Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'DUKUN' KEMBALI MENGHANTUI PENONTON ASTRO RIA 26 MAC ESOK


Siapa ketinggalan tonton filemdrama seram 'thriller Malaysia 2018 arahan Dain Iskandar Said yang meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik Anugerah Skrin 2018 sekali gus menobatkan pelakon utamanya, Umie Aida sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Umie turut memenangi kategori sama dalam Festival Filem Malaysia ke 30 tahun lalu walau pun pengarahnya hanya memenangi Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2018 sahaja tetapi tidak berjaya pada FFM30.

Memetik laporan  dari Wikepedia:
"Berdasarkan secara longgar dari kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 80-an. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi pada 2018, LPF menarik balik pengharaman filem ini dan telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 5 April 2018.
Filem ini mendapat perhatian 12 tahun kemudian selepas salinan filem ini bocor dalam talian dan dipantau oleh FINAS, polis dan Astro Shaw. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Dukun sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018."
Itu serba ringkas mengnai latar belakang filem ini. Kak Fas sebenarnya tidak berapa suka menonton filem 'thriller' apatah lagi yang melibatkan tikaman, darah dan seumpama, jadi Kak Fas tidak menontonnya di pawagamn huhu.
Tetapi jika ada yang rasa rugi pula tak tonton, jangan gusar kerana pada 26 Mac 2020 iaitu ESOK, 'Dukun' bakal ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD.


'Dukun' merupakan salah satu daripada senarai 9 buah koleksi karya filem tempatan pecah panggung dan terhebat  pilihan Astro dalam menyahut saranan Kerajaan yang menyeru rakyat untuk mematuhi arahan PKP agar duduk di rumah.
Melalui salurannya Astro Ria, Astro komited dalam membawakan variasi program hiburan berkualiti tinggi untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang sedang dilaksanakan pada ketika ini. 
Bermula 23 Mac hingga 2 April 2020, barisan filem tempatan menarik bakal mengisi slot khas jam 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kesemua filem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Sempena musim cuti sekolah ini juga, Astro Ria turut memberi bonus dengan membawakan filem animasi tempatan terlaris yang berjaya melakar sejarah tahun lalu, ‘Boboiboy Movie 2’ (BBBM2) pada hari Jumaat, 27 Mac ini jam 9.00 malam.

Filem animasi ‘BBBM2’ ini juga akan turut disiarkan secara serentak di lima buah saluran iaitu Astro Ria (104), Ria HD (123), Astro Ceria (611), Ceria HD (631) dan termasuklah siaran dalam format resolusi kualiti 4K UHD di saluran 780.

Berikut adalah senarai penuh koleksi filem tempatan yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD sepanjang tempoh PKP ini:


  • Isnin, 23 Mac 2020 | Misteri Dilaila
  • Selasa, 24 Mac 2020 | Kami Histeria
  • Rabu, 25 Mac 2020 | Penanggal
  • Khamis, 26 Mac 2020 | Dukun
  • Jumaat, 27 Mac 2020 | Boboiboy The Movie 2
  • Isnin, 30 Mac 2020 | Manisnya Cinta Di Cappadocia
  • Selasa, 31 Mac 2020 | Ombak Rindu
  • Rabu, 1 April 2020 | Suamiku Encik Perfect 10!
  • Khamis, 2 April 2020 | Kimchi Untuk Awak

Bagi memberi lebih pilihan tambah nilai, para pelanggan juga boleh menikmati akses penuh kesemua koleksi filem tempatan pelbagai genre pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan on demand tanpa sebarang caj tambahan.

Antara filem-filem  menarik yang tersenarai termasuklah Manisnya Cinta Di Cappadocia, Polis Evo, The Journey, Ola Bola, You Mean The World To Me (Hai Ki Sin Lor), Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bikers Kental, Penanggal, Suamiku, Encik Perfect 10!, Kimchi Untuk Awak, Abang Long Fadil 2, Tombiruo, Busker, Ombak Rindu, KL Menjerit, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 2, Cun, Spicy Killers (Claypot Curry Killers), Kami Histeria, Dukun, Misteri Dilaila V1 & V2, Boboiboy Movie 2 serta banyak lagi.

Terus berhibur bersama Astro, kekal tenang, duduk diam di rumah dan jangan keluar!


Kak Fas: Nak beranikan diri tonton 'Dukun' jugalah esok walau pun terpaksa tutup mata pada babak-babak tertentu huhu.DUKU

#AstroRia #ASTRO #Dukun #BoboiboyTheMovie2 #AstroGo #OmbakRindu


1 ulasan:

  1. Layan movie je dalam tempoh PKP ni. At least boleh hilang bosan sikit kan :)
    Selamat menonton. Cerita dukun ni dah tengok. Nak tengok lagi macam kurang suspen dah. hihi

    BalasPadam