Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG MENANGI HADIAH SERTAI PERADUAN BUBUR LAMBUK DI MENARA KL


Siapa suka makan bubur lambuk?

Kak Fas bukanlah penggemar tegar makanan yang sinonim dengan bulan Ramadan yang akan hadir tidak lama lagi tu. Jika ada di hadapan mata, Kak Fas makanlah sikit tetapi jika tiada Kak Fas tak lah kisah sangat

Pun begitu, baru-baru ini ketika hadir ke majlis sidang media pertandingan bubur lambuk anjuran Menara KL, Kak Fas seakan dah jatuh cinta pula dengan bubur lambuk.

Ini gara-gara mencuba rasa bubur lambuk yang disediakan pada majlis berkenaan. Lazat bila dimakan panas-panas. 

Ya...lazimnya sempena sambutan Ramadan Al-Mubarak 1140 Hijrah tidak lama lagi, bubur lambuk akan menjadi hidangan utama berbuka puasa yang dicari-cari ramai malah menjadi aktiviti utama yang dimasak secara gotong-royong khususnya di masjid-masjid bagi diagih-agihkan kepada ramai. 

Bubur lambuk yang dimasak di Masjid Jamek Kampung Baru antara yang popular dan dicari khalayak kerana kelazatannya yang dikatakan amat menyelerakan.

Menyedari keistimewaan itu, Menara Kuala Lumpur mengundang Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi bersama menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2019  yang bakal diadakan  pada Sabtu, 27 April 2019 mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di perkarangan Menara Kuala Lumpur.

"Pada tahun ini, kami mencari seramai 30 pasukan untuk bertanding bagi dua kategori termasuk Kategori Asli dan Kontemporari," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Datuk Rozlan Mohamed pada sidang media mengumumkan pertandingan bubur lambuk 2019 baru-baru ini.

Menurut beliau, bagi Kategori Asli, para peserta perlu memasak bubur lambuk dengan menggunakan bahan-bahan asli dan traditional (bahan-bahan yang disediakan sahaja), manakala bagi Kategori Kontemporari  mereka dibenarkan untuk menggunakan bahan-bahan tambahan lain mengikut kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan dalam masakan bubur lambuk tersebut.

"Antara tujuan utama penganjuran pertandingan ini adalah bagi memperkenalkan Bubur Lambuk ke serata dunia, selain daripada menambah minat generasi muda terhadap warisan masakan tradisional ini supaya ia tidak dilupakan dan pupus dalam era kemodenan masakini," tambah Datuk Rozlan.

Sambung Rozlan, pertandingan berkenaan diharap memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan kaedah masakan bubur lambuk, di samping merasai pelbagai resepi yag disediakan. 

"Ia bertepatan dengan aspirasi Menara KL untuk menjadikannya sebagai destinasi wajib untuk aktiviti kebudayaan, aktiviti lasak dan alam semula jadi," ujarnya.

Bagi menghargai penat lelah para peserta berkumpulan yang mendaftar dengan yuran RM100, mereka tidak akan pulang kosong memandangkan wang tunai keseluruhan bernilai sehingga RM8,000 disediakan untuk pemenang.

Kumpulan yang berjaya ditempat pertama berpeluang membawa pulang RM1,500, naib juara RM1000 diikuti RM700, RM500 dan RM300 seterusnya.

Dalam pada itu bubur yang paling lazat waima memenangi tempat pertama dari kedua-dua kategori akan dijual pula untuk mengumpul dana bagi didermakan kepada asnaf dan fakir miskin manakala bubur lambak lain yang dimasak akan diagih-agihkan secara percuma.

Bagi memeriahkan majlis, Menara KL turut menjemput barisan artis daripada persatuan SENIMAN di mana beberapa selebriti terkenal dijangka bersama bertanding memasak bubur lambuk.

"Setekat ini belum dikenal pasti siapa di kalangan para artis yang telah memberikan kata putus untuk hadir tetapi kami pasti akan meraikannya bersama orang ramai serta anak-anak yatim dan asnaf." ujar Rena Tan mewakili SENIMAN yang hadir pada majlis selaku Setiausaha persatuan.

Kira-kira 300 kilogram beras Faiza bakal digunakan bagi memasak lebih kurang 3,000 paket bubur lambuk pada hari pertandingan.

Jadi apa lagi u alls... siapa yang pakar memasak tu apa lagi cubalah tubuhkan satu pasukan yang terdiri daripada empat orang sahaja dan jika nak tahu apa kriteria yang pihak juri carikan lihat bawah ni:


Good luck!

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi talian 03-2020 5448 atau KLIK SINI


Tiada ulasan: