Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SYAWAL INI' CERMINAN HIDUP ZAMANI


Setelah mengakhiri zaman bujangnya, Zamani tidak mahu terus leka dalam melayari kehidupannya sebagai suami. 

Malah sebagai penyanyi yang telah mencetuskan fenomena pada zamannya dengan lagu-lagu hit seperti 'Gerimis Mengundang', pemilik nama penuh Zamani Ibrahim ini terus berkarya melalui syarikatnya tersendiri, Zime Productions.

Terbaharu, penyanyi kumpulan SLAM ini disambar KRU Music bagi pengeluaran single baru berjudul 'Syawal Ini'.

Khabarnya, lagu ini telah dicipta pada bulan bulan 2020 namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan. tarikh rakaman dan penerbitan bahan-bahan promosi terpaksa ditunda beberapa kali.

Setelah arahan PKP ditukar ke PKPB oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 1hb Mei, Zamani serta tenaga kerja penerbitan KRU Music akhirnya berjaya menyelesaikan kerja-kerja rakaman yang bermula pada 4hb Mei dan menyiapkan bahan-bahan pemasaran dalam tempoh seminggu.

Lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai ini mengisahkan tentang keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran. 

Ianya turut mengenangkan ibu bapa yang kini telah pulang ke rahmatullah serta doa seorang anak yang amat merindui mereka.

“Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama baik dari keluarga KRU Music yang bertungkus-lumus menghasilkan lagu Aidilfitri saya ini. Sesungguhnya lagu ini menyentuh perasaan saya sendiri kerana lirik lagu ini mencerminkan kisah kehidupan saya apatah lagi mengenang arwah ibu dan bapa saya yang telah pergi.” ujar Zamani.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, “Pihak kami amat berbesar hati diatas kesudian Zamani menjalinkan kerjasama dengan pihak kami sekali lagi. Walaupun KRU sendiri pernah menulis 2 buah lagu untuk kumpulan Slam pada tahun 90an, keakraban saya dan Zamani mula lebih erat sejak penganjuran konsert solo Zamani di KL Jamm pada tahun lalu. 

Saya melihat sokongan peminat setia Zamani begitu menyerlah ketika konsert tersebut dan dalam menyusunkan strategi kami mempelbagaikan genre muzik KRU, terhasillah lagu “Syawal Ini”. Semoga lagu ini turut menjadi lagu Raya klasik untuk generasi kini dan yang akan datang”.

“Syawal Ini” kini sudah mula dijual di iTunes dan diedarkan ke semua platform digital lain mulai 19hb Mei 2020. 

Sila layari sesawang www.krumusic.com atau ikuti perkembangan aktiviti pemasaran Zamani melalui Instagram dan Facebook “iamzamani.offical” atau “Zime Production”; serta Youtube, Instagram, Facebook “KRU Music”. 

Jom Kak Fas belanja korang lagu  “Syawal Ini”....dan kesempatan ini juga Kak Fas nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF DZAHIR BATIN ya!




#SyawalIni #Zamani #KRUMudic #SLAM #ZimeProduction #KLJamm

2 ulasan:

Marsya berkata...

AJO_QQ poker
kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856

Marsya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.