Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM29) SEKALI LAGI BERUBAH KONSEP

PIX Kredit IG Jason Chong

Kak Fas antara pengikut setia Festival Filem Malaysia malah pernah menganggotai jawatankuasa utama penganjurannya beberapa kali ketika bertindak sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Wartawan Filem Malaysia (PWFM) sewaktu dianjurkan GAFIM dengan kerjasama FINAS.
BERSAMA teman blogger, Cyrill Hassan.

Sepanjang tempoh itu sehinggalah tidak lagi terlibat dalam penganjurannya Kak Fas sentiasa mengikuti perkembangan FFM. Dan sampai sekarang Kak Fas rasa penganjuran FFM yang terbaik adalah ketika ia dianjurkan oleh Kerajaan Sabah. Teratur, menarik dan best!

Kini sudah 29 kali ia dianjutkan da tidak dinafikan setiap kali juga ada sahaja kontroversi mahu pun perubahan yang berlaku samada menukar desain trofi, nama anugerah dan yang sewaktu dengannya.

Jika tahun lalu timbul kontroversi berkaitan kategori filem kebangsaan dan filem asing ... tahun ini pada FFM29 tiada lagi pengasingan dengan pemansuhan Filem Terbaik Kebangsaan dan Filem Terbaik Malaysia.

Yang ada cuma satu - Filem Terbaik FFM29... kira kembali asal lah tetapi bukan hanya tertumpu pada filem Melayu sahaja bahkan turut disertai filem bahasa Inggeris Cina dan India yang tergolong sebaga filem tempatan, sesuai dengan tema festival 'Transformasi Citra Karya',

Atas hakikat itu, buat pertama kalinya juga sebuah filem di tangan pengarah Cina, Eric Ong, "Adiwiraku" merangkul anugerah utama pencalonan mengalahkan 'Redha', 'Interchange', 'Hanyut' dan  Desolasi.

Berdasarkan kisah benar  mengenai 35 pelajar Sekolah Menengah Pinang Tunggal, Kedah itu  tidak hairan jika ia turut memenangi anugerah Cerita Asal Terbaik oleh Jason Chong malah pelakon utamanya Sangeeta Krishnasamy turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.


Sebenarnya, baru Kak Fas ingat bagaimana rakan-rakan media dan blogger memberikan komen positif mengenai "Adiwiraku"... ramai yang puji kata filem ini bagus walau pun dibintangi mereka yang bukan terkenal dalam dunia perfileman.... maklumlah antara pelakonnya pelajar-pelajar sekolah itu sendiri,

Tetapi malangnya Kak Fas tidak berkesempatan hadir pada prebiu filem tersebut jadi 'miss' lah ... dan sekarang ni bila dinobatkan Filem Terbaik.. Kak Fas nak carilah dan tonton filem ini untuk melihat di mana kriteria dan nilai pihak juri sehingga menjuarai anugerah utama FFM29 kali ini.

Kak Fas turut tidak berpeluang menonton empat filem saingannya iaitu Hanyut, Desolasi, Redha mahu pun Interchange, Cuma Kak Fas sangka Hanyut  arahan U Wei mampu menang tetapi sangkaan Kak Fas meleset.

"Hanyut' sekadar mampu meraih dua anugerah yang menobatkan pelakon wanitanya, Diana Danielle sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik serta Daniel untuk Penataan Bunyi Terbaik.

Sebenarnya, Kak Fas sangka kemenangan besar juga boleh diraihkan oleh 'J Revolusi' tetapi filem ini hanya mampu memenangi kategori Penyunting Terbaik oleh Nazim Shah. Memang tepat kemenangan ini kerana suntingannya memang cantik dengan aksi filem tersebut.




Apa pun kemenangan Namron meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sesuatu yang ramai mahukan sebenarnya sebab aktor ini selalu memberikan lakonan mantap dalam setiap watak yang diberikan
.
Setelah 10 tahun dicalonkan dalam kategori sama kata Namron, inilah pertama kali beliau berjaya melalui filem 'Redha" yang turut memberi kemenangan kepada isterinya, June Lojong sebagai Pelakon Wanita Harapan. Pengarahnya, Tunku Mona Riza turut memenagi anugerah Pengarah Harapan manakala pelakon kanak-kanak Harith Haziq berjaya merangkul anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.




FFM29 menyaksikan 53 filem cereka membabitkan 41 filem Melayu, enam filem Mandarin, lima Tamil dan sebuah filem berbahasa Inggeris bagi merebut 24 anugerah yang dipertandingkan,

Dihoskan oleh Zizan Razak bersama tiga 'dayang' nya mewakili tiga bangsa - Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja Ananthan dihadiri Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib dan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob (pix, bawah)

Pengisian acara hiburan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh ibu dan anak -Salamiah Hassan, Atilia serta artis jemputan lain seperti Dualiti, Ameerais, Fina Jebat, Mirwana, UNIC, dan Shiha Zikir.




'
Berikut ini senarai 24 pemenang FFM29


1. Filem Terbaik : Adiwiraku
2. Pengarah Terbaik : Dain Said - Interchange
3. Pelakon Lelaki Terbaik : Nam Ron - Redha
4. Pelakon Wanita Terbaik : Sangeetha Krishnasamy - Adiwiraku
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam - Interchange
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Diana Danielle - Hanyut
7.  Pelakon Lelaki Harapan : John Tan - You Mean The World To Me
8. Pelakon Wanita Harapan  : June Lojong - Redha
9. Pengarah Harapan : Tunku Mona Riza - Redha
10. Lakon Layar Terbaik : Saw Teong Hin - You Mean The World To Me


11. Cerita Asal Terbaik :  Jason Chong - Adiwiraku
12. Pelakon Kanak Kanak Terbaik : Harith Haziq - Redha
13. Sinematografi Terbaik : Jordan Chiam - Interchange
14. Penyunting Terbaik : Nazim Shah - J Revolusi
15. Filem Box Office : Abang Long Fadhil 2
16. Karyawan Sepanjang Zaman : Datuk Yusof Haslam
17. Anugerah Khas Juri 1 : Desolasi
18. Anugerah Khas Juri 2 : Shuttle Life
19. Anugerah Khas Juri 3 : Pekak
20. Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim
21. Penataan Bunyi Terbaik: Daniel - Hanyut
22. Penataan Seni terbaik: Zaharah Nakibullah - Interchange
23. Rekaan Kostum Terbaik: Akma Suryati Awang - Hanyut
24. Skor Muzik Terbaik: Koon Wei Gee - You Mean The World To Me



Trivia:

Datuk Hans Isaac  mahu pun Datuk Eizlan Yusof kecewa dengan gurauan Zizan Razak yang kononnya mempersendakan gelaran Datuk yang diterima apabila Zizan menyebut 'beli?' Kononnya dia bermaksud kostum yang dipakai... dan anggapan ini disokong apabila Zizan sendiri berkata apa yang dicakap sering disalah tafsirkan.

Memanglah jika ditafsirkan dari sudut negatif mungkin ada yang terasa tetapi Kak Fas percaya kata-kata Zizan itu ditujukan kepada mereka yang selalu beranggapan gelaran 'Datuk' yang mudah sangat diterima oleh para artis di 'beli'. Itulah yang menjadi fenomena sekarang memandangkan gelaran Datuk diterima kalangan artis sudah berlambak....

Rasanya tak salah teguran atau gurauan Zizan itu terutama untuk mereka yang suka mengata dan bergosip ya tak... Barangkali tujuanna mahu sindir penggosip tu lah tetapi diterima negatif oleh Hans mahu pun Eizlan. Tak perlulah melatah seolah makan cili terasa pedas....Wallahuallam!




Pada malam FFM29 ini juga Kak Fas bertemu dengan teman yang kini sudah menjadi artis - Josiah Hogan.
Teringat waktu membawa Josiah mengikuti Kak Fas ke majlis gara-gara mahu memperkenalkannya kepada produser-produser filem tempatan dan Alhamdullilah Josiah sudah pun berjaya mencapai impiannya menjadi selebriti Malaysia.

Artis kelahran Texas, Amerika Syarikat ini sudah pun menetap di Malaysia dan mempunyai isteri serta tiga orang anak tersayang. Nyaris2 tak jadi Managernya haha...

Manakala Wak Doyok, Kak Fas bergambar dengannya kerana suami minat dengan gayanya ... so sahaja la nak tunjuk Che Abang kita tu yang Kak Fas dah bertemu dengan Wak Doyok huhu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan