Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SENTUHAN SOFIA IMAN SERIKAN SUASANA RAYA SURIA KLCC!

 


SEBANYAK 
1,710 meter kain batik cap tangan menjadi elemen utama yang membentuk identiti visual sambutan Aidilfitri tahun ini di Suria KLCC, apabila pusat beli-belah ikonik itu menampilkan sentuhan kreatif jenama kraf tempatan Sofia Iman menerusi kempen bertemakan “Penjaga Warisan. 


Penggunaan tekstil tradisional dalam skala besar itu bukan sekadar hiasan, sebaliknya menjadi simbol penghargaan terhadap seni warisan Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.


Kempen yang berlangsung dari 27 Februari hingga 5 April ini menyaksikan Suria KLCC berubah wajah menjadi sebuah galeri warisan hidup yang menggabungkan keindahan seni kraf tradisional dengan suasana moden pusat bandar raya. 


Kolaborasi bersama Sofia Iman memperlihatkan bagaimana elemen tekstil tradisional seperti batik boleh diterjemahkan dalam konsep dekorasi berskala besar tanpa menghilangkan keaslian seni tersebut.


"Apa yang kami pamerkan hari ini adalah kemuncak dedikasi selama bertahun-tahun dalam mengekalkan akar budaya. Kehadiran Sofia Iman di Suria KLCC membuktikan bahawa pelanggan menginginkan interpretasi moden songket dan batik yang boleh digayakan dalam kehidupan seharian. Ini adalah peluang untuk mempersembahkan kisah kami dan menghargai artisan tempatan,” kongsi Pengasas Sofia Iman, Faralina Abdul Wahab pada majlis pelancarannya yang berlangsung di Suria KLCC baru-baru ini. 



Turut hadir antaranya Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan.


Selain pemasangan kain batik sepanjang 1,710 meter yang menghiasi pelbagai sudut ruang perayaan, Aras Centre Court dan Esplanade KLCC turut ditransformasikan menjadi taman bougainvillea yang memukau. 


Di tengah-tengah dekorasi tersebut berdiri sebuah struktur wakaf Melayu tradisional yang menjadi titik tumpuan, sekali gus menampilkan suasana yang mengimbangi elemen alam, budaya dan seni bina warisan.


Sebagai pelengkap kepada sambutan ini, Suria KLCC turut memperkenalkan filem jenama perayaan bertajuk “Penjaga Warisan” yang dihasilkan dalam bentuk dokumentari. 



Filem tersebut mengetengahkan pertembungan emosi antara kemajuan dunia digital dengan ketenangan tradisi, dengan setiap bait puisi serta gubahan muziknya dihasilkan sepenuhnya melalui sentuhan manusia bagi mengekalkan nilai keaslian.


Semangat memelihara warisan turut diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti pengalaman budaya yang disediakan kepada pengunjung. 


Antaranya termasuk demonstrasi tenunan songket secara langsung menggunakan alat tenun tradisional atau ‘kek’ yang dikendalikan oleh penenun mahir dari Terengganu. 



Pengunjung dapat menyaksikan sendiri proses teliti menghasilkan songket, sekali gus memberi penghargaan terhadap kemahiran yang diwarisi turun-temurun.


Suasana nostalgia turut diperkukuhkan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan tradisional congkak dan batu seremban, di samping alunan muzik gamelan yang menghidupkan ruang legar pusat beli-belah itu. 


Bengkel mencanting batik dan gubahan bunga raya turut dianjurkan bagi memberi peluang kepada generasi muda serta pelancong antarabangsa mengenali budaya Malaysia dengan lebih dekat.


Sementara itu, Francis Tan berkata inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memelihara warisan budaya tempatan sambil mengukuhkan kedudukan Presint KLCC sebagai antara destinasi pelancongan utama negara.


Pada Hari Raya ini, melalui kolaborasi signifikan bersama Sofia Iman dan naratif 'Penjaga Warisan', kami bukan sekadar mempamerkan warisan—malah kami sedang memeliharanya. 


"Sempena sambutan Visit Malaysia 2026, kami bangga memainkan peranan dalam mempamerkan jiwa budaya Malaysia kepada dunia, memposisikan Presint KLCC sebagai titik sentuh utama bagi pelancong antarabangsa merasai keaslian warisan kami," ujar Francis Tan. 



Kempen ini turut diperluaskan ke pusat beli-belah lain di bawah Kumpulan Suria KLCC termasuk Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall



Alamanda mengetengahkan konsep “balik kampung” menerusi terowong bunga bougainvillea serta pelita tradisional, manakala Mesra Mall mempamerkan kehebatan kraf Pantai Timur melalui kolaborasi bersama Noor Arfa dan Kompleks Songket Penjara Marang.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari: 

  1. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my www.facebook.com/SuriaKLCCMall
  2. Alamanda - www.alamanda.com.my www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
  3. Mesra Mall www.mesramall.com www.facebook.com/MyMesraMall

#SuriaKLCC #Alamanda #MesraMall #PenjagaWarisan #SofiaIman #VMY2026 #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan