Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN RAYA BERSAMA ADIWIRA ANIMASI POPULAR!


PAVILION Bukit Jalil
melancarkan kempen perayaan ‘Joyful Aidilfitri – Together, Here.’ yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026, dengan membawakan kelainan melalui kehadiran adiwira animasi popular tanah air bagi memeriahkan suasana persiapan Hari Raya tahun ini.


Menerusi kerjasama strategik bersama Monsta, pusat beli-belah berkenaan menampilkan watak-watak ikonik seperti BoBoiBoy, Mechamato, dan Papa Pipi sebagai tarikan utama. 


Pemilihan watak-watak ini bertujuan untuk mengangkat tradisi ‘balik kampung’ serta menyuburkan nilai kekeluargaan dalam kalangan pengunjung. 


Suasana pusat beli-belah turut dihiasi dengan dekorasi yang diinspirasikan daripada babak-babak ikonik siri animasi tersebut, sekali gus memberikan pengalaman visual yang mempersona buat kanak-kanak dan peminat setia.



Dato Mearia Hamzah, Ahli Lembaga Pengarah Pavilion REIT, menyatakan bahawa matlamat utama kempen ini adalah untuk mencipta satu ruang komuniti yang mesra keluarga di mana memori berharga dapat dicipta melalui pelbagai aktiviti interaktif. 


“Melalui kerjasama kami bersama Monsta, adiwira kegemaran rakyat Malaysia seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi dibawakan ke pusat beli-belah ini untuk mencipta suasana ceria dan mesra keluarga yang mencerminkan semangat Joyful Aidilfitri – Together, Here., di mana keluarga dapat meluangkan masa bersama serta mencipta kenangan berharga sepanjang musim perayaan,” kata Mearia.


Antara acara yang dinantikan ialah Kejohanan Kad Monsta Galaxy yang berlangsung pada hujung minggu terpilih di Centre Court, serta Perarakan Maskot Monsta yang akan membawa barisan adiwira menaiki kereta api bersama pengunjung cilik dari Pink Zone ke Orange Zone.


Selain pengisian bertemakan animasi tempatan, Pavilion Bukit Jalil turut membawakan elemen antarabangsa melalui The Grand Line Raya Bazaar dengan kerjasama Netflix. 


Bertempat di PIAZZA Tingkat 3, bazar imersif bertemakan dunia One Piece ini bakal berlangsung dari 4 hingga 8 Mac, menggabungkan kemeriahan bazar tradisi dengan cabaran interaktif dan gerai makanan bertema yang unik.



Kempen ini juga tidak melupakan aspek tanggungjawab sosial dan pemerkasaan ekonomi setempat. 


Pavilion Bukit Jalil menyediakan platform bagi usahawan wanita melalui Single Mom Market oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia di Pink Zone. 


Dalam pada itu, semangat kemurahan hati bulan Ramadan akan dizahirkan pada 11 Mac melalui majlis berbuka puasa bersama 600 anak yatim dari sekitar Lembah Klang dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur.


Bagi pencinta budaya dan alam sekitar, kempen ini turut dimeriahkan dengan Bengkel Seni Batik Ikat & Celup serta Perarakan Fesyen Batik Gaya Raya hasil kerjasama dengan Universiti UCSI. 



Manakala menjelang akhir Mac, WWF Eco Bazaar akan dianjurkan bersempena Hari Bumi 2026, merangkumi aktiviti pencarian harta karun dan upacara simbolik Lights Out sebagai tanda sokongan terhadap kelestarian alam sekitar tanpa penggunaan plastik.


Pengunjung yang berbelanja sepanjang tempoh kempen ini layak menerima pelbagai ganjaran eksklusif termasuk Sampul Raya Monsta, beg tote edisi terhad, serta peralatan rumah bagi pemegang kad Maybank. 


Malah, melalui peraduan Spend Big, Win Gold, pengunjung yang berbelanja RM1,000 ke atas berpeluang membawa pulang barang kemas emas yang lumayan. 


Dengan lebih 600 jenama beli-belah dan 150 kedai makanan dan minuman, Pavilion Bukit Jalil kini menjadi destinasi tumpuan utama untuk persiapan Raya dan berbuka puasa di ibu kota.



Untuk maklumat lanjut, sila layari:


Laman web : www.pavilion-bukitjalil.com 

Facebook : https://www.facebook.com/PavilionBukitJalil.Mall 

Instagram : https://www.instagram.com/pavilionbukitjalil/

TikTok : https://www.tiktok.com/@pavilionbukitjalil 

Xiaohongshu : Pavilion_BJ

YouTube : @PavilionBukitJalil



#PavilionBukitJalil #Monsta #JoyfulAidilfitriTogetherHere #WWFEcoBazaar #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan