Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSI 'TUN FATIMAH' DI MELAKA 20-21 OKT.. MACAM MANA MAYA LANGSING?


Sudah lama rasamya Kak Fas tidak bertemu dengan Pelakon Wanita Terbaik sebanyak 8 kali dalam 7 pertandingan anugerah berlainan termasuk dua daripada luar negara dan dua pada Festival Filem Malaysia 21 dan FFM26 iatu Maya Karin.

Pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke ini tetap kelihatan cantik, bergaya dam awet muda dalam usia 38 tahun.

Malah semasa zaman remajanya seingat Kak Fas, Maya Karin lebih nampak 'chubby' berbanding sekarang  di mana setelah berumah tangga tetapi gagal dalam perkahwinannya, Maya tetap maintain cantik malah lebih 'langsing'.
.
Apa kah rahsianya?

Itulah persoalan pertama ketika Kak Fas bertemu Maya pada sidang akhbar mengumumkan penglibatannya dalam teater 'Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka' di Istana Budaya baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Maya muncul dalam sepersalinan baju tradisional kebaya songket lengkap tiara di atas kepala dengan rambut disisir rapi persis seorang permaisuri.

Dan permaisuri itu adalah Tun Fatimah....,, Ya,  Maya Karin adalah TUN FATIMAH...

Siapa Tun Fatimah?

Kak Fas rasa jika ko orang ingat sejarah mahu pun pernah menonton filem klasik Melayu terbitan Singapura pada tahun 1962, 'Tun Fatimah' lakonan Maria Menado arahan Allahyarham Salleh Ghani.... sudah tentu ingat kisahnya...

Kisah yang amat menyedihkan di mana akibat fitnah kesemua keluarga Tun Fatimah dibunuh atas titah perintah Sultan Mahmud. Setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud, Tun Fatimah merupakan Permaisuri Johor pertama yang mendapat gelaran Permaisuri Tun Kudu....

Jadi kalau nak imbas kembali kisah Tun Fatimah sebaiknya ko orang tempah tiket cepat-cepat kerana teater 'Tun Fatimah' akan dipentaskan di Panggung  Bangsawan Melaka (PBM) yang merupakan Pangung Cathay Lama, pada 20 Oktober dan 21 Oktober ini.

Bersama Maya barisan pelakon lain yang terlibat hebat-hebat belaka antaranya seperti Remy Ishak, Ashraf Muslim dan Isma Halil Hamzah.

Majlis sidang media memperkenalkan barisan pelakon tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Rim, Jasin, Melaka, Datuk Wira Ghazale Muhamad (sebelah Remy Ishak).





Nak tahu harga tiket? Sebentar lagi ya... Kak Fas tulis... 

Terlebih dahulu biar Kak Fas jawab persoalan pertama tadi ya... iaitu apa rahsia Maya Karin maintain langsing gitu?

"Saya banyak memakan sayur-sayuran serta ulam-ulaman daripada daging mahu pun ayam," jawab Maya senyum.

Menurut Maya sudah lama dia tidak menyentuh daging mahu pun ayam tetapi suka makan sayuran dan ulam-ulaman yang ditanam oleh ibunya di rumah mereka di Sungei Penchala.

"Emak tanam pelbagai jenis sayuran dan ulaman di belakang rumah jadi apabila nak makan sayur kami cuma petik dari tanaman dan jarang sangat membeli sayur di kedai... sayur yang ditanam sendiri lebih organik tanpa sebarang bahan campuran jadi saya rasa lebih selamat dan sihat," jelas Maya.

Walau pun berdarah kacukan German, Melayu, Cina dan India... Maya jelas anak Melayu yang suka dengan suasana berkampung malah ketebalan darah Melayunya mahu terus dimantapkan lagi melalui watak-watak yang dilakonan melalui filem mahu pun drama.



"Antara salah satu sebab saya terima tawaran daripada abang Jo (panggilan mesra Datuk Juhari) adalah kerana watak Tun Fatimah itu sendiri adalah seorang wanita serikandi Melayu sejati,' akui Maya.

Ternyata walau pun paras rupanya berwajah Pan Asian namun Maya mahu peminat melihatnya sebagai seorang wanita Melayu tulen. Tidak hairan kenapa sebelum ini pun Maya sanggup memegang watak 'Natrah' dalam teater bertajuk sama.

Khabarnya, tawaran berlakon 'Tun Fatimah' datang bergolek pada Maya tanpa diduga.
Kebetulan Maya melawat Istana Budaya untuk bertanya khabar dan bertemu dengan Abang Jo.

Ketika itu, abang Jo memang sedang mencari-cari siapa yang mahu ditawarkan peranan Tun Fatimah dan apabila Maya muncul terus lamaran disuarakan.

"Dan alhamdullillah Maya terima...." kenang Abang Jo menceritakan detik pertemuan tanpa dirancang bersama Maya.

Itulah kata orang rezeki ya....  Maya pun memang suka dengan cabaran melakonkan watak Tun Fatimah... seorang srikandi wanita Melayu... anakanda perempuan kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir

Dalam pada itu ... nak tahu siapa Sultan Mahmud?

Ya... siapa lagi jika bukan pelakon kacak.. Remy Ishak...

Bagi Remy katanya,"Saya adalah anak Melaka  dan inilah sumbangan saya kepada negeri kelahiran saya itu."

Selain itu katanya...belliau bersetuju sebab sudah lama tidak berkolobrasi dengan Maya Karin bahkan sanggup menolak beberapa tawaran demi menjayaka teater Tun Fatimah.

Remy yang memegang watak Sultan Melaka Sultan Mahmud bertindak membunuh keluarga serta suami Tun Fatimah, Tun Ali lakonan Ashraf Muslim.

Ashraf  yang turut hadir merupakan satu-satunya pelakon yang tidak berpakain dalam karakter bahkan muncul santai sahaja dengan sebelah telinganya berbalut.

Barangkali kerana itulah Ashraf tidak mahu bergaya dalam kostum seperti Maya dan Remy... ok dimaafkanlah hihi..tetapi kenapa telingannya berbalut ya?

Kata Muhd Ashraf Muslim, beliau  baharu sahaja menjalani pembedahan kecil pada bahagian cuping telinga kirinya sehari sebelum sidang media...bagi membuang lebihan cecair di dalam cuping telinga  yang disebut 'seroma'.

Dah lebih sebulan khabarnya Ashraf menghidap penyakit tersebut jadi  terpaksa menjalani pembedahan kecil agar tidak melarat waima merosakkan tulang rawan.

Semoga Ashraf cepat sembuh untuk menumpukan perhatian pada latihan yang khabarnya kata Maya....cuma akan memakan masa 10 hari sahaja.

Apa pun Kak Fas rasa tak sabar juga mahu melihat teater Tun Fatimah arahan Lokman Ghani ini di Melaka. Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang harus menempah tiket kerana pementasan hanya berlangsung dua malam sahaja.

Pada malam pertama, 20 Oktober,  teater anjuran Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Istana Budaya dan Briged Seni Melaka dikhaskan untuk VIP dan pihak korporat dengan tiket-tiket dijual pada harga RM150, RM100 manakala  RM80 dan RM50 pada malam kedua terbuka untuk umum.

Semua tiket boleh didapati di Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka atau menghubungi talian 06-2346617 / 012-3670281 (Fuzah) / 016-6009282 (Jaja).

Memandangkan tempat terhad tentulah siapa cepat dia dapat kan... jadi mula lah dial nombor yang Kak Fas catatkan tu ya... Moh kita ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan tonton teater warisan sejarah kita!

Sebelum itu layan dulu lah gambo sikit ya....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan