliannya, Pangoi akan menyumbangkan RM10 bagi pembelian setiap set Koleksi Batik Raya 2020 kepada Tabung Covid-19 bagi membantu mereka yang terkena wabak Coronovirus itu di Malaysia.

Jadi bila membeli anda juga menderma pada bulan Ramadan ini, ibarat sambil menyelam minum air'.

Apa pun jika nak melihat lanjut koleksi terbaharu batik berkualiti dari label Pangoi ini  serta produk-produk lain seperti bag tangan dan sebagainya yang  boleh digayakan di pagi Hari Raya  walau pun berada di rumah boleh kunjungi laman rasmi Pangoi di pangoi.com atau ikuti Pangoi di Facebook dan Instagram @pangoiinternational. Nak lebih cepat, WhatsAoo je di talian +60169014283.

Yang penting jika tempoh PKP masih belum ditamatkan, memakai baju baru di pagi 1 Syawal adalah sunnah Nabi dan kalau memakainya akan dapat pahala sunat. SIapa tak nak kan? 


Kak Fas  - Nak buka kedai dalam talian Pangoi nanti dan tengok mana yang berkenan di hati, Kut kut ada.. berbatiklah kita kat rumah ya.

#rayatetapraya #pangoiinternational #pangoi #lazada #zalora #shopee

18 ulasan:

nurul aqidah azahar berkata...

tak pernag dengan lagi ni. cantik jugak design2 die. siapa suka berfesyen boleh la membeli kat sini.cantik2

Mama aiman berkata...

Ye sis..raya tetap raya.. Tp kita blom lgi cari baju raya nie..cantik2 design batik dari pangoi nie..berkenan plak kita tgok..silap2 add to cart trus nie..

LampuHijau berkata...

Macam tau-tau aje LH nak cari baju raya. Nampak pula iklan pangoi ni. Hehei

Nhazla Fikri berkata...

tak pernah tau pangoi. cantik designnya. warna pun elok dipakai waktu raya. boleh simpan terus untuk events hujung tahun

adianiez AIDA berkata...

wow. fesyen nyer lain dari yg lain.
konsep batik. then ada konsep baju kelawar pun ada.
modern taste sgt la pangoi ni :)
meriah beraya dgn baju pangoi ni. meskipun di rumah sendiri.
aidil'adha kan ada nanti :)

Bae Roslan berkata...

cantik2 design batik tu. suka motif batik sebab nampak klasik pada si pemakai

Eiza GreenAppleKu berkata...

First time terbaca jenama Pangoi. Cantik dan tersendiri corak pada setiap koleksi yang di hasilkan. Nanti nak search dalam Shopee.

Nadia Johari berkata...

Unik design dia.. Lain dari lain.. Walau pkp memang nak pakai baju raya juga. Untuk anak2. Memang tengah cari baju raya lagi.. Bgusla pangoi ni..

Aerill Hassan berkata...

cantik designnya. bolhlah nnti saya share dkt mak & kakak saya. diorg mesti suka design2 mcm ni.

iena eliena berkata...

Iena tak pernah dengar brand ni. baru first time dengar .Design dia cantik cantik jugak.Thanks for sharing kak :)

Mimie berkata...

Cantik cantik koleksi batik yang dijual sempena Raya. Tergoda pula tengok. Walaupun beraya hanya di rumah nanti nak juga bergaya sakan semasa raya kan.

Sis Lin berkata...

Fesyen batik ni kalau tak masa raya tahun lepas kami anak beranak pakai, tapi atas sebab mereka tak de saiz kecil, so tak jadi...ingat tahun ni Sis nak beli gak laa untuk sendiri, suka nengok batik dia tu haaa, cantikkk

JMR berkata...

Cantik cantik design kat sini. Mujur ada platform online untuk peminat dapatkan design drp designer ni. Kalau tak, kempunan lah hehe

Mohd Zarin berkata...

Cantiklah semua designnya. Design batik ni nampak anggun bila pakai lebih-lebih lagi pada pagi raya nanti

Zaza Azman berkata...

Cantik design nya tapi tu la kalau yg kurus pakai nmpk la cantik.. Yg debab ni nnt serupa nangka bungkus pulekk 😭😭

Mawardi Yunus berkata...

Cantik betul koleksi pakain -pakaian dia kak. Design batik-batik dia memang nampak up to date. memang sesuai nak buat raya ni.

Khalidah Abd Hadi berkata...

Cantiknya design batik dia. Nampak so modern and classy. Boleh masuk dalam list ni

Emme Marina berkata...

Cantik dan pasti peminat batik tak lepaskan peluang nak dapatkan koleksi pangoi ni kan? Pkp ni ramai kawan kata x shopping baju raya. But keraian ni subjektif setiap orang cara nak raikan