Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TONTON 'SUPER SPONTAN' SAMBIL MENANGI HADIAH MENARIK MULAI 8 SEPT.


Sudah lama rasanya Kak Fas tidak menonton program lawak jenaka keluaran Astro.

Maklumlah kan Kak Fas pernah tulis dalam blog ini yang Kak Fas kecurian tv dengan dekoder Astro sekali dibawa pergi pencuri laknat di Taiping dan sejak akhir bulan Jun lalu Kak Fas dah dapat balik menyaksikan siaran Astro... terima kasih kepada CEO Astro, Dato Rohana yang prihatin dengan penulisan Kak Fas berhubung hal itu.

Jika nak imbas kembali  boleh la layari LINK ini ya...

Jadi mulai 8 September ini, bolehlah Kak Fas menonton pelbagai aksi lawak spontan oleh 16 orang ‘gengster & mafia’ yang juga merupakan pelawak serta selebriti terkenal tanah air menerusi program ‘Super Spontan Superstar 2017’. 

Ya...program realiti lawak spontan ini akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang pada setiap Jumaat, bermula 8 September, jam 10.00 malam selama 8 minggu berturut-turut.

Pertemuan kesemua ‘gengster & mafia’ tersebut boleh disaksikan di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan di platform digital iaitu menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’

Bagi siaran minggu pertama, penonton juga boleh menonton di Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135) dan laman sesawang Portal Rasmi, ‘Gempak’ (www.gempak.com).

Mengulas tentang penganjuran Super Spontan Superstar 2017, Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro berkata:

Bersesuaian dengan nama program, kami menampilkan barisan pemain yang cukup dikenali dan diminati oleh penggemar hiburan komedi di Malaysia. Mereka ini merupakan ‘Superstar’ dan berada dalam liga yang tersendiri. Di atas permintaan peminat, kami sekali lagi membawakan beberapa pelawak kegemaran ramai seperti Achey, Fad, Syuk, Rahim, Shahrol, Shuib, Atu, Ozlynn, Zulin dan ramai lagi. Persaingan dilihat akan menjadi lebih sengit oleh kerana nama-nama yang hadir pada kali ini.

"Istimewanya lagi musim ini, buat julung kalinya kami membawa masuk dua orang pelawak solo yang semakin melonjak naik populariti mereka iaitu Danial dan Fikry yang masing-masing merupakan pemenang pertama dan ketiga bagi program komedi ‘Lawak Solo’. Selesa beraksi secara solo di atas pentas komedi sebelum ini, kita semua sedia maklum bahawa mereka berdua mempunyai kelebihan untuk menghiburkan penonton secara sendirian. Namun begitu, pentas ‘Super Spontan Superstar 2017’ ini bakal memberikan cabaran kerana memerlukan mereka beraksi secara berkumpulan. Selepas menjalani beberapa peringkat saringan, kami yakin Danial dan Fikry mampu menggalas tanggungjawab selaku pemain dengan baik sekali."

Raqim percaya kehadiran mereka berdua ke dalam keluarga besar Super Spontan akan membuatkan program ini bertambah meriah dan lucu. Lagi pula, ini merupakan kali pertama mereka terlibat dalam program permainan lawak spontan. Pastinya aksi mereka bersama-sama pelawak lain ditunggu-tunggu oleh peminat mereka dan juga peminat tegar program ini.

"Selain itu, kami masih mengekalkan format permainan kerana penonton sudah arif dengan format dan permainan yang dimainkan dalam program ini. Antaranya adalah pemberian kad imuniti yang mula diperkenalkan pada musim lalu. Kad imuniti akan diberikan kepada seorang pemain pilihan penonton untuk menjadikan pemain tersebut kebal daripada penyingkiran. Walaubagaimanapun, untuk meningkatkan rasa keterujaan, kami tidak akan mendedahkan pada minggu ke berapa kad imuniti tersebut bakal diberikan kepada pemain. Mereka perlu tampilkan persembahan terbaik dari minggu ke minggu demi memastikan kad imuniti itu bakal menjadi milik mereka”, tambah Raqim.


Bagi penganjuran musim ini, kesemua pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ diketuai oleh Achey dan turut dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Kumpulan yang kedua pula iaitu kumpulan ‘King Musang’ juga terdiri daripada barisan pemain yang bukan calang-calang. Diketuai oleh Shuib, ‘King Musang’ dianggotai oleh Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Seperti penganjuran musim-musim sudah, Super Spontan Superstar 2017 masih meneruskan konsep ‘berhibur sambil beramal’ apabila pada setiap episod, juara mingguan akan mendermakan sejumlah RM5,000.00 kepada badan-badan kebajikan terpilih.

Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000.00 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000.00 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000.00 dan trofi. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan pula akan mendapat wang sagu hati bernilai RM5,000.00 setiap seorang.

Daripada segi pemarkahan pula, program ini memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk penentuan pemenang mingguan samada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ atau ‘King Musang’ menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). 

Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkirkan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya. Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi pada 8 September 2017, Jumaat pada jam 10.00 malam.

Pengemudi program iaitu tugasan ‘Pengacara’ sekali lagi akan digalas oleh personaliti yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, Dato’ AC Mizal. Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangatkan suasana permainan.

 Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Selain itu, slot istimewa program ramalan ‘Super Spontan 9:30’ akan turut bersiaran secara langsung bukan sahaja di saluran Astro Warna dan Warna HD tetapi juga di laman Facebook Zon Lawak (www.facebook.com/PortalZonLawak), 30 minit sebelum pentas utama Super Spontan Superstar 2017 dibuka. 

Program yang dikendalikan oleh Ali Puteh ini akan mengundang beberapa selebriti untuk berbicara secara santai mengenai persembahan kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ dan ‘King Musang’ pada minggu sebelumnya serta membuat ramalan kumpulan mana yang akan memenangi permainan pada minggu tersebut.

Bagi menghargai sokongan padu penonton setia program ini, Astro Circle telah menyediakan pelbagai hadiah menarik buat penonton seperti GoPro Hero 5 Session, Iphone 7 32GB, Sambung 40’ Full HD flat TV, iPad mini 4 128GB, Oppo R9s Gold, Playstation 4 slim 500GB, pakej pelancongan dan macam-macam lagi. Kesemua hadiah ini boleh dimenangi dengan menjawab beberapa soalan mudah yang akan diberikan pada setiap penghujung program.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan