Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KAZAKHSTAN UMUM LANGKAH HADAPI PASCA COVID-19

Kassym-Jomart Tokayez mengumumkan pelan tindakan pasca COVID-19 yang perlu dilaksanakan bagi memulihkan ekonomi negaranya.

Dalam tempoh Malaysia masih mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sejak dilanda pandemik COVID-19 kira-kira dua bulan lalu, Kazakhstan yang telah menamatkan tempoh darurat 11 Mei lalu mengeluarkan amaran bahawa krisis yang melanda negaranya masih belum selesai sepenuhnya.

Dalam ucapan Presiden yang dikeluarkan oleh Malaysia & The Arab World (ASWAQ), Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev memberitahu, kira-kira 500  keputusan telah dicapai dan dilaksanakan bagi melindungi kesihatan penduduk meningkatkan  pendapatan  serta menyokong perniagaan mereka.

“Dua bulan kebelakangan ini tidak mudah bagi negara kami. Krisis belum dapat diatasi sepenuhnya. Namun, puncak wabak sudah berakhir,’ tegas Tokayev.

Sejak republik itu tamatkan tempoh darurat, kira-kira 1.1 juta rakyat Kazakhstan telah kembali bertugas sementara para peniaga memulakan perniagaan masing-masing malah  pusat pendidikan serta kemudahan lain termasuk taman-taman awam sudah dibuka.

Presiden Tokayev turut mengumumkan jawatankuasa darurat yang ditubuhkan sebelum ini ditukar menjadi jawatankuasa negeri dalam usaha pemulihan pertumbuhan ekonomi.

Menurut beliau, sungguh pun sekatan kuarantin telah tamat secara beransur-ansur apabila  banyak kawasan sudah mulai pulih dari wabak namun rakyat diberi amaran agar sentiasa menggunakan topeng muka apabila berdepan khalayak serta patuh pada penjarakan sosial.

Ketika ini, Kazakhstan telah membenarkan pengangkutan udara beroperasi di 13 buah bandar utamanya namun pengangkutan antara wilayah masih dilarang  manakala pengangkutan awam dibenarkan membawa 50% muatan penumpang sahaja malah bilangan individu yang berjalan pula tidak boleh melebihi 3 orang.
Bagaimana pun, Tokayez menasihati agar rakyatnya  lebih baik duduk di rumah bagi keselamatan diri masing-masing jika tidak mahu wabak berulang.

“Gelombang kedua wabak mungkin akan bermula dan Kerajaan terpaksa menyusun rancangan tindakan yang lebih ketara. Oleh itu segalanya bergantung pada tanggungjawab kita sendiri,” ujar Presiden republik itu.

Dari segi perniagaan, Tokayev memberitahu bahawa 50% kakitangan kerajaan akan terus bekerja dari jauh manakala pengurusan perniagaan swasta harus  memutuskan berapa banyak pekerja yang diperlukan waima  jarak sosial dan sanitasi yang ketat harus diutamakan di tempat kerja.

Jika Malaysia mempunyai pelan ransangan ekonomi prihatin untuk rakyat, Kazakhstan tidak terkecuali di mana dua pakej tindakan anti-krisis dilaksanakan.
Lebih daripada 4.5 juta penduduknya telah menerima bantuan kewangan berjumlah 42,500 tenge (kira-kira USD100) sementara makanan dan barangan isi rumah diedarkan kepada lebih dari 1 juta orang dan kadar utiliti dikurangkan.

Kazakhstan turut menangguhkan tarikh akhir pembayaran pinjaman kira-kira 2 juta orang dan beban cukai dikurangkan untuk lebih daripada 700,000 syarikat dan pengusaha.

Ekoran itu,  mereka berjaya menjimatkan sekitar 1 trilion tenge (2.3 bilion USD).
Tambahnya, dana yang besar telah diperuntukkan untuk pinjaman yang berpatutan walau pun seluruh sektor ekonomi global mengalami kebuntuan dan lebih daripada 400 juta syarikat berada di ambang kemuflisan.

Dalam pada itu, sebagai pelan tindakan masa hadapan seterusya, Kazakhstan mengenal pasti tujuh isu penting yang perlu ditangani pasca COVID-19 bagi meningkatkan ekonomi sekali gus membantu rakyatnya bangkit.

Antaranya, bergerak ke arah tenaga hijau, keadilan sosial  serta pelan pemulihan ekonomi negara.

Tokayev turut mengamalkan penjarakan sosial dan melaksanakan 'video conferencing' untuk berkomunikasi.

#Kazakhstan #COVID-19 #PKP #Kassym-JomartTokayev

11 ulasan:

Bae Roslan berkata...

Alhamdulillah, pemimpin Kazakhstan prihatin pada rakyat. dapat bantuan dan sebagainya. moga covid ni cepat lah menghilang

Fadima Mooneira berkata...

Good job by Kazakhstan Leaders. Bagus depa prihatin terhadap rakyat. Thank you for sharing this story. Have a good weekend.

mama tisya berkata...

Trus darurat demi kebaikan rakyat supaya tidak merebak wabak covid19.. Walaupun dh abis tempoh darurat tp rakyat perlu amalkan social distancing juga

Cik Fafa berkata...

Tahniah Kazakhstan.. Bagus ada kerajaan macam ni. Sangat prihatin tentabg keperluan rakyat sendiri. Harap malaysia juga menjadi negara yang bebas covid .. Kita smua mesti menang

LampuHijau berkata...

Disebabkan covid-19 ni semua berubah. InsyaAllah ada hikmahnya.

Mimie berkata...

Pemimpin yang bagus dan berkaliber sama seperti Malaysia. Memikirkan solusi terbaik untuk memastikan rakyat mendapat manfaat ketika Covid-19 melanda.

Mawardi Yunus berkata...

Semoga wabak covid-19 ni cepat2 pergi. banyak negara yang dah terjejas sebab dia termasuk negra kita.

iena eliena berkata...

Alhamdulillah, pemimpin Kazakhstan Pemimpin yang bagus dan berkaliber serta prihatin pada rakyat. dapat bantuan dan sebagainya. moga rantaian covid-19 dapat diputuskan.

Farhana Jafri berkata...

Kazakhstan dengan Malaysia sama-sama pulihkan ekonomi negara. Banyak kita boleh belajar bila bekerjasama dan ambil pandangan dari negara lain dalam sesuatu masalah. Sama juga dengan negara luar. Semoga kita kuat menghadapi krisis global ni

Sis Lin berkata...

Eh komen sini kesahnya, kita terkomen entri Pavillion plak...

Marsya berkata...

AJO_QQ poker
kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856