Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WIRDORA @SWAROVSKI AKSESORI HIJAB EKSKLUSIF MAMPU MILIK


WIRDORA - satu nama yang bila disebut mengingatkan Kak Fas pada lagu ‘Widuri’ haha…

Nama ini sebenarnya cantuman daripada nama pengasasnya, Wirdalina Tauhed dan ibu mertuanya, Puan Dayang Dora.

Kini jenama Wirdora semakin dikenali sebagai pengeluar aksesori perhiasan wanita eksklusif bagi golongan hijabistar direka bertatahkan kristal Swarovski asli yang diimpot dari Austria.

Bagi Kak Fas walau pun sudah lama berhijab namun ini pertama kali diperkenalkan kepada Wirdora dan untuk itu Kak Fas harus berterima kasih kepada sahabat blogger Misz Ella yang mengundang ke majlis pelancaran ‘showroom’ Wirdora yang terletak di deretan shop lot No 1, Jalan Ampang Utama 1/1, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebaik masuk ke ‘showroom’ Kak Fas dah jatuh hati dengan produk-produk yang dipamerkan waima tentu sekali tindakan pertama yang dilakukan adalah bergambar hihi…

Walau pun lokasi ini agak terpencil namun Kak Fas percaya sesiapa yang menjadi #wirdoralovers tetap akan datang walau pun jauh. Tetapi usah risau, bagi yang jauh kita dekatkan sebab WIrdora boleh dibeli secara online malah boleh jamu mata dan membelinya secara ‘offline’ melalui gedung Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. 

Kan dekat tu kan?

Bagi Kak Fas selepas ini jika nak cari Wirdora boleh ke Bangsar Village II sebab Kak Fas sering ke Bangsar untuk membeli-belah barangan harian di salah sebuah pasaraya di sana.

Apa pun berkenalan dengan pengasasnya, Wirdalina, Kak Fas tabik melihat kegigihan ibu kepada 5 cahaya mata ini yang tetap kekal cantik dan langsing dalam usia 37 tahun. Pendekata, belau sendiri boleh mewakili Wirdora sebagai ‘duta’ tetapi itu bukan visnya.

“Saya mahu kembangkan Wirdora sebagai sebuah jenama aksesori berhijab yang setanding dengan produk hiasan lainnya apatah lagi harga kami mampu milik walaupun dihiasi Swarovski asli yang terjamin mutunya, “ ujar Wirdalina yang lebih mesra disapa Wirda ketika ditemui.

Sejak ditubuhkan pada bulan Mei 2017 bermodalkan RM200, Wirdora sudah memperoleh hasil jualan sehingga RM1.2 juta manakala untuk tempoh 2020 tahun ini, Wirdora menyasarkan penjualan mampu mencapai RM1.7 juta setelah memperkenalkan personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai ‘Face of Wirdora 2020’.

Melihat kepada lebih 50 koleksi rekaan Wirdora yang tersedia seperti pin tudung, kerongsang dan produk terbaharunya berupa cincin skaf (scarf ring), Kak Fas yakin sasaran yang dinyatakan Wirdalina yang dibantu suami tercinta, Khairool Anwar Laksamana selaku pengasas bersama merangkap pengarah syarikat Amishary Sdn Bhd dapat dicapai.

Dalam pertemuan yang berlangsung santai bersama media dan rakan bloggers lain selepas majlis perasmian butik, Kak Fas turut terpesona mendengar cerita Wirdalina ketika memulakan perniagaan.

Bayangkanlah bagaimana kedua-dua pasangan yang kerjayanya dalam bidang ‘oil and gas’ boleh pula menceburi bidang perniagaan yang jauh menyimpang daripada bidang kerjaya asal masing-masing sebagai jurutera.

“Saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah selama tiga tahun sambil menjalankan jualan secara kecil-kecilan dalam talian namun selepas suami pula terpaksa diberhentikan gara-gara kemerosotan ekonomi kami tidak mempunyai punca pendapatan bulanan tetap,” ujar Wirda.



Mendengar ceritanya, Kak Fas percaya dengan kata-kata orang bahawa setiap kejadian yang berlaku mesti ada hikmahnya. Rahmat Allah maha luas. 

Yalah, dalam bahasa umum hikmah difahami sebagai bijaksana malah di dalam Al-Quran istilah ‘hikmah’  disebut sebanyak 20 kali.

Antaranya firman Allah (QS. Al-Baqarah [2]: 269) menyebut:

Allah menganugerahkan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran.”

Bahkan seorang pendidik Islam. Hamid Fahmy Zarkasy dalam artikelnya yang berjudul “Hikmah” menjelaskan bahwa hikmah juga berkaitan dengan berpikir yang logis dan mendalam.

Sehubungan itulah Kak Fas berpendapat apa yang menimpa Wirdalina bersama suami sebagai ujian Allah.

Pada saat meniti kesusahan Allah menganugerahkan  Wirdalina ilham dan kreativiti untuk mencari ruang menjana pendapatan. Itulah hikmahnya!

Dari berniaga secara kecil-kecilan menjual tudung kanak-kanak pada harga RM45, Wirdalina turut memberikan pin tudung bernilai RM10 yang dibuat sendiri secara percuma.

Tanpa disangka permintaan untuk tudung pin mengatasi jualan tudung kanak-kanak yang diusahakan waima tanpa diduga mampu menjana pendapatan sebanyak RM30,000 pada bulan pertama seterusnya  mencecah RM1 juta  dalam masa setahun.

Pendekkan cerita, dari bisnes yang dimulakan dari rumah, Wirdalina kini sudah mempunyai 8 orang staf dan  sebuah ‘showroom’ sebagai bukti kejayaannya setelah tiga tahun bekerja keras.

Apatah lagi kemunculannya di London sebanyak dua kali bagi menyertai misi perdagangan bersama MATRADE serta Minggu Fesyen London membuatkan jenama Wirdora sudah menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami bekerjasama dengan sebuah platform e-dagang di London dalam penjualan aksesori hijab Wirdora melalui modestrove.com," tambah Wirda sambil memberitahu produknya sudah pun dipasarkan  di Singapura, Indonesia dan Brunei.

Untuk pengetahuan anda, Wirdora menawarkan dua ketagori dalam koleksinya iaitu siri ‘luxe’ dan ‘standard’ yang dijual pada harga serendah RM10 hingga RM448 9 (bagi butang baju Melayu).



Siri luxe diperbuat dengan sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated berserta pin stainless  malah setiap barangannya dijamin berkualiti, tahan karat, hypo allergenic dan anti tarnish.
“Produk-produk Wirdora juga menjalani ujian QC yang sangat ketat seperti ujian anti falls dan ujian ketajaman (pin). Bagi aksesori Wirdora yang di dalam kategori luxe, ia didatangkan dengan jaminan warranty selama setahun dan after-sale service,”  tambah Wirda.

Merancang pasaran yang lebih meluas, menurut Khairool, syarikat mempunyai pelan pembangunan untuk menambah penjual yang tersedia iaitu 150 reseller dan 3 orang ejen malah turut mempunyai 2 penjual di Jakarta, Indonesia.

“Mereka boleh menjadi ejen dengan minima RM500 di mana kami akan memberi produk bernilai RM670 untuk mereka memulakan perniagaan yang boleh memperoleh antara 20% hingga 40% keuntungan, “ tambah Khairool sambil memberitahu akan memperluaskan produk kepada golongan wanita tidak berhijab.

“Kami percaya dengan produk terbaharu yang kami keluarkan contohnya skaf ring ia bukan sahaja boleh digunakan oleh wanita berhijab tetapi golongan lain contohnya kaum India boleh menggunakan pin atau brooch untuk sari mereka mahu pun sebagai sekadar cincin sahaja,” ulas Khairool sambil mendapat anggukkan daripada isteri tercinta.

Jadi bagi korang yang berminat nak menjadi ejen jualan boleh berhubung dengan Wirdalina di talian 019 274 1897 manakala yang mahu membeli produk boleh terus ke showroom ‘Wirdana’ atau melalui belian online di laman web Wirdora di https://www.wirdora.com atau laman web fashion valet  melalui https://www.fashionvalet.com mahu pun melihatnya dari laman Instagram @wridorahq.



Sementara itu, sebagai ‘Face of Wirdora 2020’, bagi tempoh enam bulan terlebih dahulu,  Hawa Rizwana yakin dapat melunaskan tanggungjawabnya sebagai wajah Wirdora melalui penampilannya sendiri yang berhijab.

“Saya memang minat dengan styling hijab jadi dengan adanya produk Wirdora ini akan menambahkan cara bergaya saya selepas ini malah keluarga saya pun dah lama menggunakan Wirdora. Dari merekalah saya mengenali Wirdora,” Hawa mengahkiri sesi soal jawab bersama media.


Kak Fas: Tunggu produk terbaharu koleksi Raya dari Wirdora... ada gelang kristal swrovski tau. Tahniah Wirdalina dan suami.





14 ulasan:

  1. Suka betul dengan design dia, cantik semuanya..pin tudung tu haaa Sis berkenan..pakai raya atau gi event mesti terserlah cantik dan sinarnya kann...

    BalasPadam
  2. Cincin scarf widora cantik2 la. Nak beli la. Sebab selalu pakai tudung bawal mesti cantik bergaya kan

    BalasPadam
  3. saya suka dengan koleksi wirdora..cantik dan sangat esklusif heheh

    BalasPadam
  4. cantik sungguh design2 dia kan kak fas... teringin nak shopping raya awal plak tgk brooch dgn pin tudung dia...hihih

    BalasPadam
  5. Cantik design butanb baju melayu dan cufflink dia. Orang kita tak kisah sangat harga jika kualiti dan hiasannya cantik dan menarik hati kan

    BalasPadam
  6. Tergoda I tengok semua cantik cantik dan cute cute. Boleh la shopping raya nanti.

    BalasPadam
  7. cantik designnya.. saya akan share kepada kawan2 saya...

    BalasPadam
  8. Memng kagum dengan semangat pengasas Wirdora ni, tak mengenal erti jemu untuk sebuah kejayaan. Dari modal sedikit now dah boleh tarik nafas lega dan design dah sampai luar negara lagi. Memang design dia cantik2, ingat nak beli lagi...hehehe

    BalasPadam
  9. pernah beli sebiji. a bit pricy tpi memang worth it la. kena jaga betul2 kan.

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing~although I will not be using all these anytime soon! But good luck in their business

    BalasPadam
  11. cantik2 designnya. bolehlah nnti saya beli dan hadiahkan pada orang tersayang

    BalasPadam
  12. Suka tengok semua design koleksi wirdora ni. Cantik cantik dan eksklusif sangat. Nanti nak usha pin tudung dan scarf ring wirdora ni. Boleh dipakai masa raya nanti.

    BalasPadam
  13. Tahniah wirdora. Cantik2 brooch swarovski. Harga pun xdelah mahal sangat. Nampak eksklusif pulak tu. Bergaya kalau pakai wirdora ni.

    BalasPadam
  14. pertama kali dengar berkenaan jenama WIRDORA ni. Tak sangka ya ada brand AKSESORI HIJAB EKSKLUSIF macam ni di Malaysia.

    BalasPadam