Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN GALAK BUDAYA HADIAH KESEJAHTERAAN SEMPENA AIDILFITRI!



DALAM usaha menyemarakkan semangat memberi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Guardian Malaysia memperkenalkan pendekatan baharu dalam tradisi pemberian dengan menggalakkan rakyat Malaysia menghadiahkan produk kesihatan dan kecantikan sebagai simbol kasih sayang dan keprihatinan terhadap kesejahteraan insan tersayang.


Inisiatif itu diketengahkan menerusi kempen Raya bertemakan “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”, yang menekankan bahawa hadiah yang menyokong kesejahteraan diri mampu memberi makna yang lebih mendalam berbanding pemberian biasa yang hanya dinikmati secara sementara sepanjang musim perayaan.


Pengarah Urusan Malaysia dan Brunei Guardian Health and Beauty, Priscilla Wu berkata, Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan melalui pemberian yang ikhlas dan bermakna.


Menurut beliau, selain tradisi memberi duit Raya dan juadah perayaan, hadiah yang membantu menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri juga boleh menjadi manifestasi kasih sayang yang lebih berkekalan kepada ahli keluarga dan insan tersayang.


Beliau berkata, selama lebih lima dekad, Guardian terus memainkan peranan sebagai rakan kesejahteraan yang dipercayai rakyat Malaysia, dengan menawarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang membantu individu menjaga diri serta meningkatkan kualiti hidup mereka.


PRISCILLA Wu membantu anak-anak yatim memilih barang penjagaan diri untuk raya mereka di acara Guardian baru-baru ini.


Kempen tersebut turu diperkukuhkan melalui filem Raya Guardian berjudul “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”, yang mengetengahkan kisah hubungan antara seorang cucu, Rina, dan neneknya. 


Naratif tersebut memaparkan bagaimana pemberian kecil yang berteraskan kesejahteraan mampu merapatkan hubungan keluarga serta memberi impak positif kepada kesihatan mereka sepanjang tahun.


Filem Raya berkenaan kini boleh ditonton di saluran YouTube dan semua platform media sosial rasmi Guardian.


Pada masa sama, Guardian turut mengambil peluang bulan Ramadan untuk memperluaskan semangat ihsan kepada komuniti dengan meraikan 80 kanak-kanak perempuan dari pelbagai rumah kebajikan dalam majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Sunway Pyramid.


Program yang berlangsung dari 2 hingga 8 Mac itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik di ruang atrium pusat beli-belah berkenaan, termasuk zon pengalaman daripada jenama kesihatan dan kecantikan serta sesi pendidikan kesejahteraan yang dikendalikan oleh ahli farmasi Guardian bersama rakan jenama terpilih.


Kanak-kanak yang terlibat turut diberi peluang memilih sendiri produk kesihatan dan kecantikan pilihan mereka semasa sesi membeli-belah khas di stor Guardian sebelum diraikan dalam majlis berbuka puasa.



Sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial syarikat, Guardian memperuntukkan lebih RM55,000 bagi menyokong pelbagai inisiatif kebajikan sepanjang Ramadan yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 2,000 penerima daripada rumah kebajikan di seluruh negara.


Dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri, ahli program kesetiaan MYguardian Rewards turut berpeluang menyertai Peraduan Ganjaran Emas yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, termasuk set rantai dan loket emas 999.


Guardian juga meneruskan kerjasama dengan jenama fesyen tempatan Fiziwoo bagi menghasilkan rekaan sampul Raya eksklusif yang diinspirasikan daripada motif batik kontemporari sebagai penghormatan kepada warisan seni Malaysia.


Sampul Raya edisi khas itu boleh diperoleh oleh ahli MYguardian Rewards yang berbelanja RM68 ke atas, sekali gus menjadi sebahagian daripada inisiatif #LoveForLocal yang menyokong kreativiti jenama tempatan.


Selain itu, Guardian turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk lebih 7,500 produk di semua stor seluruh negara dan platform dalam talian bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Aidilfitri sambil mengutamakan aspek kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan harian.



#GuardianMalaysia #PeraduanGanjaranEmas #SeikhlasPemberianSeindahLebaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan