Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AME2020 SALUR SUMBANGAN TERKUMPUL SMS KE TABUNG COVID-19


Melihat kepada situasi pandemk COVID-19 yang berterusan di Malaysia sehingga Perintak Kawalan Pergerakan terpaksa dilanjutkan ke 14 April, pihak produksi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) mengambil keputusan untuk menyalurkan kutipan terkumpul dari undian fasa kedua menerusi sistem pesanan ringkas atau SMS ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 yang dikendalikan oleh akhbar Sinar Harian.

Seiring dengan keputusan yang dibuat ini, kesemua kaedah talian undian fasa kedua bagi penganjuran AME 2020 juga akan ditutup secara rasmi pada 31 Mac 2020, Selasa, jam 6.00 petang.
Ini termasuklah undian menerusi kiriman SMS, mahupun di platform online melalui www.anugerahmeletopera.com.my dan di aplikasi SYOK.
Kutipan yang bakal disalurkan adalah dari undian SMS sejak pembukaan fasa kedua yang bermula pada 3 Mac lalu sehingga tarikh tutup undian pada 31 Mac ini. 
Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 akan dibuat selepas talian undian ditutup, mengikut kepada perancangan asal.
Pengumuman terkini berkenaan tarikh baharu, lokasi dan butiran lanjut mengenai penganjuran AME 2020 hanya boleh dibuat apabila situasi getir kemelut pandemik COVID-19 pada ketika ini kembali reda. 

Pihak AME2020 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengundi kerana anda telah memberi sumbangan kepada Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 melalui kiriman SMS anda.

"Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul berhubung dengan perubahan yang berlaku ini," ujar Erlina Zahidi selaku Penolong Naib Presiden Komunikasi Astro.

Apa pun, untuk sebarang informasi lanjut dan terkini mengenai AME2020 boleh layari laman webnya di www.anugerahmeletopera.com.my 

Baca artikel berkaitan di SINI dan juga di LINK INI.

Kak Fas: Marilah kita berdoa agar wabak Covid-19 ini dapat diputuskan segera sebelum Ramadan tiba.



#AME2020 #Covid-19 #TabungBantuanFrontlinersCovid19 #ASTRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan