GINTELL PERKENAL TEKNOLOGI AI STRETCH-ROBOT PERTAMA DI DUNIA, BANTU OPTIMUMKAN MOBILITI BADAN!
TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) kini memasuki fasa baharu dalam industri kesejahteraan apabila GINTELL memperkenalkan GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot, sebuah inovasi robotik pintar yang direka untuk memberikan pengalaman regangan dan urutan lebih tersasar mengikut keperluan tubuh pengguna.
Pelancaran yang berlangsung di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre sempena sambutan Hari Bapa itu menandakan satu lagi langkah penting GINTELL dalam menggabungkan teknologi moden bersama pendekatan penjagaan kesihatan harian.
Majlis berkenaan yang dihadiri duta GINTELL, Dato’ Seri Master Chris Leong bersama pihak pengurusan GINTELL dimeriahkan dengan persembahan tarian singa, demonstrasi produk serta sesi bertemu peminat bersama Dato’ Seri Master Chris Leong.
Beberapa pelanggan terpilih turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif dan menerima rawatan pembetulan tulang secara percuma daripada beliau menerusi pembelian kerusi urut GINTELL.
GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot diperkenalkan sebagai lebih daripada sekadar kerusi urutan biasa kerana ia menggabungkan sistem robotik AI yang mampu membaca bentuk badan pengguna dan menyesuaikan tahap regangan secara automatik menerusi 20 sensor badan serta 14 cip robotik AI pada bahagian kaki.
Teknologi ini membolehkan pengguna menikmati sesi regangan yang lebih diperibadikan, termasuk melalui fungsi Bebola Urutan Kembar Robo AI yang menjalankan urutan serentak pada bahagian atas dan bawah belakang badan bagi pengalaman penjagaan tubuh yang lebih menyeluruh.
Antara ciri utama yang diketengahkan ialah Program Latihan Fisio dengan pilihan mod seperti Cycling Mode dan PNF Stretch yang dipandu oleh AI Robot Coach Voice Guide. Sistem tersebut direka untuk membantu meningkatkan fleksibiliti, mengurangkan ketegangan otot serta menyokong pergerakan badan yang lebih baik terutama pada bahagian leher, bahu, pinggang, lutut dan buku lali.
Master Chris Leong dalam perkongsian beliau pada majlis itu berkata, perkembangan teknologi seperti AI Stretch-Robot membuka peluang baharu dalam penjagaan badan kerana pengguna kini boleh mendapatkan pengalaman regangan yang lebih sistematik dan disesuaikan mengikut struktur badan masing-masing.
Sempena pengenalan GINTELL S8 MAXX AI Stretch-Robot, pengunjung turut ditawarkan rebat istimewa sehingga RM3,000 untuk setiap pembelian pada hari pelancaran, tertakluk kepada terma dan syarat.
Dengan inovasi terbaharu ini, GINTELL terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi robotik AI dalam sektor penjagaan kesihatan dan kecergasan, selaras dengan usaha memperkenalkan penyelesaian moden bagi gaya hidup lebih aktif dan sihat.
Untuk maklumat lanjut atau pra-tempahan, pelanggan boleh menghubungi +6016-750 0998, melayari laman rasmi GINTELL atau mengunjungi showroom GINTELL terdekat. Nak lebih mudah klik sahaja DI SINI.
#GintellS8MaxxAIStretchRobot #GINTELL #CHRISLEONG #TeknologiRoboticAI #fyp









Tiada ulasan:
Catat Ulasan