Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYFIRST CABAR NORMA SEKATAN DIGITAL, PERKENAL EKOSISTEM TEKNOLOGI BUAT KANAK-KANAK!


DI saat
rata-rata ibu bapa bimbang dengan impak negatif peranti pintar, jenama peranti kanak-kanak myFirst tampil dengan strategi berbeza yang mencabar pendekatan konvensional berkaitan sekatan teknologi digital. 


Melalui pelancaran rangkaian peranti baharu bertemakan “Explore Together”, jenama ini tidak lagi sekadar menjual gajet secara berasingan, sebaliknya memperkenalkan satu ekosistem bersepadu yang direka untuk memastikan interaksi digital kanak-kanak kekal selamat, bermakna, dan mampu merapatkan hubungan kekeluargaan.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas myFirst, G-Jay Yong, menegaskan bahawa kanak-kanak pada masa kini sebenarnya tidak memerlukan kurang teknologi, sebaliknya mereka memerlukan teknologi yang direka dengan niat dan tujuan yang lebih jelas. 

“Daripada myFirst Insta Lux hingga ke ekosistem peranti kreatif dan komunikasi kami yang semakin berkembang, kami membina produk yang membolehkan keluarga meneroka dunia bersama-sama dengan selamat. 

"Teknologi tidak seharusnya menggantikan zaman kanak-kanak — ia sepatutnya memperkayakannya,” ujar Jay Yong.


Menurut beliau, setiap produk di bawah ekosistem ini dibina untuk membolehkan keluarga meneroka dunia bersama-sama tanpa perlu terdedah kepada risiko platform sosial terbuka. Beliau percaya bahawa teknologi sewajarnya bertindak sebagai alat untuk memperkayakan pengalaman zaman kanak-kanak dan bukannya menggantikan interaksi dunia nyata.


Produk utama yang menerajui revolusi ini ialah myFirst Insta Lux, sebuah kamera cetak segera yang dijual pada harga RM799. 

Berbeza dengan kamera tradisional, Insta Lux menggabungkan fungsi kamera digital 5MP dengan keupayaan mencetak foto secara terus menggunakan teknologi dye-sublimation yang menghasilkan cetakan warna terang dan tahan lama. Peranti ini turut dihubungkan secara pintar dengan aplikasi myFirst Circle, membolehkan ibu bapa menghantar gambar terpilih daripada telefon pintar mereka untuk dicetak oleh anak-anak, sekali gus menghubungkan memori digital dengan kenangan fizikal yang boleh disimpan.

Bagi mengukuhkan aspek keselamatan, aplikasi myFirst Circle berfungsi sebagai ruang sosial peribadi yang dipantau sepenuhnya oleh keluarga. 

Ini memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk belajar berkomunikasi secara digital tanpa gangguan daripada pihak luar. 



Komitmen terhadap komunikasi selamat ini turut diterjemahkan menerusi myFirst Fone M1 yang dijual pada harga RM399

Jam tangan pintar dengan sambungan 4G ini membolehkan penjejakan GPS masa nyata dan panggilan video, sekali gus memberi ketenangan kepada ibu bapa untuk memantau keselamatan anak mereka secara berterusan.

Kepelbagaian ekosistem myFirst turut merangkumi aspek kreativiti dan gaya hidup rumah melalui pengenalan myFirst Frame Clario dan myFirst Sketch Board Pro.



Frame Clario merupakan bingkai pintar yang bukan sahaja memaparkan foto keluarga tetapi juga menyediakan soundscape ambien untuk suasana rumah yang tenang. 

Sementara itu, Sketch Board Pro direka sebagai tablet lukisan digital yang memfokuskan kepada kreativiti tanpa gangguan skrin yang melampau. Bagi aspek kesihatan pendengaran pula, myFirst CareBuds Max diperkenalkan dengan fungsi had volum pintar bagi melindungi telinga kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu, myFirst turut menitikberatkan aspek keselamatan produk fizikal melalui myFirst 3dPen Make Creator Kit yang telah menerima Tanda Pematuhan Malaysia (MC). 



Pengasas Bersama myFirst, Brian Tan, menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran yang sangat penting kerana ibu bapa di sini semakin bijak mencari teknologi yang mempunyai tujuan khusus. 

Beliau menjelaskan bahawa pelancaran ini direka sebagai satu perjalanan penemuan untuk menunjukkan bagaimana setiap peranti dalam ekosistem myFirst saling melengkapi antara satu sama lain bagi membina kepercayaan jangka panjang bersama keluarga.

Bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman ini, myFirst akan menganjurkan siri jelajah awam di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid bermula 26 hingga 29 Mac 2026

Acara tersebut bakal mempamerkan pelbagai stesen interaktif dan tawaran eksklusif, termasuk pemberian percuma myFirst Fone M1 kepada 100 pelanggan pertama yang membeli Insta Lux pada 28 Mac 2026. Keseluruhan rangkaian produk terbaharu ini kini boleh didapati melalui laman web rasmi myFirst serta platform e-dagang utama seperti Shopee dan Lazada.



#MyFirstFrameClario #MyFirstCareBudsMax #MyFirstSketchBoardPro #MyFirstFoneM1 #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan