'FIPPER X SOLOZ 2026 KOLEKSI KE-2' TAMPIL REKAAN LEBIH BERANI, IDENTITI LEBIH PERIBADI!
SAMBUTAN luar biasa terhadap kolaborasi pertama yang mencatat jualan sehingga 13,000 pasang dalam tempoh singkat menjadi pemangkin utama buat Fipper untuk kembali dengan koleksi kedua bersama ikon esports tempatan, Soloz.
Kejayaan pelancaran pada tahun 2023 bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat fesyen dan komuniti gaming, malah membuktikan wujudnya permintaan kukuh terhadap gabungan gaya hidup dan budaya esports.
Atas dorongan itu, Fipper X Soloz 2026 – Koleksi Ke-2 dilancarkan secara rasmi baru-baru ini, menampilkan evolusi rekaan yang lebih berani dan segar.
Sebagai jenama kasut tempatan yang telah 18 tahun bertapak dalam industri, Fipper melihat kolaborasi ini sebagai lebih daripada sekadar strategi komersial.
“Kolaborasi ke-2 ini melambangkan perkembangan, bukan sahaja dari segi reka bentuk, tetapi juga keyakinan dan identiti. Ia tentang membuka potensi tahap seterusnya,” ujar Fatin Fadila, Pengurus Besar Fipper Malaysia pada majlis pelancaran Fipper X Soloz 2026 – Koleksi Ke-2 yang dirasmikan bersama Soloz bertempat di KL East Mall baru-baru ini.
Menurutnya, a adalah manifestasi sokongan terhadap perkembangan industri e-games yang semakin pesat di Malaysia dan Asia Tenggara.
Soloz turut menambah, “Koleksi ini terasa lebih peribadi dan lebih berkuasa. Ia melambangkan usaha, tenaga dan kekal setia kepada diri sendiri.”
Sekitar 70 peratus keputusan reka bentuk dan pemilihan warna adalah daripada Soloz sendiri, berbanding pendekatan 50-50 dalam kolaborasi terdahulu.
Koleksi terbaharu ini meneruskan DNA warna-warni ikonik Fipper dengan sentuhan estetika RGB yang sinonim dengan dunia gaming.
Diinspirasikan daripada intensiti arena kompetitif serta personaliti Soloz yang penuh karisma, setiap rekaan menggabungkan elemen streetwear dengan keselesaan material premium untuk pemakaian sepanjang hari.
Koleksi ini diperkenalkan dalam dua gaya utama yang memenuhi cita rasa berbeza.
Siri Slip On menawarkan rekaan ringan dan praktikal untuk kegunaan harian,
Dilengkapi dengan aksen warna berinspirasikan dunia gaming, ia menawarkan keselesaan tanpa mengorbankan gaya dan hadir dalam tiga pilihan warna meliputi Rage Burst ( kombinasi Pink & Purple ),Toxic Rush ( Neon ) dan Over Drive (Merah).
Manakala koleksi Refitt tampil dengan siluet klasik yang lebih berstruktur dan refined, sesuai untuk mereka yang menghargai gaya yang kemas, matang dan versatil.
Direka dengan tali yang lebih tebal serta kemasan yang lebih solid, ia menawarkan kestabilan dan keselesaan yang seimbang untuk pemakaian harian mahupun kasual yang lebih polished. Koleksi ini mempunyai 2 pilhan warna iaitu Volt Signature (Neon) dan Crimson Legacy (Merah).
Setiap pasang turut dilengkapi dengan signature Soloz pada bahagian strap, menjadikannya simbol identiti dan kolaborasi eksklusif.
Menariknya, salah satu pilihan warna bagi siri Slip On dilaporkan telah habis terjual susulan permintaan awal yang amat memberangsangkan, sekali gus mengulangi momentum kejayaan pelancaran terdahulu.
Fipper yang sebelum ini diiktiraf dalam ASEAN Book of Records sebagai jenama dengan jumlah kombinasi warna tertinggi terus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama tempatan yang berani bereksperimen dan relevan dengan budaya semasa.
Dengan pelancaran ini, Fipper sekali lagi membuktikan bahawa sinergi antara fesyen gaya hidup dan esports bukan sekadar trend sementara, sebaliknya satu gelombang budaya yang terus berkembang dan mendapat tempat kukuh dalam pasaran tempatan.
#FipperXSoloz #SlipOn #Refitt #AseanBookOfRecords #Gaming #Streetwear #fyp







Tiada ulasan:
Catat Ulasan