Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'I WANT TO BE A FILMMAKER' - PROJEk YAYASAN TM


Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV baru-baru ini  memperkenalkan rancangan realiti TV baharu yang dikenali sebagai ‘I Want To Be A Filmmaker’ dalam usaha mencari bakat muda bercita-cita tinggi untuk mendapatkan biasiswa pengajian daripada Yayasan Telekom Malaysia (YTM) bernilai RM100,000.

Pemenang pertandingan ini juga akan mendaftar dalam program Ijazah Sarjana Muda Seni Perfileman (CAP) di Universiti Multimedia (MMU) selama tiga (3) tahun di Kampus Nusajaya, Johor.

Program tesebut telah dilancarkan oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, bersama-sama dengan Mejar (K) David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG) dan Dato' Sharif Zaimi Abu Hashim, Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Telekom Malaysia (YTM).

Diterbitkan oleh Mangkin Prestij Sdn Bhd eksklusif untuk HyppTV di saluran tempatan HyppInspirasi HD di Saluran 111, ‘I Want To Be A Filmmaker’ akan dihoskan oleh Julia Farhana Marin bersama-sama dengan Hafizz Bahari dan akan menampilkan dua (2) orang juri tetap; Mejar (K) David Teo dan Raja Azmi (gambar bawah, kiri) penerbit dan penulis.


Mengulas mengenai pelancaran itu, Emily berkata, "Kami amat gembira untuk membawakan ‘I Want to Be a Filmmaker’, yang merupakan program pertama dihasilkan secara eksklusif untuk HyppTV melalui kerjasama kami dengan Mangkin Prestij Sdn Bhd dan YTM bagi mencari dan melahirkan pembikin filem tempatan muda yang berbakat dan bercita-cita tinggi. Program terbaharu ini mencerminkan komitmen dan sokongan kami terhadap pembangunan kandungan tempatan sama ada dalam industri muzik, seperti rancangan realiti TV nyanyian kami "Rockers" di HyppSensasi HD baru-baru ini, tetapi juga dalam industri filem seperti program ini, yang mendorong dalam mewujudkan industri hiburan tempatan yang sihat dan berdaya saing. Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan pembikin filem muda dan berbakat ini serta menawarkan mereka peluang seumur hidup iaitu biasiswa berjumlah RM100,000 di bawah YTM. Barisan panel juri yang terdiri daripada penerbit filem terkenal seperti Mejar (K) David Teo dan Raja Azmi memberi program ini kualiti yang terjamin sambil para peserta rancangan juga akan mendapat pengetahuan yang berharga dalam aspek seni dan perniagaan membuat filem dari pakar-pakar industri ini."

“Peningkatan jumlah pelanggan yang melanggan saluran tempatan kami seperti HyppSensasi dan HyppInsprasi serta permintaan yang semakin meningkat terhadap HyppTV Aneka Pack kami yang menghimpunkan saluran tempatan HyppTV, juga mendorong kami untuk menghasilkan lebih banyak kandungan tempatan eksklusif yang menarik di platform kami seterusnya mengukuhkan kedudukan kami dalam industri hiburan tempatan,” tambahnya lagi.



Sementara itu, Mejar (K) David Teo (gambar atas, kiri)  berkata, “‘I Want To Be A Filmmaker’ merupakan platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis industri hiburan Malaysia. Kami amat kagum dengan idea-idea serta kesungguhan yang ditonjolkan oleh peserta setiap kali diberikan tugasan. Semua peserta telah menunjukkan kemampuan luar biasa dan mereka mampu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran dunia penyiaran sebenar."

Kerjasama dengan YTM dan MMU dilihat sebagai satu gabungan kerjasama mantap bagi projek ‘I Want To Be A Filmmaker’. Persaingan yang hebat akan dapat disaksikan dalam ‘I Want To Be A Filmmaker’ bagi merebut hadiah utama - RM100,000.”

Pada majlis tersebut, 12 orang peserta yang terdiri daripada sembilan (9) lelaki dan tiga (3) perempuan telah terpilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan sebelum ini telah diperkenalkan buat kali pertama. Mereka terdiri daripada:

NO.
NAMA
UMUR
NEGERI
1.
Rasbinder Kaur D/O Manjit Singh
19
Negeri Sembilan
2.
Hakim Bin Mazlan
21
Selangor
3.
Chen Yee Fei
21
Negeri Sembilan
4.
Nursyaziyah Bt Md Sharif
20
Selangor
5.
Hairil Bin Nahar Azmi
20
Selangor
6.
Irman Bahrudden Bin Erafarn
22
Selangor
7.
Yunita Carolina Binti Binur
20
Selangor
8.
Muhamad Aiman Bin Rasidi
21
Selangor
9.
Muhammad Khairul Anam Bin Aziz
22
Kuala Lumpur
10.
Khairi Bin Razalee
18
Selangor
11.
Mohamad Azlan Bin Norani
22
Melaka
12.
Nadira Tasyah
18
Sabah

Sesi uji bakat telah diadakan pada bulan Ogos lalu oleh Mangkin Prestij Sdn Bhd yang menawarkan remaja berusia antara 18 hingga 22 tahun dengan latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma, serta mempunyai komitmen dan kreativiti untuk menjadi pembikin filem Malaysia akan datang.

Program ‘I Want to Be a Filmmaker’ akan memaparkan 10 episod selama satu (1) jam setiap minggu di mana para peserta akan diberikan projek tugasan dan pada akhir episod, usaha mereka akan dinilai oleh panel juri, termasuk juri jemputan. Juri-juri akan menyingkirkan peserta yang paling lemah manakala pemenang setiap episod akan memenangi imuniti yang mengelakkan mereka daripada disingkirkan pada episod seterusnya.

Program ‘I Want to Be a Filmmaker’ merupakan usahasama pertama di antara HyppTV dan YTM dalam menyediakan peluang biasiswa bagi bakat-bakat muda untuk mencapai potensi tertinggi mereka di dalam pembuatan filem dan juga untuk mengetengahkan MMU sebagai institusi pendidikan pilihan dalam pembikinan filem dan inovasi dengan pengenalan Ijazah Sarjana Muda Seni Perfileman (CAP) di kampus baharunya di Nusajaya, Johor.

Program realiti di HyppTV ini merupakan satu langkah penting dalam menyumbang ke arah pembangunan negara dan pembangunan modal insan bagi industri kreatif di Malaysia.

Pada masa akan datang, rakyat Malaysia boleh menjangkakan lebih banyak program berkualiti tinggi dan inovatif di HyppTV dengan sokongan daripada anak-anak syarikat TM. Ini termasuklah MMU yang memberi tumpuan kepada melahirkan graduan yang inovatif dan bersifat keusahawanan untuk industri kreatif di negara ini; dan YTM yang berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan dengan memberikan akses kepada program-program pendidikan dan pembangunan. Sokongan ini akan membantu dalam melahirkan generasi penyedia kandungan baharu yang ingin menembusi ke dalam industri penciptaan kandungan yang memberi pulangan lumayan. 

‘I Want to Be a Filmmaker’ akan ditayangkan di HyppInspirasi HD (HyppTV Saluran 111) bermula 16 Disember 2015, setiap hari Rabu pada jam 10.00 malam. Saluran ini ditawarkan sebagai pilihan ala-carte RM9 sebulan atau sebagai sebahagian daripada HyppTV Aneka Pack dengan RM30 sebulan. Saluran ini juga mempunyai fungsi ‘time-shift’ dua (2) jam serta fungsi ‘catch-up’ tujuh (7) hari untuk keselesaan tontonan anda.

Menepati janji ‘Hidup Lebih Mudah’, para pelanggan yang sentiasa berada di luar rumah boleh menonton program HyppTV dan kandungan VOD pada peranti pintar mereka melalui aplikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi mudah alih tersebut kini membolehkan pendaftaran melalui aplikasi (in-app) menerusi nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan Facebook bagi pelanggan UniFi, Streamyx dan orang ramai untuk menikmati perkhidmatan HyppTV. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk Apple.