Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CIPTA MAINAN DIGITAL 2D, PELAJAR PELUANG MENANGI HADIAH

Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPN) agar sesi pembelajaran diteruskan melalui saluran pendidikan televisyen, ASTRO mengambil langkah proaktif memperkenalkan slot istimewa, ‘Kuiz Pantas TTV’ menerusi rangkaian saluran pendidikan Astro Tutor TV bagi mata pelajaran peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. 

Bertujuan menggalakkan pelajar membuat rujukan di rumah agar tidak tertinggal silibus pembelajaran, siaran ‘Kuiz Pantas TTV’ yang berkonsepkan soalan cepumas akan mula bersiaran pada hari Sabtu, 11 April hingga 18 April 2020 ini.

Setiap episod yang berdurasi 15 minit akan dibahagikan kepada 3 segmen iaitu pembelajaran, latihan dan kuiz.

Bagi segmen kuiz, para pelajar perlu memuat naik video jawapan mereka ke laman media sosial sendiri dengan tanda pagar #KuizPantasTTV agar jawapan itu boleh dinilai oleh guru profesional. 

Dalam jangka masa dua jam, pelajar boleh menyemak semula jawapan kuiz yang diberikan sebelum itu menerusi saluran Astro Tutor TV.

Mengumumkan program pendidikan terbaharu ituNaib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata :

“Elemen interaktif yang hadir dengan gabungan penggunaan pembelajaran secara linear melalui televisyen dan juga dalam talian melalui media sosial ini selari dengan kajian KPM yang mendapati bahawa hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. “

Wow! Hebatkan pelajar-pelajar sekarang, dah ada telefon pintar dalam tangan. Sudah tentu ia diberikan oleh ibu bapa yang sentiasa mahu berhubung dengan anak masing-masing apabila memerlukan ya tak?

“Kami melihat ini sebagai peluang terbaik bagi para pelajar yang menyertai kuiz ini dengan tanda pagar #KuizPantasTTV untuk menggunakan ruangan media sosial mereka dengan lebih produktif sepanjang Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP),” tambah Putri Yasmin dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kadar tumpuan para pelajar di rumah amat berbeza jika dibandingkan dengan di sekolah. Kerana itu, tambahnya, hanya 15 minit diperuntukkan untuk 3 segmen pada program berkenaan.

“Ia mencukupi untuk sesi pembelajaran yang cepat dan kompak malah dengan pelbagai lagi kandungan pendidikan yang sedia ada di televisyen serta aplikasi Astro GO dan on Demand kami, Astro percaya ‘Kuiz Pantas TTV’ ini boleh meningkatkan lagi prestasi para pelajar dan membantu mereka ‘skor’ dalam peperiksaan kelak,” harapan Putri Yasmin.

Untuk pengetahuan, sejak permulaan PKP, rangkaian saluran pendidikan Astro boleh diakses secara percuma di saluran Astro Tutor TV UPSR (601), PT3 (602) dan SPM (603), dan secara strim di aplikasi Astro GO dan on demand

Saluran pendidikan Astro juga boleh disaksikan melalui servis NJOI secara percuma. 

“Ini adalah usaha Astro untuk sentiasa sedia berkhidmat sebagai peneraju kandungan yang menghiburkan lagi bermanfaat bagi rakyat Malaysia ketika PKP ini,” tambahnya.


Sehubungan itu juga, Astro melancarkan ‘Coding di Rumah’, satu inisiatif bahagian Pendidikan Digital Astro bagi mengetengahkan kepentingan mempelajari asas-asas pengekodan dalam kehidupan seharian. 

Bermula 9 hingga 30 April 2020, anak-anak berpeluang untuk mencipta permainan digital 2D sendiri di rumah menggunakan platform percuma, Scratch.

Mereka boleh mengakses video tutorial dan melihat pelbagai contoh permainan digital  melalui laman sesawang rasmi pengekodan Astro, dekoded.astroceria.com.my

“Pengekodan dapat meningkatkan daya kreativiti anak-anak dan memberi perspektif baharu dalam penyelesaian masalah. Pengekodan juga boleh dilihat sebagai pembuka langkah kepada pelbagai peluang bagi anak-anak dewasa kelak, misalnya pemilihan pekerjaan yang fleksibel kerana permintaan untuk pekerjaan yang berkaitan dengan pengekodan kekal kukuh dan bakal meluas pada masa akan datang,” ujar Yasmin.

Bagaimana cara mengendalikan  ‘Coding di Rumah’?:

* Mulai 9 hingga 30 April 2020, anak-anak akan diberikan 3 cabaran untuk mencipta permainan digital 2D melalui platform Scratch yang boleh diakses secara percuma di laman sesawang scratch.mit.edu.
* Anak-anak boleh menggunakan tanda pagar #AstroCodingDiRumah dan mengkongsikan gambar mereka yang sedang mencipta permainan digital 2D di rumah kepada laman media sosial masing-masing.
* Setiap peserta yang berjaya melengkapkan kesemua cabaran menunjukkan tahap kreativiti yang tinggi dalam ciptaan permainan digital 2D akan menerima hadiah istimewa sumbangan ASTRO.

Jadi tunggu apa lagi, sesiapa yang rasa dirinya berbakat dalam mencipta permainan digital 2D bolehlah menyertai peraduan ini sekali gus mengisi masa lapang masing-masing dalam tempoh PKP ini.

Pun begitu, bagi yang meminati untuk mengikuti siaran 'Kuiz Pantas TTV boleh melihat jadual berikut ini:



Pendekata, bagi para pelajar semua khususnya yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini eloklah mengikuti saluran pendidikan Astro Tutor TV ni ya! 

#ASTRO #CodingDiRumah #KuizPantasTTV #Scratch #AstroTutorTV

Tiada ulasan: