Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMANDA HIDUPKAN SUASANA KAMPUNG SEMPENA AIDILFITRI!


Alamanda
Shopping Centre membawakan pengalaman sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh nostalgia melalui kempen perayaan bertemakan taman bunga yang berlangsung dari 27 Februari hingga 5 April 2026.


Mengangkat konsep tradisi dan kebersamaan komuniti, Alamanda menghiasi Centre Court dengan Taman Bougainvillea yang mempesonakan, berpusatkan sebuah wakaf Melayu tradisional sebagai tarikan utama. 


Wakaf tersebut menampilkan seni bina warisan dengan gerbang kayu klasik serta bumbung berlapis yang diinspirasikan daripada reka bentuk rumah Melayu, sekali gus membawa pengunjung mengimbau suasana desa yang tenang dan penuh kenangan.



Keindahan taman ini turut diserlahkan dengan laluan terowong bunga bougainvillea yang mekar di sekitar ruang utama pusat beli-belah, memberikan peluang kepada pengunjung merasai pengalaman seolah-olah berada di taman bunga yang damai. 


Apabila malam menjelma, kawasan tersebut disinari cahaya keemasan daripada pelita tradisional serta lampu hiasan yang menambahkan lagi kehangatan suasana, sekali gus membangkitkan rasa seakan pulang ke kampung halaman menjelang Syawal.



Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan, pelbagai persembahan kebudayaan akan diadakan pada setiap hujung minggu, termasuk tarian tradisional Melayu, persembahan angklung dan kuda kepang yang menampilkan keunikan seni warisan Nusantara kepada para pengunjung.


Selain itu, ahli VIKids Club turut berpeluang menyertai bengkel kraf tangan yang dianjurkan sepanjang kempen ini, termasuk aktiviti menghasilkan wau bulan mini yang memberi pengalaman pembelajaran kreatif kepada kanak-kanak mengenai seni tradisional tempatan.


Dalam masa yang sama, Alamanda turut menzahirkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dengan meraikan kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah melalui program membeli-belah Baju Raya, penyampaian Duit Raya serta majlis berbuka puasa yang dianjurkan khas bagi menceriakan mereka menjelang Aidilfitri.


Sebagai penghargaan kepada para pengunjung, Alamanda turut menawarkan ganjaran perayaan sepanjang tempoh kempen ini. 



Pengunjung yang berbelanja minimum RM700 dalam dua resit layak menerima kelalang (flask) bunga eksklusif bersama satu set sampul Raya. 


Manakala mereka yang berbelanja RM1,500 ke atas pula akan menerima e-Voucher membeli-belah Alamanda bernilai RM50 sebagai tambahan kepada kelalang bunga dan sampul Raya tersebut.


Melalui gabungan dekorasi yang memikat, persembahan budaya serta aktiviti komuniti yang bermakna, Alamanda berharap dapat mencipta pengalaman sambutan Aidilfitri yang meriah sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan komuniti dalam suasana penuh tradisi.



#AlamandaPutrajaya #TamanBourgainvillea #BelanjaRaya #Vkids #ForYouPage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan