Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SENTUHAN FLORA TROPIKA WARNAI ‘CERITA RAYA' AEON MALL DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA!


KETIKA
persiapan menyambut Syawal semakin rancak di seluruh negara, pusat beli-belah bukan sekadar menjadi destinasi membeli-belah, malah turut memainkan peranan sebagai ruang yang menyatukan budaya, tradisi dan kemeriahan perayaan. 


Tahun ini, AEON MALL menghidupkan semangat tersebut menerusi kempen Cerita Raya 2026, sebuah sambutan yang diinspirasikan daripada keindahan budaya Malaysia, warisan tempatan serta flora tropika, dengan kerjasama Tourism Malaysia.


Melalui kempen yang berlangsung dari 22 Februari hingga 29 Mac 2026, pengunjung ke AEON MALL di seluruh negara akan disambut dengan dekorasi perayaan yang memukau, menampilkan gabungan seni tradisional, elemen bunga-bungaan tropika serta estetika Raya yang unik. 


Konsep ini bukan sahaja mencerminkan identiti tempatan, malah mewujudkan suasana Raya yang lebih imersif dan penuh warna-warni buat para pengunjung.



Sepanjang kempen ini juga, maskot kesayangan AEON MALL, Wira dan Manja, akan membuat penampilan istimewa untuk bertemu para pengunjung, sekali gus menambahkan kemeriahan sambutan di pusat beli-belah tersebut.


Bagi memeriahkan lagi pengalaman membeli-belah sempena musim perayaan, AEON MALL turut memperkenalkan Cerita Raya Special Edition Premium Redemptions yang menampilkan kolaborasi eksklusif bersama jenama usahawan tempatan, Bayu Somerset


Melalui penebusan istimewa ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan beg pouch Cerita Raya edisi terhad dengan perbelanjaan minimum RM800 bagi ahli AEON atau pemegang kad UOB, manakala bukan ahli boleh menebusnya dengan pembelian minimum RM1,000.



Selain itu, pengunjung juga boleh menebus koleksi eksklusif lain seperti Cerita Raya Floral Charms dengan pembelian RM600 bagi ahli AEON atau pemegang kad UOB dan RM800 bagi bukan ahli. 


Bagi melengkapkan tradisi pemberian duit Raya pula, Cerita Raya Money Packets turut ditawarkan dengan perbelanjaan minimum RM150 bagi ahli atau RM250 bagi bukan ahli.


Sebagai sentuhan moden kepada kempen perayaan ini, AEON MALL turut bekerjasama dengan Sony Music Entertainment untuk menghasilkan sebuah video muzik khas Cerita Raya yang menampilkan penyanyi tempatan, Bunga



Video muzik tersebut akan dipromosikan menerusi jelajah promosi di beberapa AEON MALL terpilih, sekali gus membawa kemeriahan muzik Raya lebih dekat kepada para pengunjung dan peminat.



Sepanjang tempoh kempen ini juga, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik di bawah program Riuh Raya, termasuk perarakan Mochi Parade yang mencuit hati, persembahan tradisional seperti gamelan dan kuda kepang serta pelbagai persembahan budaya yang menonjolkan kekayaan tradisi Malaysia.



Kempen Cerita Raya turut menampilkan acara Cerita Raya Midnight Sale yang  berlangsung pada 14 Mac 2026 di beberapa AEON MALL terpilih seperti Kota Bharu, Kuching Central, Seri Manjung, Nilai, Shah Alam dan Tebrau City. 


Dengan waktu operasi yang dilanjutkan sehingga lewat malam, para pengunjung berpeluang menikmati tawaran istimewa sambil mendapatkan pelbagai keperluan Raya dalam suasana membeli-belah yang lebih meriah dan bertenaga.


Melalui Cerita Raya, AEON MALL mengajak rakyat Malaysia meraikan kisah, tradisi dan keindahan sambutan Hari Raya dalam satu pengalaman perayaan yang menyatukan budaya, hiburan dan membeli-belah dalam suasana yang penuh keceriaan.



Info lanjut boleh menghubungi kaunter perkhidmatan pelanggan di mana-mana cawangan AEON Mall atau layari laman sosialnya seperti berikut: 




#AEONMall #CeritaRaya2026 #TourismMalaysia #WiraManja #Bunga #SonyMusic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan